Ahad, 27 Februari 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Masalah bekalan air di Labuan selesai - PM

Posted:

Masalah bekalan air di Labuan selesai - PM

Masalah bekalan air di Labuan selesai - PM


NAJIB Tun Razak bersalaman dengan penduduk Taman Mutiara selepas merasmikan Klinik 1Malaysia di Taman Mutiara, Sg. Bedaun Wilayah Persekutuan, Labuan, semalam. - mingguan/Ghazali Basri


LABUAN 26 Feb. - Perdana Menteri hari ini merasmikan Sistem Bekalan Air Labuan Fasa II di sini sekali gus menyelesaikan masalah bekalan air untuk keperluan domestik dan industri di pulau ini sehingga 2030.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia akan membolehkan segala perancangan melonjakkan pulau itu sebagai Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (IBFC), industri pelancongan, pendidikan dan minyak serta gas akan terus terjamin tanpa sebarang kekangan.

Menurut beliau, kejayaan sistem bekalan air ini juga membuktikan kerjasama erat antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri iaitu Sabah dalam memastikan kebajikan dan kepentingan rakyat terus terbela.

"Sistem bekalan air fasa kedua ini turut membabitkan penghantaran air ke loji ini dari Beaufort, Sabah melalui paip dasar laut yang menggunakan sumber air Sungai Padas.

"Ini contoh kerjasama erat antara Pusat dan negeri. Tanpa kerjasama Sabah, sudah tentu bekalan untuk Labuan tidak akan dapat diselesaikan dengan tuntas," katanya.

Beliau berucap pada majlis penyempurnaan Sistem Bekalan Air Labuan Fasa II bernilai RM387 juta di Terminal Pulau Enoe, Kawasan Perindustrian Rancha-Rancha di sini hari ini.

Krisis bekalan air di Labuan disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk keadaan geografi pulau itu, sumber air yang terhad, kemarau yang panjang dan kepesatan pembangunan industri minyak serta gas.

Sebelum ini, pada keadaan biasa 76 peratus bekalan air Labuan dibekalkan dari Beaufort melalui paip dasar laut dan bakinya diperoleh dari loji-loji sedia ada di Labuan.

Pengeluaran semasa semua loji rawatan air ini telah mencapai tahap maksimum apabila Petronas Methanol Labuan memulakan operasi kedua mereka pada awal 2009.

Tambah Perdana Menteri, pembekalan tambahan air terawat sebanyak 38 juta liter sehari (JLH) itu merupakan usaha kerajaan menyediakan kemudahan asas selari dengan keperluan semasa.

"Keperluan semasa air di Labuan pada masa ini ialah 57 JLH dan akan terus meningkat kepada 70 JLH pada 2020. Dengan kemudahan ini, kapasiti air akan meningkat kepada 98 JLH," katanya.

"Penambahan ini dan inisiatif lain untuk pelbagaikan sumber bekalan air seperti air payau, bawah tanah dan kitar semula mampu menampung peningkatan di Labuan hingga 2030," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

YBGK beri keadilan untuk semua - NGO

Posted:

YBGK beri keadilan untuk semua - NGO

YBGK beri keadilan untuk semua - NGO

KUALA LUMPUR 26 Feb. - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berpendapat langkah kerajaan melancarkan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) dapat memastikan golongan yang kurang berkemampuan mendapat pembelaan terbaik.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, ia merupakan langkah bijak kerajaan dalam memastikan golongan yang berpendapatan kurang daripada RM25,000 setahun mendapat khidmat bantuan peguam yang disediakan.

Jelasnya, kebanyakan rakyat yang dihadapkan ke mahkamah gagal untuk membela diri disebabkan kos guaman yang terlalu tinggi bagi mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.

"Penubuhan yayasan ini menunjukkan keprihatinan kerajaan untuk menjaga kebajikan rakyat bagi mendapatkan keadilan sekali gus mengelakkan golongan bawahan daripada ditindas dan dianiayai.

"Sebagai contoh, banyak kes penipuan membabitkan pihak atasan yang lebih berkuasa menindas orang bawahan yang tidak mampu membela diri apalagi mahu mendapatkan keadilan.

"Justeru, penubuhan yayasan ini dapat menjamin keselamatan dan keadilan bagi mereka yang memerlukan khidmat guaman," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas pelancaran YBGK oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memenuhi hasrat kerajaan untuk memastikan keadilan dinikmati oleh semua rakyat di negara ini.

Dalam pada itu Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Muhammad Shaani Abdullah berkata, penubuhan YBGK dapat memberi kemudahan kepada mereka yang tidak mampu mendapatkan khidmat guaman untuk membela diri.

Jelasnya, ada kes melibatkan mereka yang tidak berkemampuan mengambil risiko mengaku bersalah semata-mata tidak mempunyai wang untuk menanggung kos guaman yang tinggi.

"Jadi, yayasan ini mampu menyediakan proses pembelaan bagi mereka yang tidak berkemampuan di mahkamah tanpa tekanan kos guaman.

"Suhakam turut menyarankan supaya kerajaan meneliti dengan baik setiap permohonan bagi mengelak penipuan mengenai pendapatan isi rumah yang ditetapkan," katanya.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan turut mengalu-alukan penubuhan YBGK yang dilihat mampu menjamin kebajikan rakyat apabila dihadapkan ke mahkamah.

Menurutnya, golongan berpendapatan rendah kini boleh membela diri mereka tanpa memikirkan soal bayaran guaman.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Yayasan Bantuan Guaman tegakkan keadilan golongan teraniaya

Posted:

Yayasan Bantuan Guaman tegakkan keadilan golongan teraniaya

Yayasan Bantuan Guaman tegakkan keadilan golongan teraniaya

KUALA LUMPUR 26 Feb. - Penubuhan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) disambut baik oleh orang ramai yang berpendapat yayasan tersebut dapat membantu menegakkan keadilan untuk mereka yang teraniaya.

Tinjauan Mingguan Malaysia di sini mendapati rata-rata mereka yang ditemui menganggap penubuhan yayasan itu sebagai suatu langkah positif selain mampu meningkatkan keyakinan rakyat terhadap undang-undang negara.

Seorang pekerja swasta, Nurdin Mohd. Arif, 25, berkata, yayasan tersebut diharap menjadi benteng kepada orang kena tuduh (OKT) daripada dijatuhi hukuman tanpa berpeluang membela diri.

"Sekiranya seseorang ditahan oleh pihak berkuasa, individu tersebut harus diberi peluang untuk membela diri walaupun ada kemungkinan mereka sememangnya bersalah.

"Bagaimanapun, sama ada bersalah atau tidak, satu perbicaraan adil harus dilaksanakan supaya tidak timbul keraguan ke atas sesuatu hukuman dan kerana itu, penubuhan yayasan ini diharap menyediakan peluang sedemikian," katanya.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan YBGK yang menyediakan bantuan guaman dan khidmat nasihat kepada semua rakyat negara ini yang berpendapatan di bawah RM25,000 setahun.

Menurut Najib, yayasan itu ditubuhkan kerana lebih kurang 80 peratus daripada OKT dalam kes jenayah tidak mempunyai peguam kerana tidak mampu membayar yuran perkhidmatan yang tinggi.

Seorang pelajar, Chai Ming Hui, 20, berkata, rakyat negara ini bertuah kerana sistem undang-undang sedia ada dimantapkan lagi dengan pembentukan YBGK yang menjamin hak mereka untuk membela diri di mahkamah.

Katanya, penubuhan yayasan itu juga merupakan satu bentuk pembaharuan dalam sistem perundangan yang patut dibanggakan kerana ia membuktikan kerajaan serius dalam memperjuangkan hak rakyat.

"Perbicaraan yang adil dan saksama adalah amat penting bagi OKT supaya mereka tidak teraniaya dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh yayasan itu diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya,'' ujar Ming Hui.

Sementara itu, seorang peniaga, Rahimi Ramli, 43, berkata, penubuhan yayasan itu merupakan satu lagi berita gembira untuk golongan berpendapatan rendah.

"Lihat sahaja jumlah mereka yang tidak mampu mengupah peguam kerana kos yuran tinggi dan saya harap yuran minimum yang ditawarkan oleh YBGK akan membolehkan OKT mengupah peguam serta sebagai jaminan kepada orang berpendapatan rendah seperti saya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan