Rabu, 2 Mac 2011

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


20 gigit jari ditipu nyah

Posted: 01 Mar 2011 10:38 PM PST

GOMBAK: "Kami hanya berikan minuman dan makanan ringan kepada tetamu," kata seorang mangsa penganjur perkahwinan yang gagal menyediakan pakej dijanjikan menyebabkan pelanggannya bukan saja kerugian puluhan ribu ringgit, tetapi turut menanggung malu.

Mangsa yang meminta identitinya tidak didedahkan berkata, dia sudah membayar RM37,000 kepada penganjur perkahwinan terbabit untuk pakej perkahwinannya merangkumi khidmat katering, kad jemputan, baju pengantin, gubahan hantaran, pelamin dan katil.


"Malangnya, sehari sebelum perkahwinan saya pada September tahun lalu, dia menghubungi saya dan memaklumkan gagal menyediakan semua yang dijanjikan.

"Tiada apa yang dapat dilakukan saya dan keluarga ketika itu kerana masa terlalu suntuk. Akibatnya, pada hari perkahwinan saya, kami sekeluarga hanya memberi minuman dan makanan ringan kepada tetamu," kata lelaki berusia lewat 20-an itu.


Tidak puas hati dengan apa yang berlaku, dia berjumpa ibu penganjur perkahwinan terbabit, namun wanita itu mendakwa tiada kaitan dalam aktiviti anaknya.

"Malah, ibunya mendakwa sudah tiada hubungan dengan anaknya sedangkan sebelum itu semua wang dimasukkan ke dalam akaun ibunya," katanya.


Penganjur perkahwinan terbabit yang juga seorang lelaki berpakaian wanita atau mak nyah berusia 37 tahun didakwa sudah mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit selepas memperdaya lebih 20 pelanggan sepanjang hampir enam tahun lalu.

Selain bijak berkata-kata, dia hanya menggunakan sepasang pakaian pengantin dan satu sampel cenderamata bagi memperdaya puluhan bakal pengantin dan keluarga mereka.

Antara modus operandi mak nyah itu ialah meminta pelanggan memasukkan wang pendahuluan ke dalam akaun yang didaftarkan atas nama ibunya yang berusia lewat 50-an.


Mangsa terbaru mak nyah terbabit ialah Ab Wahab SH Salim, 57, yang merancang mengadakan majlis perkahwinan anak ketiganya, Mohd Fitri, 27, pada Sabtu ini dan sudah membuat bayaran pendahuluan RM21,000.

"Saya mengenalinya lima tahun lalu di pameran perunding perkahwinan. Apabila anak saya nak berkahwin, saya menghubunginya dan berbincang mengenai pakej perkahwinan yang dia tawarkan.


"Dalam kunjungan ke rumah saya Oktober lalu, dia menawarkan pakej perkahwinan lengkap katering, pakaian pengantin, hantaran, katil dan pelamin, selain kad undangan perkahwinan dengan harga murah," katanya.

Menurut Ab Wahab, selepas dia membuat bayaran RM21,000, mak nyah terbabit lesap sebelum menghantar SMS mengatakan gagal menguruskan majlis perkahwinan itu.


"Dia mengaku sudah menggunakan wang yang saya bayar dan berjanji akan melunaskan secara ansuran," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Gombak, di sini, semalam.


Ab Wahab berkata, dia tidak membayar wang yang diminta mak nyah terbabit secara terus, sebaliknya secara ansuran setiap kali diminta, namun transaksi itu dilakukan ke atas akaun ibunya.


"Selepas membuat laporan di Balai Polis Gombak, saya sekeluarga dimaklumkan terdapat beberapa mangsa lain yang turut berbuat demikian selepas ditipu lelaki terbabit," katanya.


Seorang lagi mangsa, Syed Danial Syed Shaffri, 26, mengalami nasib sama apabila dia dan tunangnya kerugian RM11,000 selepas diperdaya lelaki terbabit untuk urusan sama.


"Saya yakin dia mengamalkan ilmu salah seperti penunduk kerana setiap kali dia meminta wang, saya dan pasangan akan memberikannya dengan mudah.


"Cara dia menipu sama dengan mangsa lain. Biarpun mustahil untuk mendapatkan semula wang yang dilarikan itu, kami mendedahkan perkara ini bertujuan menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya tawaran pakej perkahwinan terbabit," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit.

Komen Anda

Hantar pendapat anda mengenai isu yang dipaparkan dalam artikel ini :

Terima kasih diatas penyertaan anda. Harian Metro berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.
Balasan di akhirat kelak,merosakkan hari bhgia magsa...mmg sedih, banyk2 brsabar..

azie

jangan berlebihan dlm apa jua keadaan oleh itu bersederhanalah kerana bersederhana mendidik diri kita menjadi lebih insaf.ingat hanya rezeki yg halal saja membawa keberkatan jngn jadi insan yg tamak.hidup kita tak lama.setiap perbuatan ada balasan .

liza

masyaallah..ada jgk manusia kita mcn ni ye...klu dpt tangkap spesis ni, kasi tambat kt pokok yg byk kerengga tu..biar dia rasa...

rahimah

Setiap yang berlaku, adalah satu peringatan. Allah maha mengetahui...ingatlah!!! Mungkin kita pernah melakukan perkara yang sama pada insan lain.

Nani

itu la..siasat dulu betul2 tanya kawan2

mohd roffle b zakaria

xda tindakan polis sejak kes pertama ke???
smpi btmbh2 mangsa yg terkena ni...
geram pulak bila dgr... duit dahla bkn seringgit dua... majlis bsejarah pulak tu... mmg nightmare la pada bakal2 pengantin.
cadangkan... cakap je sapa nama nyah tak b'tanggungjawab tu.so that xda lg yg akan jd mangsa. sah2 mmg nk duit org je. janji sekian sekian sekian..tup2 majlis dah dekat... senang2 ckp xleh buat keje... banyak cantik. org mcm ni patut cari smpi lubang cacing. tuntut balik duit yg dia bw lari tu.

miasara

Subhanallah..cepat2 lah bertaubat mak nyah tu..tak baik menginaya orang yg hendak mendirikan masjid...kepada magsa banyak2 bersabar..

shazzy

harap pihak berkuasa cepat ambik kes & tgkap org yg berkenaan..kesian dekat mgsa2 nie..nk wat kebaikan tpi dpt kejahatan..

luqman hakim

Balik semula konsep gotong royong kenduri kahwin macam mak/bapak kita dulu. tahniah Taman Bunga Raya Temerloh mengamal konsep tersebut hingga meraih anugerah kejiranan terbaik.

malayboy

Pada sapa yang dah nak mendirikan rumah tangga tu...berhati2 la ng pakej perkahwinan mcm ni..senang2 je depa ambik duet kita..

Ungu Karmila

hey mmg xptut btl..x berkat la tpu duit owg..x slmat dunia akhirat..kpd mngse, mgkin de hikmah di sebalik semua 2...

mariani

kpd mangsa banyakkan bersabar,tentu ada hikmah di sebalik kejadian ini. kepada pembaca yang lain berhati hatilah dengan tawaran yang tidak rasional.rujuklah kpd ahli keluarga kwn2 apabila ada sesuatu tawaran yang pelik2.tip kpd umat islam bacalah surah kursi jika dihampiri org yg tidak dikenali. hanya allah sebaik baik penunjuk jalan.

majau boys

37,000? 21,000? 11,000? Kembalilah kepada ajaran Islam sebenar, pembaziran itu amalan syaitan!

maktih

takde pulak geng2 yang mengaku menegakkan kebenaran nak 'kutip' penipu2 camni.

Mahmuda

kalau nak nasihat orang ramai supaya berhati-hati, berilah tahu bagaimana nak dapat maklumat lanjut mengenai penipu ini supaya orang lain berhati-hati. Setakat cakap kena tipu tapi tiada maklumat penting nak buat ape?????. Fikirlah berapa ramai 'nyah' yang buat bisnes ni, lapuran tidak telus sebegini akan menyebabkan orang lain berpandangan serong kepada golongan ini. Sekurang-kurang nya bagi tau kawasan mana pejabat penipu ini terletak.

abhadi

Perkara sebegini, sebaik nya di pamirkan wajah orang telah membuat kesalahan,nama Ic nya juga dicatit, supaya orang lain tidak menjadi mangsanya lagi.

mimimaznah abd.karim

Hendaknya lain kali bakal pengantin beruruslah dengan penganjur perkahwinan dipejabat urusan mereka bagi membuktikan mereka menjalankan urusan yang sah.

Kenapa polis tidak mengambil tindakan diatas aduan yang telah dibuat dahulu supaya tidak ramai yang tertipu. Terang2 akaun si ibu penipu itu digunakan, kenapa polis tidak siasat ibu atau penganjur perkahwinan itu.

Bagusnya sekiranya mangsa mendedahkan nama ibu dan penganjur perkahwinan tersebut agar tidak ada yang tertipu lagi.

Harap polis dan pihak bank dapat mengambil tindakan membekukan akaun ibu yang menerima wang daripada mangsa.

Setelah banyak tertipu baru keluar kisahnya....kenapa yang pertama tertipu mendiamkan diri sahaja sehingga lebih ramai yang kena tipu.

Aira

Masyarakat kota sekarang ni tidak pedulikan lagi jiran,jiran kita diangap semacam negara sebelah,tidak tegor siapa (ego).itu sebab selalu ditipu orang.kalau kenduri pangil orang satu taman tolong pun, tak habislah sampai puluh puluh ribu kan (RM oo.ooo).

wan muhamad kamal

berhati-hati kepada yg ingin melangsungkan majlis perkahwinan

shahsheila

msuk kn lokap je!! lpas tu suh dy gnti rugi...

syidah sempoi

itu lah nak sangat grand2..bersederhana dah ler...zz ==

botak

Berhati2le, org mcm ni berada di mana2. Mereka sbnrnya syaitan menyerupai mnusia.Allah saje yg tau balasannya.

pak cik din

saya rasa dia tidak patut berbuat begitu...tapi dia tidak akan terlepas kerana setiap perbuatan itu ada pembalasan dari allah s.w.t.

SITI NURASHIKIN BT ABD RAHMAN

SEMUA MUSLIMIN TELAHPUN TAHU YANG KITA HANYA PERCAYA PADA ALLAH SEPERTI RUKUN IMAN
JADI TAK LAH PERLU KITA PERCAYA SEPENUHNYA PADA HAMBA HAMBANYA.KALAU PERCAYA PUN BERPADA PADA.KESIAN PADA HAMBA ALLAH YANG DIPERDAYA.TAPI PERCAYALAH ALLAH MAHA MENGETAHUI APA YANG DIA LAKUKAN.

ZHAN

Saya terpanggil utk memberi komen dalam hal tersebut. Pendapat saya siarkan gambar & nama yg digunakan masa buat urusan dgn pelanggan beliau utk tatapan semua agar lebih berwaspada.Terima pada pengadu supaya tidak ramai yg akan tertipu.

Siti Hawa Bte Ayob

maknyah itu harus diberikan hukuman...ksian bakal2 pengantin...kejam btul!!!!!

adeqya

pak andam penipu yang mencemarkan nama ramai wedding planner lain yang bagus-bagus. Kepada pengantin-pengantin & bakal pengantin VillaPengantin, salah satu keutamaan kami ialah meminta anda DATANG sendiri ke majlis kendalian VillaPengantin atau ke butik kami, bagi memastikan anda puas hati dengan perkhidmatan dan keberadaan kami. JANGAN sekali-kali engaged dengan mak/pak andam yang sanggup datang berbincang ke rumah anda. Kebanyakan pak/mak andam yang 'sibuk' (banyak majlis) lebih gemar berbincang di opis daripada di rumah client atas banyak sebab. Memang anda akan selesa sebab tak perlu membuang masa datang ke butik pengantin, tetapi risiko penipuan sangat tinggi.

kak raha

memang nyah ni penipu!!kakak sepupu pon da terkena..pakej yg dijanjikan memang tak berbaloi dgn harga pastu ade ke patut si nyah ni nak wat baju pengantin yg baru, guna duit customer dulu??setahu saye ape2 pon seharusnya dahulukan duit sendiri baru claim kat customer..akhirnya Kantoi gak ko kan Nyah...

asal dari selayang

kalo jumpa maknyah yang macam tu ko bantai aje biar dia rasakan dan memalukan aje..orang macam ini tak bolih dibiarkan kena ambik tindakan mahkamah.

remyazari @ remyzai

macam macam dunia sekarang, orang menipu cara tercanggih.berhati hatilah pada mereka yang berwang.

rohana bt taib

selidiki latar belakangnya dulu. Tak sewajarnya kita terpedaya dengan hanya kata-kata dan janji manis seseorang. "Makyah" oh "makyah" ... "hebat" kau. Yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sepadan.

ishak hassan

contoh,antara perkahwinan yg x diberkati.semua kelengkapan yg melanggar sunnah.MAKA BILA ANDA NAK BERKAHWIN,X PERLULAH MEMBAZIR DGN YG X BERFAEDAH..IKUTI SUNNAH, LEBIH BERKAT..

syam

Korang smua jangan trprdaya

rlann bkr

pengajaran: jangan dipercayai orang yang mengamalkan hidup songsang. kalau hidup sendiri pun dah salah, ni nak urus hidup orang lain lagi? tsk tsk. semoga mangsa mangsa tipu dibukakan pintu rezeki yang lain. amin.

Kzee Tay Kasim

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

‘Goyang lalok’ rai hari lahir

Posted: 01 Mar 2011 10:31 AM PST

KUALA LUMPUR: Gara-gara mahu meraikan hari lahir rakan secara luar biasa, 25 lelaki dan lima wanita ditahan ketika 'goyang lalok' dalam satu parti liar dadah dan arak yang dianjurkan mereka di sebuah hotel di Jalan Pudu, Pudu Ulu di sini, Sabtu lalu.

Difahamkan, semua suspek berusia antara 18 hingga 30 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras ketika asyik menari dipercayai di bawah pengaruh dadah dan alkohol.


Malah, ada dakwaan mengatakan kumpulan terbabit turut melakukan hubungan seks ketika meraikan majlis hari lahir seorang daripada mereka. Semua mereka dipercayai saling mengenali antara satu sama lain.

Dalam serbuan kira-kira jam 4 pagi itu, pihak berkuasa turut merampas pelbagai jenis dadah, antaranya Eramin 5, methapetamin dan Ecstasy.


Menurut sumber, sepasukan polis bergegas menyerbu bilik hotel bertaraf tiga bintang itu selepas menerima aduan daripada penghuni lain kerana kumpulan terbabit dikatakan membuat bising sehingga mengganggu ketenteraman mereka.


"Ketika serbuan dilakukan, ada segelintir daripada kumpulan terbabit masih menari kerana dipercayai di bawah pengaruh dadah.

"Semua yang ditahan kemudian dibawa ke balai polis untuk pemeriksaan dan siasatan lanjut," katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh ketika dihubungi, mengesahkan penahanan kumpulan terbabit.

"Hasil ujian air kencing yang dilakukan, 19 daripada mereka termasuk dua wanita didapati positif dadah. Malah, pihak berkuasa turut merampas pelbagai jenis dadah yang digunakan dalam parti berkenaan.


"Mereka semua akan direman sehingga hari ini (semalam) dan akan dihadapkan ke mahkamah esok (hari ini)," katanya.


Mohan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1a) Akta Dadah Berbahaya 1952.


"Saya menasihatkan orang ramai terutama ibu bapa supaya sentiasa memantau perkembangan anak masing-masing bagi mengelak kejadian sama berulang," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen