Khamis, 17 Mac 2011

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Kemelut PKR-Snap bukti 'pakatan tikam belakang'

Posted:

Kemelut PKR-Snap bukti 'pakatan tikam belakang'

Kemelut PKR-Snap bukti 'pakatan tikam belakang'


SHAFIE Apdal bersama Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Felcra, Juzilman Basir (dua dari kiri) meninjau tapak semaian kelapa sawit pada Majlis Perasmian Projek Agropolitan di Batang Lupar, Sri Aman, Sarawak, semalam.


BATANG LUPAR 17 Mac - Sengketa antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) dalam isu pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak membuktikan bahawa perjuangan parti pembangkang bukannya berlandaskan kepentingan rakyat.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd, Shafie Apdal secara sinis berkata, pakatan yang kononnya berjaya dibentuk oleh pembangkang untuk memperjuangkan kepentingan rakyat hanyalah satu 'pakatan tikam belakang'.

Katanya, PKR sendiri telah mengesahkan perkara itu apabila bukan sahaja 'menikam' rakan sekutu mereka bahkan turut melakukan perkara yang sama terhadap pemimpin sendiri.

"Itu sebab ramai yang sudah keluar, N. Gobalakrishnan (Ahli Parlimen Padang Serai) dan ahli-ahli parlimen yang lain juga telah keluar.

"Lihatlah, sebelum pilihan raya sudah bergaduh antara komponen, kononnya berlandaskan pakatan rakyat, ini bukan pakatan rakyat tetapi pakatan tikam belakang, di depan lain dan di belakang mereka melakukan yang sebaliknya," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Projek Agropolitan Batang Lupar yang dibangunkan oleh Felcra Berhad di sini hari ini.

Projek Agropolitan Batang Lupar merangkumi pembinaan 126 buah rumah untuk penduduk miskin tegar dari Pulau Seduku dan kawasan persekitaran serta pembukaan ladang sawit seluas 1,600 hektar.

Selasa lalu, Presiden Snap, Edwin Dundang berkata, parti itu tidak menolak kemungkinan meninggalkan pakatan pembangkang di negeri ini selain mengumumkan bertanding di lebih 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak secara bersendirian.

Beliau menyifatkan PKR sebagai bongkak apabila mahu bertanding di 52 kerusi DUN dan hanya memberikan tiga kerusi sahaja kepada Snap yang hampir 50 tahun bertapak di negeri ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd. Shafie berkata, apa yang berlaku antara PKR dan Snap bukannya mengejutkan sambil mengingatkan rakyat negeri ini bahawa kerjasama antara parti pembangkang tidak akan berkekalan.

Beliau berkata, rakyat juga tidak sepatutnya tertipu dengan janji pembangkang untuk menyelesaikan isu tanah hak adat bumiputera (NCR) yang akan ditimbulkan setiap kali pilihan raya berlangsung di negeri ini.

"Sedangkan di Kelantan masalah tanah lebih jelas, geran tanah orang Asli tidak diberikan,

"Di sini (Agropolitan Batang Lupar), kita bukan sahaja beri tanah bahkan turut membina rumah untuk orang-orang kampung," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut membidas Snap yang mendakwa mereka mempunyai kemampuan untuk memperjuangkan masyarakat di luar bandar sedangkan sewaktu berada dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) dulu, mereka tidak melakukan apa-apa.

"Bila datang pilihan raya, mereka janji macam-macam, bukan hanya projek dan tanah bahkan turut menjanjikan syurga," katanya sinis.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tony pernah ditahan di Singapura

Posted:

Tony pernah ditahan di Singapura

Tony pernah ditahan di Singapura

Oleh raja syahrir abu bakar
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 17 Mac - Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua didakwa pernah ditahan dan dibicarakan di mahkamah Singapura menyebabkan beliau tidak layak untuk menjadi ahli Parlimen di republik itu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, selain itu, Ahli Parlimen DAP itu juga pernah bersekolah di negara jiran tersebut di peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Katanya, fakta itu mungkin diketahui oleh Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin sehingga menimbulkan ketegangan di antara kedua-dua wakil rakyat tersebut pada persidangan Dewan Rakyat semalam.

"Mungkin Bung (Moktar) tahu dia (Tony) belajar di Singapura dari sekolah rendah sehingga peringkat tinggi.

"Dia dulu ditangkap di Singapura, dibawa ke mahkamah, tetapi sebab hubungan dia mungkin baik dengan pejabat tertentu di sana, beliau dilepaskan (dan) tidak dapat jadi ahli Parlimen (di sana)," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ahmad Zahid diminta mengulas mengenai kemarahan Tony terhadap Bung Moktar apabila digelar sebagai ejen Singapura oleh wakil rakyat Kinabatangan itu.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid tidak menyokong kenyataan Bung Moktar tersebut dan meminta supaya Tony menjelaskan perkara itu di Dewan Rakyat memandangkan Bung Moktar melontarkan 'sindiran' itu di tempat sama.

Sementara itu, Tony ketika dihubungi hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Ahmad Zahid tersebut yang disifatkannya sebagai tidak berasas sama sekali.

"Ini merupakan satu fitnah yang amat besar, saya tidak pernah ditangkap seumur hidup saya kecuali di Malaysia," ujarnya.

Selain itu, Tony menafikan beliau pernah bersekolah rendah di Singapura tetapi mengakui pernah melanjutkan persekolahannya di peringkat menengah di republik tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan