Selasa, 1 Februari 2011

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


3 motor hangus

Posted: 31 Jan 2011 10:22 AM PST

PECAH...siling di bahagian depan rumah Mathiarasan turut pecah.
PECAH...siling di bahagian depan rumah Mathiarasan turut pecah.

KLANG: Kediaman Ketua Cawangan MIC Klang Sentral, JR Mathiarasan di Meru, dekat sini, dibaling bom petrol menyebabkan tiga motosikal dan sebuah pacuan empat roda miliknya rosak.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 pagi semalam dan ia disedari mangsa dan ahli keluarganya selepas terdengar letupan kuat di depan rumah mereka.


Difahamkan ketika kejadian mangsa dan ahli keluarga baru hendak tidur selepas pulang dari menyambut Pesta Ponggal yang dianjurkan MIC Cawangan Klang Sentral.

Mathiarasan berkata, sejurus kejadian dia, isteri dan anaknya cuba memadam kebakaran yang mula merebak membabitkan motosikal dan tempat letak kenderaan.


"Walaupun api dipadamkan beberapa minit kemudian, tetapi tiga motosikal iaitu dua Honda EX5 dan Suzuki hangus, manakala cermin Hilux pecah berderai akibat dibaling objek keras.


"Saya syak ini perbuatan khianat dan bermotif politik," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima aduan mangsa.


Mangsa mendakwa mengalami kerugian lebih RM20,000.

Menceritakan lebih lanjut kejadian, Mathiarasan berkata, dia tidak melihat kelibat individu mencurigakan sebelum kejadian dan mendakwa sejurus tiba di rumah kira-kira jam 12.30 malam, mereka sekeluarga masuk tidur akibat kepenatan.


"Saya menemui beberapa tin dan botol minuman keras berdekatan kawasan rumah dan saya syak ia perbuatan khianat," katanya yang membuat laporan di Balai Polis Meru kira-kira jam 4.30 pagi.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

4 pengedar dadah, 6 pencuri kereta ditahan

Posted: 31 Jan 2011 10:20 AM PST

KAJANG: Seramai 10 lelaki termasuk empat terbabit dalam pengedaran dadah manakala selebihnya geng curi kereta ditahan dalam tiga serbuan berasingan di daerah ini, Khamis dan Jumaat lalu.

Dalam serbuan pertama kira-kira jam 5.30 petang, Jumaat lalu, tiga lelaki yang sibuk membungkus syabu hampir satu kilogram dalam sebuah rumah di Kampung Teras Jenang, di sini, ditahan. Pemangku Ketua Polis Kajang, Superintendan Azman Ayob, berkata ketiga-tiga lelaki berusia 22 hingga 26 tahun berasal dari Tanah Merah, Kelantan itu dipercayai menjadikan rumah terbabit sebagai tempat pengedaran dadah, kira-kira tiga bulan lalu. "Kami percaya rumah itu dijadikan 'port' untuk remaja membeli dadah berdasarkan aduan penduduk kampung, malah nilai semua rampasan dianggarkan RM230,000," katanya.


Beliau berkata, dalam serbuan kedua, seorang lelaki berusia 25 tahun ditahan di hadapan sebuah kilang di Taman Taming Jaya, di sini.

Dalam operasi kira-kira jam 7 petang itu, suspek dipercayai menunggu pelanggan untuk mendapatkan heroin.


Sementara itu, polis turut menahan enam suspek dipercayai sindiket curi kereta yang aktif di Balakong Jaya, Khamis lalu. "Enam lelaki berusia 20 hingga 35-an itu ditahan di kawasan berkenaan dipercayai memerhatikan kereta untuk dicuri.


"Polis merampas sebuah BMW, dua Proton Waja dan dua Proton Gen.2 serta tiga komputer riba," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan