Sabtu, 1 Disember 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Najib ketuai ikrar dan doa cetuskan semangat ahli UMNO

Posted: 01 Dec 2012 03:13 AM PST

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak mengetuai ikrar dan doa untuk mencetuskan semangat juang di kalangan ahli UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 dan mempertahankan kerajaan sekarang.

Beliau sambil meminta semua perwakilan bangun ketika membaca ikrar bagi mengakhiri penggulungan dan ucapan penutup Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, sebentar tadi.

Menteri, timbalan menteri yang keluar UMNO pengkhianat parti: Najib

Posted: 01 Dec 2012 02:56 AM PST

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak petang ini menyifatkan menteri dan timbalan menteri yang keluar daripada UMNO dan Barisan Nasional sebagai pengkhianat kerana gila jawatan dan dirasuk orang tertentu.

Dalam ucapan penutup Perhimpunan Agung UMNO 2012, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Perdana Menteri berkata, mereka sanggup menentang UMNO dan BN yang suatu masa dahulu mereka berasai nikmat bersama kerajaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan