Isnin, 14 Mac 2011

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Warisan tercemar

Posted: 13 Mar 2011 12:30 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kebanjiran warga asing di kawasan Pasar Seni, di sini, menyebabkan pengunjung semakin resah terutama wanita.

Tinjauan Harian Metro ke kawasan itu mendapati hampir 80 peratus pengunjung di pusat beli-belah itu warga asing terutama dari Indonesia, Myanmar dan Bangladesh yang kebanyakannya menetap dan bekerja di negara ini.


"Saya rasa tidak selamat untuk keluar seorang diri di kawasan ini terutama pada waktu malam," kata pengunjung, Syahidah Mansor, 23, apabila ditanya mengenai isu berkenaan.

Katanya, disebabkan warga asing yang mendominasi kawasan ini, Pasar Seni tidak langsung menggambarkan sebagai warisan seni Malaysia.


"Kebanyakan peniaga di kawasan ini warga asing, begitu juga dengan pekerja mereka. Mereka membentuk komuniti yang semakin hari semakin besar," katanya.


Secara tidak langsung, katanya, mereka akan berasa berkuasa dan selesa seperti menetap di negara sendiri.

Pelajar institusi pengajian tinggi awam, Hadri Zainal, 25, meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kebanjiran warga asing di Pasar Seni.


"Lelaki mungkin tidak terlalu takut untuk keluar seorang diri di kawasan Pasar Seni, tetapi bagi wanita pasti berasakan keselamatan mereka kurang terjamin.

"Mungkin dengan kebanjiran warga asing ini, punca tempat ini kotor. Saya sudah pergi banyak tempat warisan seni dan saya rasa untuk kekalkan tarikan pelancong, orang tempatan perlu menjaga kawasan ini," katanya.


Menurutnya, ada juga warga asing yang meminta sedekah untuk menambah pendapatan. "Bilangan peminta sedekah warga asing bertambah pada hujung minggu kerana mereka tahu pengunjung ke kawasan ini lebih ramai," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lega cadangan naik taraf Jalan Maarof

Posted: 13 Mar 2011 11:10 AM PDT

KUALA LUMPUR: "Lebih cepat lebih bagus dan saya harap dengan menaik taraf jalan di sini akan memudahkan urusan orang ramai terutama penduduk yang sering mengeluh mengenai kesesakan jalan akibat trafik tersekat-sekat," kata Siti Ummie Hafizah Ibrahim, 27, yang menggunakan Jalan Maarof, di sini.

Dia mengulas mengenai pengumuman Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang menjanjikan tempoh enam bulan untuk menaik taraf kawasan berkenaan yang akan dikendalikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).


Malah, dia berharap selepas ini dapat melalui jalan berkenaan lebih selesa selepas tertekan apabila seringkali tersangkut berjam-jam di dalam kereta kerana kesesakan akibat aliran trafik yang tidak menentu. "Saya menggunakan laluan ini untuk ke tempat kerja di Bukit Kiara, biasanya saya akan singgah di sini pada waktu tengah hari untuk membuat urusan kerana di sini terdapat pelbagai kemudahan.

"Namun, kesesakan teruk memaksa saya meminta bantuan rakan untuk menghantar serta menjemput saya," katanya.


Sementara itu, Rosli Ali, 50, pula berkata, bukan setakat laluan di Jalan Maarof perlu di naik taraf, tetapi dia berharap DBKL menyediakan ruangan tempat letak kereta lebih selesa di situ.


"Punca kesesakan bukan saja kerana jalan sempit dan aliran trafik yang tidak teratur, sebaliknya masalah kekurangan parkir juga punca utama.

"Pengguna meletakkan kenderaan mereka sesuka hati kerana tempat letak kereta tidak mencukupi akibatnya jalan sesak sehingga ke laluan Jalan Maarof," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen