Isnin, 21 Mac 2011

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


DUN Sarawak bubar secara rasmi

Posted:

DUN Sarawak bubar secara rasmi

DUN Sarawak bubar secara rasmi


Mohamad Asfia Awang Nassar


KUCHING 21 Mac – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini dibubarkan secara rasmi selepas Speakernya, Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar menerima notis pengisytiharan yang ditandatangani oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, pagi ini.

Mohamad Asfia berkata, notis berkenaan akan diserahkan kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof pada petang esok.

Beliau menjelaskan lokasi dan waktu penyerahan notis berkenaan belum ditentukan lagi.

"Pembubaran DUN Sarawak pada 21 Mac, hari ini, adalah mengikut perkara 21(2) Perlembagaan Negeri Sarawak," katanya pada sidang akhbar di bangunan baru, Kompleks DUN Sarawak di sini tengah hari ini.

Sidang akhbar itu hanya dihadiri beberapa petugas media kerana sebahagian besar daripada mereka bertumpu di sebuah hotel tempat berlangsungnya majlis rasmi Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dengan jangkaan pengumuman rasmi akan dibuat di sana.

Sabtu lalu, Abdul Taib dalam sidang akhbar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) mengumumkan DUN akan dibubarkan hari ini.

Walaupun SPR belum membuat pengumuman berhubung tarikh penamaan calon dan pengundian, ramai menjangkakan ia akan diadakan pada 6 dan 16 April ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gelombang Merah dapat sambutan

Posted:

Gelombang Merah dapat sambutan

Gelombang Merah dapat sambutan

PASIR PUTEH 21 Mac – Gerakan Gelombang Merah yang dilancarkan oleh Pemuda UMNO Kelantan pada bulan lepas mula membuahkan hasil apabila ia berjaya menarik golongan muda untuk mendekati parti itu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, sambutan dapat dilihat daripada jumlah kehadiran golongan muda yang semakin meningkat pada setiap program gerakan itu diadakan di seluruh negeri ini.

Beliau berkata, UMNO Kelantan yakin momentum tersebut akan kekal sehingga pilihan raya umum akan datang.

"Pelancaran gerakan Gelombang Merah adalah tindakan yang baik dan bijak. Di kawasan ini sahaja, lebih 7,000 golongan muda menghadiri kempen ini.

"Laporan yang saya terima dari sesetengah tempat menyatakan lebih 1,000 golongan muda hadir setiap kali kempen Gelombang Merah diadakan.

"Jelas pada saya di peringkat akar umbi sambutan kepada gerakan yang kita lancarkan sebulan lalu memberi petanda baik untuk Pilihan Raya Umum Ke-13," katanya.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran kempen Gelombang Merah peringkat Parlimen Pasir Puteh di sini, hari ini.

Gelombang Merah bertemakan 'Transformasi 1Kelantan Gelombang Rakyat' dilancarkan awal Februari lalu oleh Pemuda UMNO Kelantan.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, gerakan tersebut akan terus diperhebatkan untuk menawan kira-kira 400,000 golongan muda di negeri ini.

"Pengundi muda mula sedar akan kegagalan Pas selepas 21 tahun mentadbir negeri ini, mereka sudah rimas dan mahukan perubahan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen