Khamis, 17 Mac 2011

Utusan Online - Mahkamah

Utusan Online - Mahkamah


Teoh Beng Hock rakan subahat?

Posted:

Teoh Beng Hock rakan subahat?

Teoh Beng Hock rakan subahat?

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my


Hairul Ilham Hamzah hadir sebagai saksi pada perbicaraan Suruhanjaya Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock di Kompleks Mahkamah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 17 Mac - Empat dokumen sebut harga dan invois oleh empat syarikat berbeza bagi kerja-kerja di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Kembangan yang dijumpai di dalam komputer riba milik Teoh Beng Hock disyaki disediakan sendiri oleh Setiausaha Politik Exco Selangor itu.

Ketua Unit Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Hairul Ilham Hamzah berkata, anggapan itu dibuat kerana terdapat kesilapan ejaan pada perkataan yang sama dalam tiga dokumen selain tiada tandatangan pemilik empat syarikat berkenaan.

Jelas beliau, dokumen daripada syarikat MKMN Enterprise, MA Bina Melur Enterprise, Fizami Construction dan Aris Enterprise juga disyaki hanya draf kerana ia tidak lengkap dan terdapat kekosongan di ruangan kuantiti, harga serta nombor-nombor item yang melangkau.

''Empat draf tersebut disyaki dibuat oleh orang yang sama dan pada masa itu kita syak Beng Hock yang membuat dokumen itu kerana ia dijumpai dalam komputer ribanya.

''Semasa ditemubual pada malam itu, Beng Hock memberitahu empat dokumen dimuat turun daripada e-melnya. Bagaimanapun apabila disemak oleh seorang pegawai, dokumen-dokumen itu tiada dalam e-melnya,'' jelas beliau.

Menurut Hairul Ilham, siasatan juga mendapati pemilik syarikat-syarikat tersebut menafikan mereka menjalankan kerja-kerja sebagaimana yang terdapat dalam dokumen sebut harga dan invois itu.

Bagaimanapun beliau tidak dapat menjelaskan tentang kaitan keempat-empat syarikat terbabit dengan Beng Hock dan perlu merujuk kepada kenyataan yang dirakamkan daripada pemilik-pemilik syarikat itu.

Semasa ditanya berkali-kali oleh ahli-ahli suruhanjaya, beliau mengaku tujuan Beng Hock ditemubual adalah untuk menjadikan lelaki itu sebagai saksi terhadap Ahli DUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah yang merupakan suspek dalam siasatan kes penyelewengan peruntukan wakil rakyat itu.

Beliau juga bersetuju dengan cadangan peguam Cheow Wee bahawa Beng Hock turut disyaki bersubahat dalam kes tersebut selain siasatan mendapati kedua-duanya kemungkinan adalah rakan subahat.

Bagaimanapun semasa disoal oleh peguam yang mewakili SPRM, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, Hairul Ilham menegaskan bahawa Beng Hock ditemubual pada malam 15 Julai 2009 sebagai saksi berkepentingan.

''Saksi berkepentingan tidak semestinya terlibat tetapi ketuanya yang menjadi suspek dan dia melakukan sesuatu perbuatan atas arahan ketuanya atau dia mendapat habuan daripadanya.

''Saksi berkepentingan boleh jadi saksi bersubahat. Tetapi Beng Hock adalah saksi berkepentingan dan keterangannya perlu segera diambil kerana kita tidak mahu saksi beri keterangan tokok tambah, mendapat tunjuk ajar atau mereka-reka keterangan,'' katanya.

Menceritakan bagaimana siasatan bermula, jelas Hairul Ilham, ia dibuat berdasarkan maklumat bahawa terdapat penyalahgunaan wang peruntukan di kalangan ahli-ahli DUN Pakatan Rakyat di Selangor.

Berdasarkan pengalaman menyiasat dua ahli DUN Barisan Nasional pada tahun 2008, siasatan dibuat dengan memberi tumpuan kepada program-program yang dijalankan dengan menyemak dokumen-dokumen berkaitan tuntutan, sebut harga serta pengesahan kerja.

''Modus operandi biasanya sama iaitu pembekalan dibuat oleh syarikat kroni dengan kontraktor asal dalam tuntutan disahkan, namun mereka tidak lakukan kerja tersebut, sebaliknya ia dilakukan oleh syarikat lain.

''Apabila semak empat fail dari Pejabat Tanah dan Daerah Petaling, terdapat empat program yang mencurigakan di DUN Seri Kembangan dan 10 program di DUN Kampung Tunku. Ia berdasarkan semakan awal,'' ujar beliau.

Ditanya tentang cadangan bagi mengatasi masalah diari siasatan yang bergantung kepada komputer, Hairul Ilham berkata, buku poket serta telefon pintar seperti BlackBerry dan IPhone sesuai dibekalkan kepada semua pegawai penyiasat SPRM.

Prosiding suruhanjaya yang diadakan di Mahkamah Tinggi Sivil Baharu (NCvC) di Kompleks Mahkamah di sini akan bersambung Isnin ini.

Beng Hock, 30, Setiausaha Politik kepada Hian Wah ditemui mati pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, Plaza Masalam.

Mahkamah Koroner pada 5 Januari lalu memutuskan hasil inkues menyiasat kematian lelaki itu sebagai keputusan terbuka (open verdict).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mahkamah tolak tuntutan

Posted:

Mahkamah tolak tuntutan <i>Malaysiakini</i>

Mahkamah tolak tuntutan Malaysiakini

Oleh AMIRUDDIN HARUN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 17 Mac – Kes saman fitnah Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud terhadap portal berita propembangkang Malaysiakini akan diteruskan dengan perbicaraan penuh setelah Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan penerbit portal berita di Internet itu untuk membatalkan tuntutan tersebut.

Hakim Datuk John Louis O'Hara memutuskan demikian setelah mendapati bahawa hujah yang dikemukakan oleh Mkini Dotcom Sdn. Bhd. (Mkini Dotcom) bahawa Abdul Taib tidak mempunyai alasan untuk mengambil tindakan saman itu adalah tidak berasas selain ia bukan menyalahgunakan proses mahkamah.

Dengan keputusan itu, beliau memerintahkan Mkini Dotcom membayar kos RM10,000 kepada Abdul Taib.

Bagaimanapun tiada tarikh bicara atau pengurusan kes ditetapkan oleh hakim tersebut hari ini.

Pada prosiding tersebut, Mkini Dotcom diwakili oleh peguam, K. Shanmuga manakala Yee Mei Ken mewakili Abdul Taib.

Pada 2007, Abdul Taib memfailkan saman berkenaan setelah portal berita secara dalam talian itu menyiarkan 12 artikel dari 6 April hingga 3 Mei 2007, yang didakwa mengandungi perkataan yang memfitnah beliau.

Dalam pernyataan tuntutannya, Abdul Taib menamakan Mkini Dotcom dan Ketua Pengarang Malaysiakini, Gan Diong Keng atau dikenali dengan nama Steven Gan, sebagai defendan.

Beliau mendakwa, artikel berkenaan berbaur fitnah apabila mengaitkan beliau dengan pengumpulan wang secara tidak sah berjumlah RM32 juta melalui kegiatan yang bercanggah dengan undang-undang berhubung perniagaan balak di Sarawak dan boleh didakwa kerana melakukan jenayah.

Abdul Taib berkata, beliau telah meminta peguamnya mengeluarkan surat tuntutan kepada defendan, tetapi mereka gagal berbuat demikian dan enggan memenuhi syarat surat berkenaan.

Beliau menuntut ganti rugi umum dan teruk, faedah, kos serta relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Dalam pernyataan pembelaan, defendan berkata, perkataan yang terkandung dalam artikel berkenaan disiarkan berdasarkan perlindungan bersyarat.

Defendan berkata, plaintif telah memperaku penerbitan artikel berkenaan dengan menyebut semula perkataan dan perkara yang menjadi sungutan itu dengan membuat kenyataan secara peribadi kepada Dewan Undangan Negeri Sarawak pada 14 Mei 2007.

Mereka mendakwa, pernyataan peribadi beliau itu kemudiannya disiarkan secara penuh oleh akhbar yang mempunyai liputan meluas di Sarawak, The Borneo Post pada 15 Mei 2007.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan