Sabtu, 1 Disember 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Penuntut kolej maut, tiga rakan cedera dalam nahas kereta, bas ekspres

Posted: 01 Dec 2012 02:47 AM PST

KAMPAR: Seorang penuntut Kolej Tunku Abdul Rahman di sini maut apabila kereta yang dinaiki bersama tiga kawan lelakinya hilang kawalan sebelum dirempuh bas ekspres dalam satu kemalangan di Kilometer 293.8 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Gopeng awal, hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Chai Yoke Ling, 18, dari Kampung Baru, Malim Nawar dekat sini maut di tempat kejadian dalam nahas pada 3.50 pagi manakala tiga rakannya cedera dan dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Ketua Polis Daerah Kampar, Supt Ng Kong Soon berkata siasatan awal mendapati kereta jenis Mercedes Benz yang berada di lorong kiri itu hilang kawalan dan terbabas ke lorong kanan sehingga melanggar pembahagi jalan.

"Kereta yang dinaiki empat orang termasuk mangsa itu kemudiannya berpusing hala ke utara dan dirempuh sebuah bas ekspres membawa 30 penumpang yang berada di lorong kanan ketika kejadian," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Beliau berkata bas yang sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur itu kemudiannya hilang kawalan dan melanggar tebing serta termasuk ke longkang yang berada tepi lebuh raya menyebabkan empat penumpang bas cedera ringan. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/01



Porsche hangus dalam kebakaran di Petaling Jaya

Posted: 01 Dec 2012 02:14 AM PST

PETALING JAYA: Sebuah kereta Porsche turut hangus dalam kebakaran yang melibatkan dua buah rumah satu tingkat di Seksyen 1, Petaling Jaya pagi tadi.

Kereta tersebut yang terletak di halaman salah sebuah rumah tidak dapat diselamatkan kerana pemiliknya tidak berada di rumah ketika kejadian kira-kira 10.35 pagi itu.

"Ketika bomba tiba, api sedang marak di kedua-dua rumah yang terletak bersebelahan itu," kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Penchala, Penolong Penguasa Bomba Mohd Hashim Mat Yasih.

Beliau berkata api dipercayai bermula dari salah sebuah rumah tersebut sebelum merebak ke rumah satu lagi. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/01



Tiada ulasan:

Catat Ulasan