Rabu, 23 Mac 2011

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Bayi dilarikan ibu saudara

Posted: 22 Mar 2011 12:01 PM PDT

SERDANG: "Dia cemburu melihat kami terlalu menyayangi bayi kami hingga melarikannya sejak seminggu lalu," kata S Tirumurthy, 30, bapa bayi berusia empat bulan yang dipercayai dilarikan ibu saudaranya.

Tirumurthy berkata, bayinya, Yogashini dibawa lari gara-gara dia dan isteri melimpahkan kasih sayang dan terlalu memanjakan anak sulungnya itu dengan membeli pelbagai barangan berjenama.


"Ibu saudara saya, R Saraswathi, 43, memberi alasan ingin membawa bayi kami ke majlis keramaian rakannya dan akan pulang selepas dua hari.

"Namun, janji tinggal janji apabila dia bukan saja tidak pulang ke rumah, malah menghilangkan diri dengan mematikan talian telefon bimbitnya seolah-olah sengaja mengelak daripada kami," katanya ketika ditemui di Serdang, kelmarin.


Katanya, tanggungjawab menjaga anak sulungnya itu diberikan kepada ibu saudara yang sudah lama tinggal bersama, malah mereka suami isteri menganggap wanita itu seperti ibu kandung.


"Saya kesal dengan tindakan dia kerana segala keperluan dan wang sakunya kami tanggung. Mungkin dia cemburu melihat kami dikurniakan anak sedangkan dia dua kali gagal dalam rumah tangga.

"Saya pernah ternampak dia mencuci wajah anak saya selepas isteri menciumnya sebelum keluar bekerja. Saya hairan melihat perlakuan mak cik, namun tidak mahu buruk sangka," katanya.


Katanya, selepas gagal menjejaki ibu saudaranya termasuk menghubungi telefonnya, dia dan isteri membuat laporan polis di Kajang, Khamis lalu.

"Kami terperanjat apabila dimaklumkan anggota polis ada laporan dibuat terhadap kami yang mendakwa mahu menjual anak selain sepakat untuk menukar agama.


"Kami tak pernah membincangkan hal itu, malah langsung tiada niat berbuat demikian," katanya.


Katanya, dia hairan dengan tindakan ibu saudaranya itu, malah beranggapan wanita terbabit sengaja berbuat demikian kerana mahu menutup kesalahannya yang melarikan anak mereka.


"Sudah lima hari kami mencari mereka termasuk berjumpa rakan dan saudara terdekat. Isteri saya dibuang kerja kerana gagal membuat permohonan cuti kecemasan.


"Kami tahu mak cik tidak akan mencederakan atau melakukan sesuatu kepada anak kami, tapi saya harap dia pulang kerana anak saya tidak sihat dan menghidap batuk kronik," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

2 beradik geng samun stesen minyak dicekup

Posted: 22 Mar 2011 11:59 AM PDT

PETALING JAYA: Dua beradik yang menjadi ahli kumpulan geng samun kedai serbaneka dan stesen minyak bukan saja aktif dengan aktiviti berkenaan, malah dipercayai penagih dadah tegar.

Siasatan polis juga mendapati si adik berusia 25 tahun itu mempunyai 24 rekod jenayah, manakala abangnya berusia 30 tahun lima rekod jenayah termasuk samun, dadah dan curi kereta.


Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohammed, berkata tangkapan pertama dilakukan orang awam selepas seorang suspek kumpulan terbabit menyamun di Bandar Baru Sungai Buloh pada 15 Mac lalu kira-kira jam 2 petang.

"Suspek yang mahu melepaskan lelah di sebuah gerai makan iaitu kira-kita sejam selepas menyamun ditangkap mangsa yang mengecam nombor pendaftaran kenderaan dinaiki bersama beberapa orang awam yang berada di situ," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, semalam.


Beliau berkata, susulan itu, dalam tempoh 24 jam polis memberkas lima lagi rakan lelaki terbabit termasuk dua beradik dan seorang wanita berusia 31 tahun melalui serbuan berasingan di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang.


Katanya, semua mereka dipercayai melakukan aktiviti samun bagi mendapatkan wang tunai membeli dadah. Ujian air kencing mendapati semua suspek positif dadah jenis heroin.

"Dengan tertumpasnya geng terbabit, polis menyelesaikan 29 kes samun membabitkan kumpulan itu yang dipercayai aktif sejak beberapa bulan lalu," katanya.


Menurut Arjunaidi, taktik yang digunakan kumpulan terbabit mudah dengan memakai topi keledar bertutup bersenjatakan parang akan melakukan aktiviti samun wang tunai dan barang berharga sebelum melarikan diri sama ada menaiki motosikal atau sebuah kereta Kelisa.

Selain itu, hasil tangkapan terbabit, polis merampas sebuah motosikal Yamaha, kereta Kelisa bernombor pendaftaran palsu, dua parang dan topi keledar.


Siasatan polis juga mendapati si adik berusia 25 tahun itu mempunyai 24 rekod jenayah, manakala abangnya berusia 30 tahun lima rekod jenayah termasuk samun, dadah dan curi kereta.


Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohammed, berkata tangkapan pertama dilakukan orang awam selepas seorang suspek kumpulan terbabit menyamun di Bandar Baru Sungai Buloh pada 15 Mac lalu kira-kira jam 2 petang.


"Suspek yang mahu melepaskan lelah di sebuah gerai makan iaitu kira-kita sejam selepas menyamun ditangkap mangsa yang mengecam nombor pendaftaran kenderaan dinaiki bersama beberapa orang awam yang berada di situ," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, semalam.


Beliau berkata, susulan itu, dalam tempoh 24 jam polis memberkas lima lagi rakan lelaki terbabit termasuk dua beradik dan seorang wanita berusia 31 tahun melalui serbuan berasingan di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang.


Katanya, semua mereka dipercayai melakukan aktiviti samun bagi mendapatkan wang tunai membeli dadah. Ujian air kencing mendapati semua suspek positif dadah jenis heroin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen