Harian Metro: Mutakhir |
| Posted: 31 Jan 2011 09:45 AM PST ALOR SETAR: Seorang guru al-Quran tidak menyangka Mahkamah Tinggi, di sini, semalam mengekalkan hukuman penjara 18 bulan dan denda RM3,000 atas kesalahan mencabul seorang kanak-kanak perempuan di sebuah rumah dijadikan pusat Qiraati di Jalan Pegawai, Taman Berjaya, di sini, lima tahun lalu. Hakim Datuk Mohd Azman Hussin menolak rayuan tertuduh, Nasruddin Niamat, 36, bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Majistret pada 13 Oktober 2009.
Mohd Azman dalam keputusannya memberitahu Majistret Najwa Che Mat menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan dan denda RM3,000 mematuhi prosedur mahkamah. |
| Tuntutan saman RM2 juta bapa Nurin Jazlin ditolak Posted: 31 Jan 2011 09:31 AM PST KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, semalam, menolak saman fitnah RM2 juta yang difailkan Jazimin Abdul Jalil (gambar), bapa Nurin Jazlin yang dibunuh kejam tiga tahun lalu, terhadap polis dan kerajaan. Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Asmabi Mohamad dalam keputusannya mengenepikan saman Jazimin dengan kos terhadap bekas Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara dan kerajaan.
Asmabi dalam penghakimannya berkata, sebagai ketua polis, Khalid mempunyai tanggungjawab moral untuk memaklumkan kepada masyarakat berhubung perkembangan siasatan kes pembunuhan Nurin Jazlin kerana ia kes bunuh profil tinggi. Menurutnya, selepas mendengar keterangan saksi, beliau berpuas hati bahawa Khalid tidak mengeluarkan pernyataan fitnah seperti didakwa Jazimin dalam samannya.
Pada 21 Ogos 2008, Jazimin memfailkan saman terhadap tiga pihak itu dengan mendakwa mereka mengeluarkan kenyataan kehilangan anaknya mempunyai kaitan dengan peminjam wang haram along. Jazimin mendakwa kenyataan Khalid dalam sidang media pada 20 September 2007 disiarkan akhbar melalui artikel bertajuk 'Siasat Ah Long Larikan Nurin' mencemarkan nama baik dan reputasinya dan bermaksud dia meminjam wang dengan peminjam wang haram serta membahayakan nyawa keluarganya. |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan