Ahad, 27 Februari 2011

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Pas sepatutnya bekerjasama dengan UMNO perjuang isu umat Islam

Posted:

Pas sepatutnya bekerjasama dengan UMNO perjuang isu umat Islam

Pas sepatutnya bekerjasama dengan UMNO perjuang isu umat Islam

KUALA KRAU 27 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Pas sepatutnya bekerjasama dengan UMNO untuk memperjuangkan isu-isu berkaitan umat Islam di negara ini dan bukannya memilih DAP untuk bersahabat.

Tegas Perdana Menteri, beliau hairan bagaimana Pas sanggup bersekongkol dengan DAP sedangkan parti terbabit secara jelas menentang kewujudan negara Islam di Malaysia.

"Timbalan Pengerusi DAP, Karpal Singh (sekarang Pengerusi) pernah menegaskan supaya langkah mayatnya dulu jika Pas mahu mewujudkan negara Islam.

"Semua pemimpin Pas membisu apabila Karpal kata begitu," katanya ketika berucap pada Majlis Mesra Bersama Warga Felda Jengka 23 di sini, hari ini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.

Hadir sama calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Pada majlis itu, Najib turut merasmikan gelanggang futsal terbuka, dewan orang ramai, pusat jalur lebar dan merasmikan pecah tanah kilang Biomass Felda Jengka 9 secara maya.

Najib yang juga Presiden UMNO berkata, rakyat tidak seharusnya terpedaya dengan penipuan pihak pembangkang.

Antara penipuan yang dilakukan oleh pembangkang termasuk isu 16 September yang mengaitkan pembentukan kerajaan pembangkang bagi menggantikan kerajaan BN.

Berikutan isu tersebut, jelas beliau, semakin ramai pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) keluar daripada parti tersebut.

"Bolehlah dikatakan daripada timbalan presidennya, setiausaha agung, enam ahli Parlimen hingga ke peguam peribadi, semua telah meninggalkan parti itu," katanya.

Sementara itu, ketika berucap di Felda Jengka 25, Perdana Menteri mengingatkan rakyat supaya tidak meniru atau terpengaruh dengan pergolakan politik yang berlaku di Mesir.

Tegas Najib, senario politik di Mesir adalah jauh berbeza dengan Malaysia kerana negara ini mengamalkan sistem pilihan raya yang telus dan adil.

"Jika tidak adil, mana mungkin BN tewas di beberapa negeri. Kalau sistem politik Mesir diamalkan di negara ini, pemimpin BN tidak perlu bekerja keras untuk mencapai kemenangan pada pilihan raya," katanya.

Terdahulu ketika berucap di Felda Jengka 22, Najib memberitahu, hubungan akrab dengan Arab Saudi memudahkan operasi penghantaran pulang pelajar dari Mesir ke tanah air.

"Oleh kerana kita mempunyai hubungan yang cukup akrab, Raja Abdullah membenarkan Malaysia menggunakan lapangan terbang di negara itu tanpa had. Boleh mendarat dan terbang pada bila-bila masa," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rosmah bidas pihak pembangkang

Posted:

Rosmah bidas pihak pembangkang

Rosmah bidas pihak pembangkang

Oleh ZAMZURINA AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my


Rosmah Mansor beramah mesra dengan penduduk Felda Jengka 25 di Kuala Krau, Pahang, semalam. – utusan/RUSHDI SALLEH


KUALA KRAU 27 Feb. – Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini membidas pihak pembangkang yang melemparkan pelbagai fitnah dan tuduhan tidak benar terhadap dirinya dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Rosmah berkata, pelbagai fitnah dilemparkan terhadap beliau termasuk dikatakan mengongkong dan mengawal segala tindak-tanduk Perdana Menteri.

"Saya ingin tegaskan di sini bahawa semua itu (mengongkong) tidak benar kerana segala keputusan dibuat sendiri oleh Datuk Seri Najib.

"Malah, apa jua yang saya lakukan adalah dalam pengetahuan dan perlu mendapat kebenaran daripada beliau terlebih dahulu," katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada pesakit kronik di Felda Jengka 25 di sini hari ini.

Rosmah berkata, walaupun sering kali difitnah oleh pihak pembangkang, beliau tidak patah semangat untuk terus melaksanakan tanggungjawab terutamanya terhadap golongan wanita dan generasi akan datang.

"Mereka (pihak pembangkang) ingat saya akan duduk diam selepas mereka hentam saya dengan pelbagai tuduhan dan fitnah.

"Saya sebenarnya lebih bersemangat terutama dituduh menghabiskan duit kerajaan selepas pergi ke Riyadh, Arab Saudi untuk menyampaikan ucaptama di sana baru-baru ini," jelasnya.

Tambah Rosmah, kunjungan beliau dan rombongan ke Riyadh adalah atas jemputan dan pengiktirafan negara itu terhadap wanita Malaysia.

"Saya bukan nak besarkan diri tetapi ingin jelaskan bahawa saya ke sana bukan untuk berseronok tetapi bekerja," ujarnya yang kini memberi komitmen padu dalam bidang pendidikan generasi muda khususnya kanak-kanak prasekolah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan