Selasa, 1 Februari 2011

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Tenggelam

Posted: 31 Jan 2011 03:01 PM PST

MukaDepan

ANGGOTA bomba dan penyelamat membantu pengguna jalan raya yang terperangkap dalam banjir    di  Pekan Segamat, semalam.

ANGGOTA bomba dan penyelamat membantu pengguna jalan raya yang terperangkap dalam banjir di Pekan Segamat, semalam.

Banjir landa lima negeri ragut 3 nyawa, 54,637 mangsa sudah dipindahkan

KUALA LUMPUR: Banjir yang melanda Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka dan Sabah sejak kelmarin meragut tiga nyawa dengan 54,637 mangsa daripada 12,314 keluarga dipindahkan ke 368 pusat pemindahan sementara.

Dua mangsa yang mati di Johor, ditemui lemas selepas kenderaan yang mereka dinaiki dihanyutkan arus deras, masing-masing di Chaah, Labis dan Kampung Rahmat, dekat Kulaijaya, malam kelmarin. Dalam kejadian di Labis, Rohani Ismail, 51, mati lemas apabila kereta Perodua Kancil yang dipandu suaminya, Abdul Latif Isnin, 53, dihanyutkan arus deras sehingga ke kawasan kebun sawit sejauh 20 meter sebelum tersangkut pada pokok sawit ketika memperlahankan kereta di Kilometer 145 Jalan Labis-Johor Bahru kerana mengekori sebuah kenderaan lain.

Seorang lagi mangsa, Aw Yoke Lim, 53, lemas selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaikinya dihanyutkan air deras dan terhumban ke dalam sungai di Kampung Rahmat, di Kulaijaya.

Di Melaka pula, pengawal keselamatan, Yusri Mohd Yusof, 31, dari Kampung Chinchin menjadi korban pertama banjir di negeri itu. Mangsa ditemui lemas berhampiran pam loji air Sungai Chinchin kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam, dipercayai selepas tergelincir ketika pulang dari tempat kerja dalam hujan lebat.

Sementara itu, Johor mencatat jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 44,055 penduduk daripada 10,028 keluarga, terutama dari daerah Segamat, Kluang dan Johor Bahru. Selain itu, bandar Segamat dan Mersing terputus hubungan darat apabila semua jalan dinaiki air sehingga 1.5 meter.
Pegawai Majlis Keselamatan Negara Cawangan Johor, Mejar Sulaiman Ngadimin, berkata sehingga petang semalam, 11,615 penduduk dari Kluang, 10,169 dari Segamat dan 8,260 dari sekitar Johor Bahru dan selebihnya dari kawasan lain dipindahkan ke sebanyak 243 pusat pemindahan banjir di seluruh negeri ini dan makin bertambah.

Sabah pula mencatatkan 3,980 mangsa dipindahkan di empat daerah berikutan hujan lebat dengan Kota Marudu mencatat mangsa paling ramai, iaitu 2,175, diikuti Beluran (1,276), Sandakan (364) dan Pitas (75).

Tiga sungai di Kota Marudu yang mencatat peningkatan ke paras bahaya ialah Sungai Bongon setinggi 7.04 meter dan Sungai Batasan (6.53 meter) serta Sungai Bengkoka (4.8 meter).

Hujan lebat berterusan di Melaka pula menyebabkan beberapa kawasan rendah dilanda banjir mengakibatkan 2,432 penduduk dari sekurang-kurangnya 30 kampung dan taman perumahan di tiga daerah utama dipindahkan selepas dinaiki air hingga hampir paras dua meter. Kawasan paling teruk terjejas adalah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek dan Durian Tunggal.

Selain itu, seramai 2,232 penduduk membabitkan 496 keluarga di empat daerah di Negeri Sembilan dipindahkan ke sebanyak 26 pusat pemindahan sementara sejak tiga hari lalu. Kawasan terbabit ialah Tampin, Jempol, Kuala Pilah dan Rembau.

Sementara itu, seramai 538 mangsa dari 133 keluarga di Pahang dipindahkan ke sebanyak 18 pusat pemindahan sementara selepas daerah Rompin, Raub, Bentong dan Maran dilanda banjir, sejak pagi semalam.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

MOHAMAD SUHAIMI BIN MAT YUSOP

alhamdulilah,hujan adalah rahmat,

ZULKIFLI BIN MOHD ISA

Ya Allah, ya Tuhan kami ... selamatkan kami dan rakan-rakan kami yang sedang menghadapi musibah banjir.
Permudahkan segala urusan para mangsa banjir. Semoga kalian bersabar dan tabah menghadapi ujian ini. Aamiiin.

Budiman A.

Penduduk yangsering dilanda banjir perlu mengetahui ciri-ciri keselamatan air...pihak keselamatan kampung perlu mengajurkan kursus seperti ini supaya penduduk mendapat keyakinan bila mereka dilanda banjir

Arm9402

BERKESANKAH PERANAN JABATAN KAJI CUACA MALAYSIA? JIKA KITA AMATI, BENCANA ALAM YANG BERLAKU DI MALAYSIA MENGIKUT MUSIM. JIKA JABATAN BERKENAAN MEMAINKAN PERANAN DAN PEKA GENGAN TUGAS MEREKA, SUDAH TENTU MEREKA DAPAT MENJANGKAKAN JUMLAH HUJAN DAN KAWASAN TERLIBAT DAN DAPAT MEMBERIKAN AMARAN AWAL. DENGAN INI KEMALANGAN JIWA MUNGKIN DAPAT DIELAKAN.

iena

anak-anak kecil jngan bermain banjir ya..

norliza

Banjir satu cubaan dari Allah untuk menguji ketakwaan kita dan juga sepaya kita merenung balik semua yang kita lakukan seharian.. kalau salah perbetulkanlah...sebagai hambanya kita dibolehkan melakukan semua perkara yang kita suka didunia ini tetapi tinggalkn perkara yang Allah larang

ismail said

Salam. Terima kasih kpd semua pehak berkuasa juga majlis tempatan kerana membantu dan sentiasa bersedia. Syabas. Wahai wakil rakyat yg dikasihi,jengok2 lah masalah yang kerap berulang dan menjadi wakil yang ikhlas dan jujur dalam semua perkara. Turun padang bertanya kabar dan masalah. tidak hanya memandang dari cermin kerata. Semuga semua usaha diredhoi juga diberkati. Amin

ariff

ini baru ujian kecil dri Nya

Baharudin Man

Walau pun banjir,itu ujian Allah,jangan lupa segala perintah nya,nasihat anak anak supaya jangan main air,bahaya,insyaAllah.

azizul

banjir juga satu peringatan dr Allah.

warga kluang

Alhamdulillah,kita harus redha dan mengingati kekuasaanNYA...

Maizatul Nadzeera

terima kasih atas maklumat berita ini kami kat segamat nie x dpt nk bace surat khbar kerna terputus hubgn dari pusat bandar..

sri siantan

Alhamdulillah krn Allah memberi ujian kepada kita dalam bentuk banjir, bayangkan jika berlaku gempa bumi, ribut taufan, tsunami, kebakaran atau kemarau?

arissa

harap keluarga di segamat semuanya selamat..khususnya di kg spang loi...dan diharapkan mangsa2 banjir bersabar dgn dugaan kali ni..sama2 kita berdoa,agar tiada perkara buruk berlaku dan air cpt2 surut...amin


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ariel kena penjara 42 bulan

Posted: 31 Jan 2011 10:45 AM PST

[unable to retrieve full-text content]BANDUNG: Penyanyi terkenal Indonesia, Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham (atas) dipenjara tiga tahun enam bulan dan didenda Rp250 juta (kira-kira RM85,000) atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Daerah Bandung semalam, selepas didapati bersalah menghasilkan dan mengedar video aksi pornografi beliau dengan artis Luna Maya dan Cut Tari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan