Harian Metro: BeritaUtama |
| Posted: 01 Feb 2011 09:09 AM PST KUALA LUMPUR: "Hubungan intim dengan pasangan sejenis menyebabkan saya sanggup mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak kami," luah pengarah sebuah syarikat berusia 30-an yang hanya mahu dikenali sebagai Julia. Selain melakukan hubungan terlarang, Julia menghabiskan wang ringgit dan harta benda lebih RM500,000 kepada seorang 'pengkid' sedangkan dia masih isteri orang dan mempunyai tiga anak kecil.
Julia mendakwa layanan pengkid dikenali sebagai Az, 40-an, berasal dari utara tanah air itu membuatkan dia leka dan merasa disayangi lebih daripada kasih sayang dicurahkan suaminya. "Hubungan kami ibarat suami isteri apabila menghabiskan masa setiap hari sejak lima tahun lalu hingga saya mengabaikan tanggungjawab kepada keluarga.
"Sejak mengenali pengkid terbabit, hidup saya berubah 100 peratus dan sanggup memberinya sebuah rumah bernilai lebih RM300,000 serta pelbagai barangan mewah lain sedangkan saya tidak pernah berbuat demikian pada anak-anak. "Kami mendiami kondominium di kawasan elit dan sentiasa bersama termasuk bertemu pelanggan, makan dan tidur sekatil. Bagi saya, saat bersamanya ketika itu detik yang paling bahagia dan bermakna menyebabkan saya tidak mahu berpisah dengannya walaupun sedetik. "Saya juga tidak berpeluang menjenguk suami dan anak-anak kerana akan berasa 'panas' apabila berada di rumah sendiri dan mengikut segala kehendaknya," katanya yang terpaksa menyerahkan hak jagaan tiga anak kepada ibunya. Katanya, semua perkara yang mahu dilakukan perlu mendapat kelulusan Az termasuk bertemu pelanggan lelaki dan jika 'kekasihnya' itu nampak dia bersama lelaki lain, dia akan diugut menyebabkan perniagaan dibinanya ada kalanya berdepan masalah. "Semua benda yang dilakukan perlu dirujuk kepada pengkid itu terlebih dahulu. Jika saya ingkar, dia akan memukul dan menendang saya sedangkan bekas suami tidak pernah melakukan perbuatan itu. "Saya juga wajib memberi wang saku kepadanya RM10,000 setiap bulan selain menaja kos pelancongan luar negara dan membeli barangan berjenama lain. Pendek kata, pengkid itu hanya memesan dan saya akan membayarnya," katanya. Katanya, sejak menjalin hubungan, semua wangnya dipegang pengkid terbabit termasuk kad kredit dan kad bank. "Az juga marah jika saya mahu memberi wang kepada ibu di kampung kerana beranggapan hanya dia layak menerima wang saraan setiap bulan. "Sebelum ini saya pernah terfikir untuk menjauhkan diri daripadanya, tapi tak berjaya kerana berasa kasihan kepadanya dan kembali semula selepas sehari berpisah. "Saya tersedar sepenuhnya Julai tahun lalu selepas berubat dengan beberapa ustaz dan cuba menjauhkan diri daripadanya hingga menyebabkan dia tidak puas hati dan membuat pelbagai ugutan termasuk cubaan menjatuhkan perniagaan serta maruah saya," katanya. Sejak meninggalkan pengkid itu, Julia berkata Az berusaha memusnahkan hidupnya hingga menimbulkan ketakutan menyebabkan dia membuat laporan polis tiga kali di ibu kota. "Saya harap dia tidak akan mengganggu hidup saya lagi kerana saya mahu kembali hidup normal. Cukup saya menghambakan diri kepadanya sehingga tersasar daripada landasan agama. "Apa yang saya tahu, Az kini sudah menemui cinta baru dengan seorang wanita kaya untuk dijadikan mangsa. Dia dan rakan-rakannya sanggup mengikis harta wanita kaya untuk kepentingan diri," katanya. |
| Posted: 01 Feb 2011 08:57 AM PST PASIR PUTEH: Seorang wanita berusia 55 tahun yang tidak sampai 24 jam diceraikan, ternyata kemaruk nafsu apabila dicekup berkhalwat dengan pasangan berusia 34 tahun dalam serbuan di rumah warga emas berkenaan di Kampung Kuala Semerak, awal pagi semalam. Serbuan ke atas kediaman wanita yang berstatus nenek tapi berselera muda itu dilakukan pasukan Skuad Amru bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) diketuai Ketua Operasinya, Ismail Yaacob, kira-kira jam 1 pagi, sebaik mendapat maklumat awam.
Ketika serbuan dilakukan, wanita itu yang mempunyai beberapa cucu sanggup berbohong dengan memberi alasan kononnya lelaki muda bersamanya di dalam bilik tidur itu suaminya. Tindakannya itu nyata gagal meyakinkan penguat kuasa agama dan pasangan itu dibawa ke Pejabat Agama Pasir Puteh untuk diambil keterangan serta disoal siasat sebelum dibebaskan dengan ikat jamin.
"Ketika siasatan dilakukan, wanita itu berdolak-dalik dengan mengatakan lelaki berseluar pendek yang tidur di biliknya adalah suaminya menyebabkan penguat kuasa mencurigainya," katanya. Katanya, tidak sampai lima minit disoal, wanita berkenaan menukar pengakuan dengan mendakwa dia tidak tahu menahu kehadiran lelaki berkenaan yang didakwa secara tiba-tiba berada dalam biliknya. "Selepas disoal siasat, wanita itu mendakwa dia baru bercerai dengan suaminya kira-kira jam 5 petang kelmarin, menyebabkan pasangan berkenaan terus disiasat untuk dihadapkan ke mahkamah," katanya. Ismail berkata, tiada orang lain berada di dalam rumah berkenaan ketika serbuan dan sebagai warga emas, wanita itu tidak sepatutnya berkelakuan tidak senonoh sebaliknya perlu menjadi teladan kepada cucunya yang remaja. Berikutan itu, katanya, pasangan berkenaan didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Puteh, di bawah Seksyen 9(1)(2), Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan No 2/85 yang jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM2,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya. |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan