Berita Harian: Mutakhir |
| Kerja baik pulih landasan dijangka siap dua hari lagi: KTMB Posted: 02 Feb 2011 01:47 AM PST Mutakhir KUALA LUMPUR: Kerja membaik pulih landasan Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) yang rosak akibat banjir di sektor selatan dan pantai timur dijangka siap dalam tempoh dua hari.KTMB dalam satu kenyataan hari ini, berkata kerja membaik pulih yang bermula semalam itu bergantung kepada situasi cuaca semasa dan banjir yang berlaku di beberapa lokasi. Sementara itu, katanya, dua perkhidmatan keretapi dibatalkan hari ini, iaitu Ekspres Sinaran Selatan dari KL Sentral-Singapura dan perkhidmatan "shuttle" Gemas-Singapura-Gemas. Penumpang yang terjejas akibat pembatalan itu boleh membuat penukaran tarikh perjalanan atau menuntut pemulangan penuh harga tiket di kaunter tiket KTMB berhampiran.Tuntutan semula itu turut meliputi penumpang Ekspres Senandung Wau (KL Sentral-Tumpat-KL Sentral) sekalipun perkhidmatannya dijangka pulih hari ini apabila kerja membaik pulih landasan siap jam 8 malam ini. "Tuntutan selepas tarikh hari ini boleh dibuat berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan," kata kenyataan itu. Kenyataan itu juga berkata, beberapa perkhidmatan yang dijadualkan semula laluan perjalanannya, iaitu:
2. Ekspres Sinaran Selatan Singapura-KL Sentral
3. Ekspres Sinaran Timur Singapura-Tumpat-Singapura
4. Ekspres Senandung Sutera Singapura-KL Sentral-Singapura
5. Ekspres Senandung Timuran Singapura-Tumpat
6. Ekspres Senandung Timuran Tumpat-Singapura
7. Perkhidmatan "shuttle" Kuala Lipis-Singapura-Kuala Lipis
Untuk pertanyaan dan makluman lanjut, orang ramai boleh hubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTMN di talian 1-300-88-5862. - BERNAMA
|
| Posted: 02 Feb 2011 12:53 AM PST [unable to retrieve full-text content]DOHA: Siaran televisyen Al-Jazeera tergendala di seluruh rantau arab, kata saluran televisyen berpusat di Doha yang menyiarkan lintas langsung 24 jam mengenai tunjuk perasaan di Mesir sejak lapan hari lalu. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan