Selasa, 1 Mac 2011

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


‘Kami tiada niat lawan ulama’

Posted:

'Kami tiada niat lawan ulama'

'Kami tiada niat lawan ulama'

Oleh FAUZI MOHD.
berita@kosmo.com.my


SEORANG pengunjung menyentuh jenglot yang dipamerkan dalam satu pameran di Kuala Terengganu pada 2007.


KUALA TERENGGANU – Penganjur pameran kontroversi bertemakan Masyarakat Berakidah, Dynasty Event Sdn. Bhd menegaskan, tidak timbul isu pihaknya menentang keputusan Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan kerana program itu sendiri telah dirancang sealiran dengan tuntutan agama.

Pengerusinya, Dr. Abdul Manan Embong berkata, pameran itu kelak bukan bertujuan untuk memaparkan artifak dan objek mistik semata-mata, malah untuk membendung akidah umat Islam daripada terus terpesong.

Menurutnya, mereka sudah berbincang dengan pelbagai agensi termasuk Jabatan Mufti Terengganu dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) bagi memastikan program itu mencapai objektif yang ditetapkan.

"Kami cukup kesal kerana hasrat murni program ini telah disalah tafsir oleh sesetengah pihak dengan memberi gambaran negatif,'' katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

2,000 pengundi Merlimau ‘hilang’

Posted:

2,000 pengundi Merlimau 'hilang'

2,000 pengundi Merlimau 'hilang'

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
zulsham@kosmo.com.my

JASIN – Sebanyak 2,000 pengundi berdaftar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau 'hilang' dan gagal ditemui berikutan tidak lagi tinggal di alamat yang didaftar.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, jentera BN telah berusaha menjejaki 'kehilangan' pengundi-pengundi tersebut ke semua alamat namun gagal menemukan mereka.

"Kita akan terus berusaha mencari mereka supaya datang mengundi pada hari Ahad ini kerana undi mereka penting.

"Kita yakin pengundi-pengundi ini ada di sekitar negeri ini tetapi telah berpindah daripada alamat lama dan mereka masih boleh membuang undi pada hari pengundian nanti," katanya yang juga Ketua Menteri Melaka.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada lagi tolak ansur

Posted:

Tiada lagi tolak ansur

Tiada lagi tolak ansur

Oleh ATIKAH DALI
dan NAN HIDAYAT NAN AZMIE
berita@kosmo.com.my


PESALAH trafik beratur panjang untuk membayar saman di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu kelmarin.


KUALA LUMPUR – Kesemua 17.3 juta saman yang gagal dijelaskan oleh pesalah trafik setelah tempoh tawaran diskaun 50 peratus berakhir kelmarin kini disenarai hitam oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ia berkuat kuasa serta-merta semalam sekali gus bermakna kesemua pesalah trafik terbabit tidak boleh memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu selagi tidak membayar saman tersebut sepenuhnya.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Aziz Yusof berkata, sebanyak 1.5 juta saman diselesaikan oleh pesalah trafik dalam tempoh seminggu sehingga tengah malam kelmarin iaitu tarikh akhir diskaun yang ditawarkan polis tamat.

Bagaimanapun katanya, masih ada 17.3 juta saman yang belum dibayar.

"Jadi untuk pemandu yang belum menyelesaikan saman, mereka telah disenarai hitam berkuat kuasa semalam,'' katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen