Selasa, 8 Mac 2011

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


1001 masalah hantui penduduk

Posted:

1001 masalah hantui penduduk

1001 masalah hantui penduduk

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
kota@utusan.com.my


seORANG kanak-kanak bermain di kawasan rumah sampah Pangsapuri Pandan Perdana 700, Ampang yang tidak diuruskan dengan baik oleh pihak berkenaan. – UTUSAN/RASHID MAHFOF


AMPANG 8 Mac – Tinggal di rumah yang selesa dengan persekitaran yang bersih dan indah, ditambah pula dengan jiran-jiran yang baik hati dan bertanggungjawab memang impian semua orang.

Bagi yang tinggal di pangsapuri, kesempurnaan lebih diharapkan kerana hampir semua kemudahan yang disediakan adalah untuk kegunaan bersama.

Namun, bagi penduduk di Pangsapuri Pandan Perdana 700 di sini impian itu ibarat langit dan bumi, malah mereka kini terpaksa menghadapi 1001 masalah yang terdapat di pangsapuri tersebut.

Baik di setiap unit rumah mahu pun di kawasan sekitar, semuanya dipenuhi masalah yang tidak pernah selesai sejak sekian lama walaupun aduan demi aduan sudah dibuat.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, dakwaan penduduk itu memang benar kerana tanpa perlu meninjau ke setiap unit rumah, persekitarannya sudah cukup menunjukkan terdapatnya pelbagai masalah di pangsapuri yang menempatkan empat blok itu.

Antara masalah yang dianggap kritikal ialah sampah-sarap yang memenuhi segenapkawasan blok-blok terbabit seperti tidak ada pihak yang bertanggungjawab terhadap masalah tersebut.

Di situ juga terdapat longkang besar yang tidak berpagar yang sangat membahayakan penduduk terutama kanak-kanak.

Longkang tersebut juga didapati sangat kotor kerana tidak pernah diselenggara dan keadaan itu boleh mendatangkan risiko penyakit kepada penduduk.

Selain itu, terdapat juga saluran kumbahan yang tersumbat sehingga mengeluarkan air kumbahan dan najis yang bukan sahaja menjadi punca bau busuk tetapi juga mencemarkan pemandangan dan mengotorkan kawasan.

Lebih malang lagi, limpahan air memenuhi sebahagian besar kawasan pangsapuri itu turut melimpah sehingga ke hadapan surau pangsapuri berkenaan sehingga mengganggu jemaah yang beribadat di situ.

Satu lagi masalah yang menghantui penduduk di situ ialah masalah kerosakan lif yang tidak berpenghujung dan ketika tinjauan dilakukan, kebanyakan lif di blok-blok pangsapuri tersebut sudah tidak berfungsi.

Masalah-masalah itu sebenarnya tidak sepatutnya berlaku jika pihak yang bertanggungjawab menguruskan pangsapuri itu melaksanakan tugas mereka dengan baik.

Penduduk berkata, semua masalah yang berlaku itu adalah masalah-masalah asas dan mereka hairan mengapa terlalu sukar untuk pihak berkuasa menyelesaikan masalah tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada pihak mahu ambil peduli

Posted:

Tiada pihak mahu ambil peduli

Tiada pihak mahu ambil peduli

KUALA LUMPUR 8 Mac - Penduduk Pangsapuri Pandan Perdana 700 di sini kini hidup dalam keadaan tertekan akibat daripada pelbagai masalah yang perlu mereka hadapi setiap hari.

Mereka kini sudah tidak mampu bertahan dan berharap segala masalah itu akan dapat diselesaikan oleh pihak yang bertanggungjawab dengan kadar segera.

Seorang penduduk, Rafidah Rifin, 42, berkata, terlalu banyak masalah di pangsapuri itu sehingga mereka kini malu untuk mengaku tinggal di situ.

Katanya, yang paling teruk ialah masalah saluran kumbahan bocor dan mengeluarkan najis yang berlaku betul-betul di hadapan surau.

"Keadaan itu sangat sukar diterima. Bayangkan penduduk bersembahyang dalam keadaan terpaksa menahan bau busuk. Itu belum lagi ada aktiviti lain di surau itu," katanya.

Katanya, akibat tiada tindakan segera mengatasi masalah itu, air kumbahan tersebut sudah memenuhi ruang legar di bawah pangsapuri itu menjadi ia tidak sesuai untuk kanak-kanak bermain.

Katanya, penduduk sudah beberapa kali meminta pihak pengurusan pangsapuri itu membaikinya, namun pihak berkenaan meminta penduduk membaikinya sendiri.

"Penduduk di sini semuanya sudah tidak tahan dengan keadaan ini, namun terpaksa juga menerimanya kerana di sinilah rumah kami.

"Saya berharap pihak yang bertanggungjawab dapat menyelesaikan masalah itu dan beberapa masalah lain yang terdapat di pangsapuri ini," katanya.

Seorang penduduk yang sudah 15 tahun tinggal di pangsapuri itu, Mohd. Ali Zahari, 46, berkata, apa yang lebih merunsingkannya ialah masalah ketiadaan bekalan air ke rumah-rumah yang kerap berlaku.

Katanya, selain itu, masalah lif yang sering rosak turut menghantuinya kerana hampir setiap hari dia terpaksa menggunakan tangga untuk turun dan naik ke rumahnya.

"Kami sebenarnya sudah tidak tahan lagi menanggung masalah-masalah ini, namun terpaksa juga menempuhinya kerana tiada pihak yang ingin membantu.

"Tinggal di rumah kini sudah tidak seselesa dulu kerana terpaksa menghadapi pelbagai masalah ini...turun sahaja dari rumah, pasti ternampak sampah-sarap yang tidak dikutip. Ia sangat menyakitkan," katanya.

Dia berharap kerajaan dapat membantu penduduk di situ mengatasi masalah-masalah yang berlaku itu kerana pangsapuri itu menempatkan beratus ratus keluarga yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat umur.

"Kasihanilah kami, sampai bila kami akan terus berhadapan dengan masalah-masalah ini," katanya.

Abu Sufian Abd. Latif, 43, pula berkata, semua masalah itu telah dikemukakan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu tetapi tidak pernah ada tindakan diambil.

Katanya, ADUN berkenaan hanya datang sekali sahaja sebelum pilihan raya lalu dan tidak pernah lagi bertanya khabar atau melawat ke pangsapuri tersebut selepas itu.

"Penduduk mengharapkan beliau untuk menyelesaikan masalah di sini, namun semuanya hanya tinggal harapan sahaja," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Polis sedia panggil ibu bapa

Posted:

Polis sedia panggil ibu bapa

Polis sedia panggil ibu bapa

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
kota@utusan.com.my


Zulkifli Abdullah (kiri) bersalaman dengan Mohd. Adenan Deraman selepas mesyuarat membentuk kerjasama antara polis dan sekolah bagi menangani isu-isu berkaitan jenayah di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 8 Mac - Polis memberi amaran akan memanggil ibu bapa untuk diambil tindakan sekiranya didapati membenarkan anak-anak mereka menggunakan kenderaan secara salah tanpa memiliki lesen dan cukai jalan yang sah.

Tindakan yang dikenakan termasuk mengeluarkan saman dan merampas motosikal sebagai langkah awal mencegah anak-anak mereka daripada terlibat dengan kesalahan trafik termasuk samseng jalanan.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah, tindakan undang-undang itu bertujuan untuk mendidik seterusnya mengurangkan salah laku dan masalah disiplin pelajar-pelajar sekolah selain menurunkan kadar jenayah.

"Pihak polis akan menjalankan pemeriksaan ke atas motosikal di sekolah-sekolah di sekitar ibu negara bagi mengenal pasti ia digunakan mengikut tujuan yang betul.

"Sebanyak 11 kes kesalahan trafik termasuk aktiviti samseng jalanan melibatkan pelajar-pelajar sekolah dilaporkan sejak Disember tahun lalu.

"Ibu bapa kesemua pelajar terbabit kini sedang disiasat sama ada membenarkan anak-anak menggunakan motosikal mereka secara salah," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Zulkifli berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat bagi membincangkan kerjasama yang boleh diwujudkan dengan Jabatan Pelajaran bagi menangani isu-isu berkaitan jenayah terutamanya penyalahgunaan dadah dan samseng jalanan.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, sebanyak 10 daripada 199 buah sekolah menengah di sekitar ibu negara dipilih bagi melaksanakan projek Sekolah Angkat Polis antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pelajaran.

Katanya, kriteria pemilihan sekolah-sekolah angkat polis berkenaan bukan terhad kepada hanya sekolah yang bermasalah disiplin sahaja, malah sekolah-sekolah yang berprestasi cemerlang.

"Tujuan projek kerjasama dua hala ini selain mengawal jenayah di kalangan pelajar-pelajar sekolah, ia juga menambah baik pengisian dalam program-program sekolah seperti kadet sekolah dan Kelab Pencegahan Jenayah," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, Mohd. Adenan Deraman berkata, penyertaan pelajar dalam kadet polis dan kelab cegah jenayah di sekolah dilihat berkesan dan mampu mengurangkan jenayah.

"Setakat ini, tiada rekod menunjukkan pelajar-pelajar kelab berkenaan terlibat dalam masalah disiplin," katanya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen