Sabtu, 5 Mac 2011

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Merlimau, Kerdau milik siapa?

Posted:

Merlimau, Kerdau milik siapa?

Merlimau, Kerdau milik siapa?

SEBANYAK 10,679 pengundi dan 8,999 lagi pemilih berdaftar akan keluar menunaikan tanggungjawab membuang undi bagi memilih wakil rakyat baru, masing-masing di dua pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau hari ini.

Pilihan raya kecil kali ke-15 dan 16 sejak pilihan raya umum Mac 2008 itu menyaksikan pertembungan tradisi Barisan Nasional (BN) dan Pas.

BN memenangi kedua-dua kerusi itu tiga tahun lalu.

BN dalam tempoh setahun ini telah memenangi empat daripada lima pilihan raya kecil iaitu di Hulu Selangor, Batu Sapi, Galas dan Tenang.

Kemenangan di Merlimau dan Kerdau jika berpihak kepada BN disifatkan penganalisis politik sebagai peningkatan momentum sokongan rakyat kepada parti itu sejak kebelakangan ini.

Di Merlimau, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jasin yang juga anak bekas Ahli Parlimen Jasin, Roslan Ahmad berhadapan dengan calon Pas, Yuhaizat Abdullah.

Yuhaizat merupakan Timbalan Ketua Pemuda Pas Melaka.

Sementara di kerusi DUN Kerdau, BN mempertaruhkan Naib Ketua UMNO Kuala Krau yang juga lulusan Universiti Al-Azhar, Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Beliau menghadapi tentangan daripada Ketua Penerangan Pas Pahang, Hassanuddin Salim.

Hassanuddin pernah bertanding di Kerdau pada 2008 tetapi tewas.

Kerusi Kerdau kosong berikutan kematian Datuk Zaharuddin Abu Kassim dari BN 12 Februari lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin menewaskan Hassanuddin dengan majoriti 1,615 undi.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau pula diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Januari lepas akibat serangan jantung.

Pada pilihan raya umum lepas, Mohamad Hidhir menewaskan calon Pas, Jasme Tompang dengan majoriti undi 2,154.

Terdapat seramai 8,999 pengundi berdaftar di DUN Kerdau dengan 15 orang daripadanya pengundi pos. Sebanyak 13 pusat mengundi dengan 22 saluran mengundi dibuka kepada pengundi.

Tiga kawasan di DUN berkenaan mempunyai jumlah pengundi lebih daripada 1,000 orang iaitu kawasan Felda Jengka 23 seramai 1,572 orang, Desa Murni (1,343 orang) dan Felda Jengka 22 (1,048 orang)

Sama seperti di Merlimau, kawasan Kerdau memperlihatkan jumlah pengundi wanita melebihi jumlah pengundi lelaki dengan pengundi wanita 4,628 iaitu 51.43 peratus.

Di Merlimau, sejumlah 10,679 pengundi berdaftar dicatatkan di situ termasuk 36 pengundi pos. Golongan wanita di situ mengatasi pengundi lelaki dengan masing-masing 5,592 dan 5,087.

Daripada keseluruhan pengundi, 7,988 adalah Melayu. Sejumlah tujuh pusat mengundi dengan 21 saluran mengundi disediakan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu kenyataan kepada Mingguan Malaysia meminta para pengundi di kedua-kedua kerusi supaya keluar awal untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

Ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia menunjukkan cuaca mendung di Merlimau pada sebelah pagi manakala di Kerdau adalah baik.

Bagaimanapun kedua-kedua kawasan dijangka hujan pada petang.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar turut mengingatkan pengundi supaya menyemak nama mereka dalam senarai daftar pemilih dan tidak lupa membawa kad pengenalan ke pusat mengundi.

"SPR juga berharap tidak ada tanggapan bahawa pengundi akan beratur panjang pada sebelah pagi kerana kita ada mekanisme untuk menyelesaikannya.

"Seperti mana pelaksanaan mekanisme itu dilaksanakan pada PRK lepas, SPR akan menyediakan kerani di setiap saluran untuk memanggil dua pengundi serentak yang beratur di luar dengan bergilir-gilir membuang undi," katanya.

SPR menyasarkan jumlah keluar mengundi di Merlimau dan Kerdau melebihi 80 peratus iaitu naik lima peratus daripada pilihan raya umum 2008.

Pada pilihan raya umum 2008, peratusan keluar mengundi di Merlimau dan Kerdau masing-masing mencatatkan 76.18 peratus dan 80.3 peratus.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Layanan sama rata - Hishammuddin

Posted:

Layanan sama rata - Hishammuddin

Layanan sama rata - Hishammuddin

Oleh YUSRI SAHAT
utusanpahang@utusan.com.my

KUALA KRAU 5 Mac - Kementerian Dalam Negeri memberi layanan sama rata kepada semua pihak yang memohon permit penerbitan akhbar termasuk oleh Utusan Rakyat.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan, tiada pihak yang mendapat layanan istimewa dalam membuat permohonan mendapatkan permit penerbitan daripada kementeriannya.

"Tiada siapa yang akan mendapat layanan istimewa. Semuanya perlu mengikut peraturan dan prosedur sedia ada," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan anggota polis di Rumpun Makmur, Kerdau dekat sini.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar semalam mengemukakan permohonan rasmi untuk mendapatkan permit menerbitkan akhbar mingguan Utusan Rakyat.

Menurut Nurul Izzah, Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hata Wahari dilantik sebagai ketua pengarang bagi akhbar tersebut.

Hishammuddin memberitahu, pembangkang juga tidak terkecuali kerana tiada keistimewaan akan diberikan kementerian dalam soal kebenaran menerbitkan akhbar.

"Dia (pembangkang) ingat dia boleh dapat keistimewaan sedangkan pihak lain terpaksa mengikut peraturan," jelasnya.

Menurut beliau, segala urusan permohonan permit akhbar terbabit telah diserahkan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"Anda (pemberita) boleh tanya ROS apa perkembangan terkini permohonan penerbitan akhbar tersebut. Urusan ini juga saya telah serahkan kepada dua timbalan saya," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen