Berita Harian: Mutakhir |
1,549 mangsa banjir di pusat pemindahan Negeri Sembilan Posted: 01 Feb 2011 03:06 AM PST Mutakhir SEREMBAN: Seramai 1,549 mangsa banjir daripada 368 keluarga masih berada di 16 pusat pemindahan di Negeri Sembilan selepas beberapa pusat pemindahan ditutup petang ini ekoran keadaan air banjir mulai surut.Jurucakap Bilik Gerakan Daerah Tampin berkata, setakat jam 5 petang ini terdapat 1,141 mangsa dari 287 keluarga masih berada di lapan pusat pemindahan di daerah Tampin. Jurucakap Bilik Gerakan Daerah Jempol pula berkata, di daerah Jempol terdapat 377 mangsa dari 76 keluarga masih berada di tujuh pusat pemindahan manakala di daerah Kuala Pilah, terdapat 31 mangsa dari lima keluarga masih berada di pusat pemindahan Dewan Orang Ramai Dangi.Sementara itu, Jalan Bahau-Rompin masih lagi ditutup kerana laluan mendap. Di KUANTAN, keadaan banjir di Raub pulih selepas kesemua 139 mangsa banjir membabitkan 34 keluarga di tujuh kampung dibenarkan pulang sejak jam 4 petang tadi. Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, jumlah
"Daerah Rompin masih mencatatkan pemindahan paling tinggi seramai 1,687
"Manakala daerah Temerloh seramai 90 orang dari dua kampung iaitu Kampung
|
Nik Aziz terlalu banyak guna agama untuk kepentingan politik Posted: 01 Feb 2011 03:00 AM PST Mutakhir KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terlalu banyak menggunakan agama untuk kepentingan politik beliau, kata Timbalan Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Omar Saleh."Jika Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai pelacur politik, saya ingin bertanya apakah Datuk Nik Aziz ini pelacur agama kerana sikap beliau yang memperdagangkan agama bagi memuaskan nafsu beliau demi kuasa," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.Omar berkata demikian ketika mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Abdul Aziz iaitu tidak mengundi PAS dianggap jahiliyah ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang baru-baru ini. "Saya ingin bertanya kepada Datuk Nik Aziz apakah status nenek moyang saya dan mereka yang tidak mengundi PAS sebelum PAS diwujudkan. Adakah mereka ini kafir seperti fatwa yang dikeluarkan PAS?," katanya. Omar berkata, Anwar dan Nik Abdul Aziz adalah gambaran dua manusia 'putar
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan