Selasa, 1 Mac 2011

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Junaidah tunggu anaknya pulang

Posted:

Junaidah tunggu anaknya pulang

Junaidah tunggu anaknya pulang

Oleh RADHUAN HUSSAIN
pengarang@utusan.com.my


JUNAIDAH Mahmod menunjukkan gambar anak sulungnya, Nur Aqilah Mohamad ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru Seberang Takir, Kuala Terengganu, semalam. - UTUSAN/SHAIFUDIN MOHD. NOR


KUALA TERENGGANU 1 Mac - Rutin harian seorang ibu tunggal, Junaidah Mahmod, 38, adalah menghantar dan menjemput anak sulungnya, Nor Aqilah Mohamad, 16, dari, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ibrahim Fikri, dekat sini.

Namun Ahad lalu, kelibat anaknya tidak kelihatan ketika dia ke sekolah itu di Seberang Takir untuk menjemputnya pulang ke rumah seperti biasa.

"Itulah (27 Februari lalu) kali terakhir saya hantarnya ke sekolah dan ketika menunggu untuk menjemputnya pulang kira-kira pukul 1.30 petang, dia tak muncul-muncul sehinggalah sekarang.

"Hari itu, saya tunggu hingga pukul 3 petang tapi kelibatnya tetap tidak kelihatan.

"Telefon bimbitnya juga gagal dihubungi dan pada malam hari dia hilang, saya telah buat laporan di Balai Polis Gong Badak," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru Seberang Takir, di sini hari ini.

Justeru, ibu kepada lima anak itu yang cemas dan gelisah merayu supaya Nor Aqilah pulang segera ke pangkuan keluarga kerana mereka sangat bimbangkan keselamatannya.

Menurut Junaidah, keesokannya dia menemui guru kelas Nor Aqilah dan beberapa rakannya sebelum diberitahu bahawa anaknya itu tidak hadir ke sekolah Ahad lalu.

"Ketika saya hantarnya ke sekolah pada Ahad lalu, saya nampak Nor Aqilah berdiri dekat pintu pagar utama sekolahnya dan pada hari itu, ada acara sukan di sekolahnya.

"Dia anak yang baik dan tak pernah timbulkan masalah kepada keluarga, dia juga banyak uruskan adik-adiknya memandangkan dia anak sulung," katanya.

Jelas Junaidah lagi, pelbagai usaha dilakukan oleh keluarganya termasuk meminta pertolongan orang kampung untuk mencari anaknya itu.

"Saya bimbangkan keselamatannya kerana dia masih muda dan tak pernah berpisah dengan keluarga. Saya hanya mampu berdoa agar dia dapat pulang dengan segera," katanya.

Junaidah meminta sesiapa yang mempunyai maklumat atau terjumpa Nor Aqilah supaya segera menghubunginya di talian 014-5367221.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pemandu teksi mati dengan dua kesan tembakan

Posted:

Pemandu teksi mati dengan dua kesan tembakan

Pemandu teksi mati dengan dua kesan tembakan

SANDAKAN 1 Mac - Seorang pemandu teksi ditemui mati dengan dua kesan tembakan di tapak pembinaan Universiti Malaysia Sabah di Kilometer 16, Jalan Sungai Batang di sini petang semalam.

Mangsa, Junaidi Saman, 53, ditemui dengan kesan tembakan di kerongkong dan bawah kanan mulutnya dipercayai ditembak menggunakan pistol jenis Caliber .45.

Mayat mangsa ditemui seorang pengawal keselamatan di tapak pembinaan itu dalam keadaan tertiarap tidak jauh dari teksinya kira-kira pukul 6.30 petang.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Rowell Marong berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat pemandu itu kira-kira pukul 7 petang daripada orang awam.

"Sebaik sahaja dimaklumkan, polis bergegas ke tempat kejadian dan menemui mayat seorang lelaki dengan kesan tembakan di bahagian kerongkong dan bawah mulut sebelah kanan.

"Polis turut menemui dua kelongsong peluru berhampiran mayat tersebut dan kita percaya mangsa telah diarah keluar dari teksinya sebelum ditembak," katanya.

Rowell berkata, sebaik sahaja polis sampai di tempat kejadian, enjin teksi jenis Proton Wira yang dipandu mangsa masih hidup dan tiga pintu kenderaan itu dalam keadaan terbuka.

Katanya, berdasarkan maklumat pengawal keselamatan yang menemui mayat mangsa, dia mendakwa ternampak sebuah teksi melalui jalan di tepi tapak pembinaan berkenaan kira-kira pukul 6 petang.

"Bagaimanapun, pengawal keselamatan yang bertugas itu tidak mendengar sebarang bunyi tembakan kerana ketika itu hujan turun dengan lebat," katanya.

Rowell memberitahu, mayat mangsa dihantar ke Hospital Duchess Of Kent untuk bedah siasat.

Beliau tidak menolak kemungkinan kes itu bermotifkan rompakan atau dendam berdasarkan kesan tembakan yang ditemui.

"Pihak polis akan menjalankan siasatan daripada pelbagai sudut berhubung motif pembunuhan itu. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya sambil mengesahkan belum ada tangkapan dilakukan setakat ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Balai Polis Sandakan di talian 089-212222 bagi membantu siasatan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen