Isnin, 3 Disember 2012

Berita Harian: Nasional

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Berita Harian: Nasional


Harmoni cara Malaysia dipuji

Posted: 03 Dec 2012 02:18 PM PST

Malaysia semalam menerima pujian kerana kemampuannya mengekalkan ketamadunan dan keharmonian antara kaum dan agama tanpa perlu menurut telunjuk asing.

"Tidak hairanlah Malaysia sinonim dengan panggilan Harimau Malaya," kata Wakil Tertinggi Perikatan Ketamadunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNAOC), Nassir Abdulaziz Al-Nasser.

Nassir memuji pendirian Malaysia yang berpegang kepada fahaman Islam sederhana hingga berjaya diiktiraf sebagai negara Islam contoh yang disegani, khususnya dari segi ekonomi.

"Umat Islam di Malaysia berjaya mengimbangkan kehendak dunia moden dengan tuntutan Islam sehingga mampu menjadi sebuah negara maju yang mampu menjadi jurucakap negara Islam lain dan negara dunia ketiga.

"Kehebatan Malaysia ini perlu dicontohi negara Islam lain," katanya berucap pada majlis Perasmian Pusat Perikatan Ketamadunan Antarabangsa (INTAC) di Institut Pemikiran Islam dan Ketamadunan (ISTAC) di sini, semalam.

Majlis itu dirasmikan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman. Turut hadir Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Rektor UIAM, Prof Datuk Sri Dr Zaleha Kamarudin.

Banyak perkara yang saya pelajari mengenai negara ini melalui kajian sejarah dan keupayaannya memperjuangkan dan mempertahankan kebebasan dan maruah negaranya, katanya.
Beliau berkata, pada Perhimpunan Agung PBB Ke-66, satu resolusi berkaitan Hak Asasi Manusia dikeluarkan yang melarang diskriminasi ke atas beberapa perkara termasuk yang menyentuh soal agama dan bangsa.

Ia perlu kerana keharmonian dan keamanan sesebuah negara hanya akan wujud sekiranya hak asasi manusia di negara berkenaan terjamin.

Sehubungan itu, pemimpin dunia perlu sedar semangat bersatu padu penting bagi mencapai kesepakatan bersama justeru kewujudan Perikatan Ketamadunan penting bagi mewujudkan persefahaman yang terbaik antara satu sama lain.

Ia tidak boleh dipandang remeh kerana keharmonian dan keamanan sesebuah negara penting bagi memastikan pembangunan mapan dapat dicapai, katanya.

Sementara itu, Anifah berkata penubuhan INTAC penting bagi melahirkan graduan berkualiti khusus kepada bidang berkaitan yang mempunyai kredibiliti untuk membuat kajian sekali gus memberi maklumat tepat kepada mereka yang memerlukan.

Kerjasama erat antara entiti seperti UNAOC, Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global (GMMF) dan UIAM bagi memastikan penubuhan pusat seumpama itu berjaya mencapai objektifnya sekali gus boleh dimanfaatkan untuk keharmonian dan kejayaan pembangunan negara ini, katanya.

Emas RM65j belum diserah kepada pelabur

Posted: 03 Dec 2012 02:15 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Kuala Lumpur: Syarikat pelaburan emas, Genneva Malaysia Sdn Bhd yang diserbu Oktober lalu, belum menyerahkan 4,000 kilogram emas bernilai RM64.94 juta kepada lebih 8,000 pelaburnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan