Kosmo Online |
- Litrak, Sprint beri diskaun tol Tahun Baru Cina
- Bilik gerakan bomba pantau banjir 24 jam
- Polis tahan 7 ahli 'Geng Mad Kaus'
Litrak, Sprint beri diskaun tol Tahun Baru Cina Posted: Litrak, Sprint beri diskaun tol Tahun Baru Cina01/02/2011 7:09pm KUALA LUMPUR — Sempena Tahun Baru Cina, pengguna Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan Lebuhraya Sprint, masing-masing akan mendapat diskaun 60 sen dan 20 sen bagi bayaran tol yang dikenakan, pada hari Khamis ini. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Litrak, Sazally Saidi berkata diskaun tol itu diberikan kepada semua jenis kenderaan. "Ia adalah sebahagian daripada tanggungjawab korporat kami, dan kami harap semangat 1Malaysia akan menjadikan sambutan Tahun Baru Cina kali ini lebih bermakna," katanya dalam satu kenyataan hari ini. — Bernama |
Bilik gerakan bomba pantau banjir 24 jam Posted: Bilik gerakan bomba pantau banjir 24 jam01/02/2011 7:05pm KUALA LUMPUR — Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membuka bilik gerakan yang beroperasi 24 jam bagi memantau banjir di Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Sabah. Ketua Pengarah JBPM, Datuk Wan Mohd. Nor Ibrahim berkata bilik gerakan itu yang beroperasi di Ibu Pejabat JBPM Putrajaya akan menghulurkan bantuan segera kepada pasukan bomba di lima negeri berkenaan jika keadaan memerlukan. "Kami siap sedia dan pantau dari sini, kalau perlu bantuan, kita akan gerakkan bantuan (pasukan bomba) dari sini dan negeri-negeri berhampiran yang tidak terlibat dengan banjir. "Sehingga kini pasukan Bomba di negeri-negeri yang mengalami banjir masih lagi boleh mengawal keadaaan," katanya ketika dihubungi Bernama. Wan Mohd. Nor berkata, sebanyak 1,020 anggota JBPM sedang bertugas untuk mengawal banjir di kelima-lima negeri itu dengan dibantu 76 bot. "Seramai 746 anggota bertugas di Johor dengan bantaun 34 bot, di Melaka 66 anggota dengan 19 bot, Negeri Sembilan seramai 111 anggota dengan 8 bot, Pahang 60 anggota dengan lima bot dan di Sabah pula seramai 37 anggota dengan 10 bot," katanya. — Bernama |
Polis tahan 7 ahli 'Geng Mad Kaus' Posted: Polis tahan 7 ahli 'Geng Mad Kaus'01/02/2011 6:56pm MELAKA — Polis menahan tujuh lelaki yang dipercayai anggota sebuah kumpulan jenayah "Geng Mad Kaus" yang terlibat dalam 22 kes pecah rumah serta tiga kes curi motosikal dalam tempoh tiga bulan lepas di sini, dan sedang berusaha memburu saki baki anggota geng itu. Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye berkata tujuh suspek yang berumur antara 25 dan 28 itu ditahan di sekitar Bandar Hilir dan Taman Pokok Mangga di sini, antara 17 dan 19 Januari lalu. "Dua lelaki bersama seorang wanita ditahan di kawasan Bandar Hilir di sini pada 17 Januari lepas, dan dua hari kemudian lima lagi suspek ditahan di Taman Pokok Mangga," katanya kepada pemberita di Ibu pejabat Polis Kontinjen Melaka di sini, hari ini. Beliau berkata wanita itu kemudiannya dibebaskan kerana siasatan mendapati beliau tiada kaitan dengan kumpulan tersebut, dan menurutnya kes sedang disiasat mengikut Seksyen 379 dan Seksyen 475 Kanun Keseksaan. Beliau seterusnya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu supaya menghubungi talian Rakan Cop di 03-21159999 atau IPK Melaka dengan menelefon 06-2854222 atau hubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. — Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan