Selasa, 1 Februari 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


RM8.3j pembangunan sekolah agama

Posted:

RM8.3j pembangunan sekolah agama

RM8.3j pembangunan sekolah agama

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
utusanmelaka@utusan.com.my


MOHD. Ali Rustam bersama guru-guru wanita agama pada majlis perjumpaan dengan pengajar Jabatan Agama Islam Melaka dan Jawatankuasa LEKAS/LEKAT di Merlimau Pasir, Melaka, kelmarin.


JASIN 31 Jan. - Sejumlah kira-kira RM8.3 juta diperuntukkan sepanjang tahun ini bagi tujuan membangunkan infrastruktur sekolah agama di seluruh negeri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, peruntukan tersebut meliputi kerja-kerja penyelenggaraan dan baik pulih lapan buah sekolah rendah agama (SRA).

Menurutnya, daripada jumlah itu, kira-kira RM176,700 diperuntukkan bagi membaiki dan menaik taraf lapan SRA yang terdapat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.

"Usaha ini diharap membantu meningkatkan kualiti tahap pengajaran guru-guru agama sekali gus memastikan kualiti pendidikan agama di negeri ini berada pada tahap membanggakan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan majlis Perjumpaan Bersama Guru-Guru Jabatan Agma Islam Melaka (JAIM) di sini semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia, Datuk Yaakob Md. Amin; Timbalan Pengerusi Jawatakuasa Hal Ehwal Agama, Datuk Ghazale Muhamad dan Ahli Parlimen Jasin, Datuk Wira Ahmad Hamzah.

Kata Mohd. Ali, antara lapan SRA yang terlibat menerima peruntukan menaik taraf kemudahan tersebut ialah SRA JAIM Merlimau Pasir, SRA Chin Chin, SRA Cenderah, SRA Ayer Merbau dan SRA Merlimau Pantai.

Ujarnya, sekolah lain yang terlibat seperti SRA Merlimau Pasir, SRA Bandar Merlimau dan SRA Ayer Tawar.

"Projek membaiki dan menaik taraf sekolah ini memang sudah ada dalam perancangan untuk sepanjang tahun ini," katanya.

Menurut beliau, di DUN Merlimau sahaja, terdapat kira-kira 2,400 murid mengikuti pengajian kelas agama SRA JAIM melibatkan bilangan guru seramai 64 orang.

Menurutnya, pada masa ini, dianggarkan 75 peratus murid beragama Islam di negeri ini memasuki sekolah agama di bawah JAIM.

"Kerajaan negeri mahu peratusan ini ditambah sehingga 25 peratus lagi dalam tempoh tiga tahun akan datang," katanya.

Pada masa yang sama, kata beliau, bermula tahun ini, kerajaan negeri mula menyalurkan pinjaman buku teks sekolah secara percuma kepada murid yang dikenal pasti layak menerima bantuan tersebut.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Sedih sambut Tahun Baru Cina

Posted:

Sedih sambut Tahun Baru Cina

Sedih sambut Tahun Baru Cina

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
utusanmelaka@utusan.com.my


Pemandangan sepi di Kampung Sungai Dua Asahan apabila rumah mereka dinaiki air dI Asahan, semalam.


JASIN 31 Jan. - Ketika kebanyakan masyarakat Cina sibuk membuat persiapan menyambut perayaan Tahun Baru Cina, seorang warga emas, Tye Baba, 64, pula terpaksa meninggalkan rumahnya buat seketika di Pekan Asahan di sini selepas dinaiki air semalam.

Menurut Tye, dia menyedari rumahnya dinaiki air ketika mereka sekeluarga sedang sibuk membuat persiapan mengemas rumah kira-kira pukul 5 petang semalam.

''Namun mujurlah anak perempuan sempat menyelamatkan kuih bulan dan beberapa barangan perayaan lain untuk disimpan ke tempat lebih tinggi, kalau tidak, saya tidak tahu bagaimana nak sambut perayaan Tahun Baru Cina tahun ini," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tye Baba antara 70 keluarga yang terdiri daripada 306 penduduk sekitar Sungai Dua dan Pekan Asahan yang terjejas akibat banjir yang melanda kawasan itu sehingga paras satu meter.

Sebahagian besar mangsa kini ditempatkan sementara di Sekolah Kebangsaan Asahan dan menerima pelbagai bantuan kecemasan seperti selimut dan makanan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Jasin dan Pejabat Kesihatan daerah.

Menurut Tye Baba, keadaan air banjir di rumahnya kini semakin surut dan keadaan itu memberikan peluang kepada keluarganya untuk membersihkan sisa air banjir yang masih tinggal dalam bahagian rumahnya.

Katanya, demi semangat perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi, mereka sekeluarga akan membersihkan rumah secepat mungkin.

''Lagi pun dalam keluarga kami, ada saudara yang meninggal dunia sebab itu kami rasa tidak meriah untuk menyambut perayaan tahun ini ditambah pula dengan banjir yang melanda.

''Namun, sekurang-kurangnya rumah kami perlu nampak bersih biarpun saya sendiri tidak ada semangat untuk menyambut perayaan tahun ini," katanya.

Jirannya, M. Dhana Panian, 56, pula berkata, dia sudah tidak sanggup lagi ditimpa masalah yang sama setiap tahun dan berharap pihak berkuasa dapat menyelesaikan isu banjir yang berlaku.

Katanya, penduduk di kawasan itu terpaksa mengunakan sumber kewangan sendiri untuk menampung kerugian akibat banjir yang menimpa mereka sejak beberapa tahun lalu.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kawasan sekitar Palong dilanda banjir

Posted:

Kawasan sekitar Palong dilanda banjir

Kawasan sekitar Palong dilanda banjir


Anggota penyelamat dihantar ke Palong Satu untuk memindahkan mangsa banjir ke Sekolah Kebangsaan Palong Satu, Jempol, semalam.


JEMPOL 31 Jan. - Hujan lebat sejak beberapa hari lalu memaksa 100 penduduk termasuk seorang bayi perempuan berusia tiga bulan meninggalkan kediaman mereka selepas rumah dinaiki air dalam kejadian banjir yang berlaku petang semalam.

Penyelia Pembangunan Desa dan Perhubungan Kemas Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang, Norzilah Basiran berkata, kesemua mangsa terdiri daripada 16 buah keluarga yang mula dipindahkan kira-kira pukul 5 petang.

''Berdasarkan maklumat yang diterima laluan utama ke Palong Satu tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan berikutan air yang semakin naik menjelang pagi ini.

''Malah orang ramai terpaksa menggunakan laluan alternatif lain untuk ke kawasan tersebut. Bekalan elektrik pula terpaksa ditutup sejak 6 petang semalam, bagi mengelak kejadian yang tidak diingini," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya, antara agensi yang terlibat dalam menghulurkan bantuan itu adalah Klinik Kesihatan Palong 4, 5, 6, Klinik Desa Palong Satu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Turut terlibat dalam operasi pemindahan itu adalah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Felda, Kemas dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

"Kesemua mangsa banjir ditempatkan di Surau dan Dewan Sekolah Kebangsaan Palong Satu manakala murid-murid sekolah pula diarahkan pulang ke rumah masing masing sebagai langkah keselamatan. Persekolahan akan berjalan seperti biasa pada Isnin minggu hadapan,'' katanya.

Dalam pada itu Imam Masjid Palong Satu, Amat Kamarudin Ali, 74, tidak menyangka hujan yang lebat akhirnya bertukar banjir dengan sekelip mata namun beliau bersyukur kerana semua anggota keluarganya selamat.

"Ketika itu saya bersama keluarga sedang menikmati makan malam namun tidak lama kemudian air banjir mula memasuki rumah. Saya hanya dapat menyelamatkan beberapa dokumen penting ketika kejadian itu," katanya.

Bagi Azura Mohd. Karim, 30, pengalaman tidur di pusat pemindahan bersama bayinya berusia tiga bulan iaitu Aries Asyikien Rahimi adalah sesuatu yang tidak mungkin dapat dilupakan.

''Mujur semuanya selamat dan saya sempat membawa buaian untuk menidurkan bayi saya. Ini merupakan kali kedua ditempatkan di sini kerana beberapa tahun lalu rumah saya turut mengalami nasib yang sama.

''Malam tadi saya tidak dapat tidur apabila memikirkan rumah yang sudah ditenggelami air apatah lagi segala dokumen penting tidak dapat diselamatkan," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan