Isnin, 28 Februari 2011

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


109 termasuk 8 pemimpin ditahan

Posted:

109 termasuk 8 pemimpin ditahan

109 termasuk 8 pemimpin ditahan

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
pengarang@utusan.com.my


Anggota polis menahan S. Jayathas pada perhimpunan Hindraf di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 27 Feb. - Tindakan pantas polis bertindak menahan individu yang cuba berhimpun selain penutupan jalan raya berjaya mengagalkan perhimpunan dan perarakan tanpa permit anjuran pertubuhan haram Hindraf, di sekitar ibu negara hari ini.

Dalam perhimpunan haram itu, 109 termasuk lapan pemimpin kanan Hindraf ditahan mengikut Seksyen 45(1) Akta Pertubuhan 1966 kerana dipercayai menganjurkan perhimpunan haram itu. Bagaimanapun seramai 101 daripada mereka dibebaskan selepas diambil keterangan.

Difahamkan, antara pemimpin yang ditahan itu ialah P. Uthayakumar dan S. Jayathas. Turut ditahan, dua wartawan media alternatif dan lapan wanita yang berusia 18 hingga 66 tahun.

Penahanan itu dilakukan selepas pihak penganjur terus berdegil meneruskan rancangan mereka walaupun sejak dua hari berturut-turut media melaporkan keputusan polis tidak mengeluarkan sebarang permit.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah, polis melakukan tangkapan secara berperingkat di beberapa jalan di ibu negara sebagai langkah pencegahan berlakunya perhimpunan dan perarakan 300 penyokong Hindraf itu.

Katanya, kumpulan itu dilihat mula berkumpul sejak pukul 7 pagi di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) namun gagal sebelum berarak ke Kuil Kootumalai Pillayar di Puduraya kira-kira pukul 10.30 pagi dan kemudian ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur sejam kemudian.

"Kumpulan haram yang cuba menimbulkan kekecohan itu di kawasan kuil terbabit berjaya dikawal dengan kehadiran anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang bersedia di pintu masuk IPK Kuala Lumpur.

"Dua wartawan ditahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam manakala yang lain ditahan mengikut Seksyen 27(5) Akta Polis," katanya pada sidang akhbar di IPK Kuala Lumpur di sini hari ini.

Zulkifli memberitahu, pihak polis turut mendapat kerjasama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kaum India yang membantah dan menasihati masyarakat India agar tidak terlibat dalam perhimpunan haram itu sehingga jumlah yang terlibat tidak ramai.

"Saya tak boleh kata bila polis akan bebaskan mereka. Tetapi saya ingin tegaskan, polis boleh tahan mereka sekurang-kurangnya 24 jam.

"Tindakan menahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Keseksaan bergantung kepada hasil siasatan dan keterangan yang diambil.

"Walaupun tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku bagaimanapun saya amat kecewa dengan tindakan penyokong Hindraf yang enggan berjumpa dan berbincang dengan pihak polis sejak dua hari lalu bagaimanapun bertindak meneruskan perhimpunan haram.

"Kawalan keselamatan dan tindakan awal selain anggota yang mencukupi berjaya mematahkan rancangan kumpulan haram itu kira-kira pukul 12.30 tengah hari," katanya.

Sementara itu, Penasihat Parti Hak Asasi Manusia, M. Ganessan berkata, perhimpunan itu bertujuan mendesak polis supaya membebaskan pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mengeluarkan novel Interlok daripada kurikulum sekolah serta menuntut hak sama rata untuk kaum India.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Perhimpunan Hindraf tiada sambutan

Posted:

Perhimpunan Hindraf tiada sambutan

Perhimpunan Hindraf tiada sambutan

IPOH 27 Feb. - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersyukur perhimpunan yang dirancang pertubuhan haram Hindraf di ibu negara hari ini, tidak mendapat sambutan.

Beliau berkata, berdasarkan laporan diterimanya daripada polis, ia tidaklah sebesar mana.

"Sejumlah besar orang yang berkumpul di Batu Caves adalah untuk atur cara agama dan bukanlah untuk berdemonstrasi di jalanan.

"Mereka (Hindraf) cuba eksploitasi mengatakan perhimpunan di Batu Caves itu menyokong mereka tetapi fitnah kerana ia perhimpunan agama.

"Malah saya difahamkan tiada perhimpunan di KLCC," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis perasmian serentak Persidangan Tahunan UMNO Cawangan-Cawangan Negeri Perak 2011 di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Hishammuddin diminta mengulas penahanan 109 ahli dan penyokong Hindraf yang berhimpun tanpa permit di sekitar ibu negara hari ini.

Perhimpunan itu difahamkan bertujuan mendesak polis supaya membebaskan pemimpin Hindraf yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selain mahu novel Interlok dikeluarkan daripada kurikulum sekolah.

Hishammuddin berkata, pihak polis akan mengambil tindakan tegas ke atas lebih 100 orang ditahan kerana terlibat dalam perhimpunan itu.

"Mereka akan diambil keterangan sebelum siasatan dilakukan dan diputuskan sama ada ia akan dibawa ke mahkamah," ujarnya.

Dalam pada itu, katanya, terdapat pihak-pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan menyamakan perhimpunan yang dianjurkan Hindraf dengan peristiwa di Tunisia dan Mesir.

Namun katanya, usaha tersebut gagal kerana ia tidak mendapat sambutan selain jelas melanggar undang-undang serta menyusahkan orang ramai.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Peneroka bukan hamba – PM

Posted:

Peneroka bukan hamba – PM

Peneroka bukan hamba – PM

Oleh MUHAMMAD NIZAM ABDUL HAMID, YUSRI SAHAT dan ALI MAHMOOD
pengarang@utusan.com.my


Najib Tun Razak bersalaman dengan warga Felda ketika hadir pada majlis Perdana Menteri Bersama Warga Felda di Felda Jengka 23, Pahang, semalam. Turut sama, calon Barisan Nasional DUN Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad.


KUALA KRAU 27 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membidas pembangkang yang menyebarkan tohmahan kononnya kerajaan memperhambakan peneroka Felda tanpa mempedulikan kebajikan mereka.

Tegas Perdana Menteri, dakwaan itu tidak berasas sama sekali kerana sejak Felda ditubuhkan 54 tahun lalu, kebanyakan peneroka kini mengecapi kemewahan daripada usaha mereka dengan bantuan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Jika kita memperhambakan peneroka, hamba mana yang ada tanah seluas empat hektar? Hamba mana yang ada rumah batu atau rumah separuh batu ataupun sekurang-kurangnya bahagian depan rumahnya batu? Hamba mana yang ada kereta?

''Ada rumah peneroka yang lebih cantik daripada rumah milik pegawai atasan kerajaan," katanya ketika berucap pada majlis mesra bersama warga Felda Jengka 23, di sini hari ini.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Samad.

Pada majlis itu, Najib turut merasmikan gelanggang futsal terbuka, dewan orang ramai, pusat jalur lebar dan upacara pecah tanah kilang biomas Felda Jengka 9 secara maya.

Najib mengimbas bagaimana peneroka yang dahulunya tidak mempunyai sebarang harta, kini mampu berbangga dengan nikmat yang dikecapi hasil penat lelah mereka.

"Rezeki tidak datang bergolek, ini semua kerana anda pilih kerajaan yang betul," katanya.

Dalam hal ini, beliau mengingatkan masyarakat peneroka agar jangan mudah terpedaya dengan janji-janji manis pembangkang termasuk kononnya ingin melupuskan 300,000 hektar tanah Felda Plantations untuk diberi kepada generasi kedua dan seterusnya.

Ini kerana, jelas beliau, sebanyak 51 peratus pelaburan dalam Felda Plantations adalah milik Koperasi Pembangunan Felda dengan dividennya sebanyak 14 peratus diagihkan kepada peneroka.

''Dividen itu lebih tinggi daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan saham amanah," katanya.

Jika janji pembangkang itu diikuti, ujarnya, peneroka tidak akan mendapat lagi dividen kalau tanah tersebut diagihkan kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

''Sebenarnya kita telah mengambil kira kepentingan dan masa depan anak cucu peneroka," jelasnya.

Najib menegaskan, segala usaha kerajaan memajukan kaum peneroka itu merupakan satu jihad untuk meningkatkan maruah umat Islam.

Sedangkan, katanya, pembangkang hanya bijak untuk berslogan dan melemparkan fitnah terhadap kerajaan tanpa melakukan apa-apa.

''Kalau kita hendak perjuangkan Islam, Islam yang bagaimana? Yang miskin? Yang tidak ada tanah? Rumah robek? Itu bukan imej Islam yang diperjuangkan kerajaan. Kita hendak imej yang gagah perkasa dan hebat di mata dunia," tegasnya.

Berucap di Felda Jengka 22 selepas itu, Perdana Menteri kesal dengan sikap pembangkang yang melabelkan parti Barisan Nasional (BN) sebagai 'barang naik' sedangkan kerajaan sentiasa berusaha memastikan rakyat tidak terbeban dengan kenaikan harga barangan.

Misalnya, tegas beliau, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM10 bilion sebagai subsidi bagi memastikan harga minyak kekal pada harga sekarang.

''Bagaimanapun, apabila harga getah dan kelapa sawit melambung di pasaran, mereka tidak puji kerajaan pula. Mereka (pembangkang) kata ia disebabkan pasaran antarabangsa," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan