Malaysiakini :: Berita |
Posted: 23 Feb 2011 06:21 PM PST Keganasan yang tercetus di Libya didakwa sudah meragut lebih 1,000 nyawa dengan 600 orang daripada mereka di ibu negara, Tripoli, kata Nouri el-Mismari, bekas ketua protokol kepada Presiden Muammar Gaddafi, semalam. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan asas merujuk kepada anggaran angka kematian yang diberikannya itu. Selasa lalu, kerajaan Libya buat pertama kali mendedahkan bahawa 300 rakyatnya terbunuh dalam tunjuk perasaan yang tercetus lebih seminggu lalu. Namun Persekutuan Antarabangsa Mengenai Hak Asasi (IFHR) semalam menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 640 orang yang telah terkorban. "Ini amat, amat serius. Rakyat Libya tidak akan berhenti untuk menamatkan pemerintahan 41 tahun Gaddafi ini," kata Mismari.
Mismari berkata, apa yang menyedihkan regim Gaddafi menembak secara rambang rakyat yang memprotes. Katanya lagi, tidak sepatutnya tentera udara juga diarahkan melepaskan tembakan dari pesawat. Beliau berkata, Gaddafi akan bernasib baik sekiranya dia terbunuh atau rakyat negara itu akan mendakwanya di mahkamah seperti Saddam Hussein. - AFP |
M'sia berbeza dengan negara Arab, kata Rais Posted: 23 Feb 2011 06:11 PM PST Rakyat Malaysia tidak harus terikut-ikut dengan propaganda pembangkang untuk mengadakan protes seperti yang sedang berlaku di beberapa negara Arab sekarang, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Berbeza dengan negara-negara yang dilanda kebangkitan itu, Malaysia mempunyai perlembagaan kukuh yang menjamin hak rakyat, katanya selepas merasmikan persidangan tahunan 2011 serentak cawangan-cawangan Umno bahagian Cheras di Kuala Lumpur, malam semalam.
"Sedangkan di negara-negara itu tiada perlembagaan yang kukuh seperti kita dan tidak mempunyai pilihan raya bebas untuk memilih pemimpin," katanya.
"Kami mengutuk keras langkah dan tindakan Muammar Gaddafi yang terus menindas dan mendera rakyat dan mendoakan agar rakyat Libya terus bangkit menolak pimpinan yang rakus ini," katanya pada satu sidang media, petang semalam. |
You are subscribed to email updates from Malaysiakini To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan