Selasa, 1 Februari 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


7 lanun Somalia tiba di Malaysia

Posted:

7 lanun Somalia tiba di Malaysia

7 lanun Somalia tiba di Malaysia

Oleh Rozianah Risman
penganrang@utusan.com.my


DUA daripada tujuh lanun warga Somalia dibawa anggota polis menaiki bas selepas mendapat perintah tahanan reman di Balai Polis Bukit Jalil, semalam.


KUALA LUMPUR 31 Jan. - Tujuh lanun rakyat Somalia yang ditahan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) semasa cuba merompak sebuah kapal dagang MT Bunga Laurel di Teluk Aden, pada 20 Januari lalu, tiba di sini hari ini untuk didakwa.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pihaknya akan mengambil-alih siasatan kes warga asing itu yang tiba di Pelabuhan Klang awal pagi tadi.

Beliau berkata, pihaknya akan mengenal pasti identiti kesemuanya memandangkan mereka tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

"Sehubungan itu, pemeriksaan Imigresen akan dilakukan bagi mengenal pasti kewarganegaraan mereka.

"Polis juga akan menjalankan soal siasat terhadap anak-anak kapal yang menyaksikan kejadian itu dan anggota-anggota Paskal (Pasukan Khas Laut) TLDM.

"Tahanan-tahanan turut dibawa menjalani pemeriksaan di hospital bagi mengetahui tahap kesihatan mereka," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian pusat media Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, TLDM berjaya menyelamatkan kapal dagang MT Bunga Laurel selepas dua jam ditawan lanun, kira-kira 300 batu nautika (555 kilometer) di timur Oman.

Misi menyelamat itu dilakukan bersama kapal auxiliary (bantuan dan tugas-tugas khas) TLDM, Bunga Mas 5 yang terlibat dalam Operasi Fajar bagi memberi perlindungan kepada kapal MT Bunga Laurel itu ketika melalui perairan Teluk Aden.

Tambah Ismail, kesemua warga asing terbabit ditahan mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Sementara itu, kesemua suspek tiba di Pusat Tahanan Sementara Bukit Jalil, di sini pukul 12.15 tengah hari untuk mendapatkan perintah reman.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Muhammad Noor Firdaus Rosli mengeluarkan perintah reman tujuh hari bermula hari ini.

Kesemua suspek dilihat keluar meninggalkan pekarangan pusat tahanan itu dan dipercayai dibawa ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Terdahulu pada majlis perasmian pusat media itu, Ismail memberitahu, tujuan penubuhannya untuk membangunkan mekanisme pengumpulan, analisis dan penyebaran maklumat secara bersepadu.

Katanya, melalui sistem tersebut, pihaknya yakin dapat menyalurkan maklumat dengan tepat, cepat dan terkini serta interaktif terus kepada masyarakat.

"Ini merupakan satu usaha polis dalam meningkatkan sistem pengurusan bagi memastikan penyampaian maklumat dapat dilakukan dengan lebih terancang.

"Pada masa sama kita juga ingin melatih dan meningkatkan keupayaan pasukan agar dapat menyalurkan maklumat dengan tepat, cepat serta efektif kepada pihak media (massa dan elektronik)," katanya lagi.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tumpu agenda bangun ekonomi negara - Raja Nazrin

Posted:

Tumpu agenda bangun ekonomi negara - Raja Nazrin

Tumpu agenda bangun ekonomi negara - Raja Nazrin


Raja Nazrin Sultan Azlan Shah (duduk tengah), Tuanku Zara Salim (duduk empat dari kanan) dan Anifah Aman (duduk, tiga dari kiri) bersama bakal Ketua-Ketua Perwakilan Malaysia di Kuala Lumpur, semalam. -BERNAMA


KUALA LUMPUR 31 Jan. - Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Shah bertitah, hubungan diplomatik antara Malaysia dengan negara luar perlu memberi tumpuan kepada agenda membangunkan ekonomi negara.

Baginda bertitah, usaha itu boleh dilakukan ekoran pembangunan ekonomi di setiap negara di seluruh dunia pada masa ini secara umumnya menunjukkan peningkatan.

Titah baginda, malah peningkatan ekonomi di sebahagian daripada negara terbabit lebih makmur.

"Oleh itu perkembangan yang berlaku ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya dalam konteks hubungan diplomasi antara Malaysia dengan negara-negara luar terutama dalam bidang tersebut.

"Sebagai contoh China dan India adalah dua negara kuasa ekonomi baru, namun begitu dalam usaha kita mencari peluang-peluang ekonomi, prospek perlu diperluaskan," titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Majlis Santapan Malam bersama bakal Ketua-Ketua Perwakilan Malaysia di sini malam ini.

Turut hadir Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim; Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Ketua Pengarah Institut Diplomasi dan Hubungan Luar, Datuk Ku Jaafar Ku Shaari.

Raja Nazrin bertitah, iaitu bukan sahaja di negara China dan India tetapi usaha yang sama juga perlu digerakkan di negara-negara yang mampu memberikan peluang ekonomi kepada negara.

Baginda dalam pada itu mengakui bahawa China dan India bakal menjadi kuasa ekonomi dunia dalam beberapa dekad akan datang.

Titah baginda, berdasarkan jangkaan, China bakal menjadi kuasa ekonomi terbesar dunia pada tahun 2030 manakala India akan menjadi kuasa ekonomi ketiga besar dunia pada tahun 2050.

"Amerika Syarikat sebagai kuasa besar sejak pertengahan abad yang lepas serta sebagai satu-satunya negara yang cukup berkuasa lebih dua dekad akan tergelincir daripada kedudukannya sekarang," titah baginda lagi.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

24 syarikat konsesi beri diskaun tol sehingga 30 peratus

Posted:

24 syarikat konsesi beri diskaun tol sehingga 30 peratus

24 syarikat konsesi beri diskaun tol sehingga 30 peratus

KUALA LUMPUR 31 Jan. - Sebanyak 24 syarikat konsesi lebuh raya memberi diskaun tol kepada pengguna sempena Tahun Baru Cina pada 3 dan 4 Februari ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, pemberian diskaun sebanyak lima hingga 30 peratus itu melibatkan penyertaan tujuh lagi syarikat konsesi berbanding 17 pada tahun lalu.

Menurutnya, sebanyak lima syarikat konsesi telah memberi diskaun tol lebih awal iaitu pada 28 dan 29 Januari lalu.

"Tahun lalu syarikat-syarikat konsesi memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta bagi membolehkan 1.9 juta kenderaan pelbagai kelas menikmati insentif tersebut.

"Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua syarikat konsesi kerana menyediakan insentif ini sebagai memenuhi tanggungjawab sosial korporat kepada pengguna lebuh raya sempena Tahun Baru Cina ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada perasmian kempen keselamatan jalan raya sempena Tahun Baru Cina di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Thomas George.

Menurut Shaziman, dianggarkan 2.3 juta kenderaan bakal menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) sempena perayaan itu minggu ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna merancang jadual perjalanan dan menggunakan jalan alternatif bagi mengelak kesesakan.

"Syarikat konsesi juga perlu meningkatkan tahap keselamatan di lebuh raya melalui program dan sistem keselamatan yang lebih komprehensif," katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, sempena pelaksanaan operasi bersepadu Ops Sikap Ke-23, kementerian telah mengarahkan segala kerja penyelenggaraan di lebuh raya dihentikan kecuali kerja-kerja kritikal.

"Semua kenderaan berat dilarang menggunakan lebuh raya pada 1, 2, 12 dan 13 Februari ini. Anggota Angkatan Relawan Rakyat (Rela), polis serta pasukan bertindak kecemasan (ERT) akan ditempatkan di 15 lokasi strategik.

"Ini termasuk memastikan pasukan peronda membuat rondaan sepanjang 24 jam bagi menghadapi sebarang kemungkinan," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan