Utusan Online - Pahang |
Posted: 23 May 2013 12:06 PM PDT Oleh HARIS FADILAH AHMAD Mohd. Hafizul Abdul Hamid (berdiri, enam dari kanan) bersama belia pada program bersantai anjuran AEM di Kolam Pancing Arif Kampung Kuala Lanar, di Kuala Lipis, kelmarin. KUALA LIPIS 23 Mei - Golongan belia disaran memanfaat sumber tempatan dalam menjana kewangan dengan melibatkan diri dalam sektor pelancongan serta pertanian berikutan kedudukan daerah ini yang menjadi persinggahan utama pemandu dari Lembah Klang dan Kelantan. Pegawai Belia dan Sukan Lipis, Mohd. Hafizul Abdul Hamid berkata, golongan itu wajar merebut peluang tersebut supaya bidang berkenaan lebih maju dan berdaya saing berbanding kawasan lain. Menurutnya, sumber alam sekitar serta budaya penduduk setempat termasuk Orang Asli wajar digunakan untuk meningkatkan sektor pelancongan dan usahawan selari dengan mekanisme pembangunan kerajaan negeri. "Golongan belia perlu berani membabitkan diri dalam bidang keusahawanan kerana semua agensi kerajaan akan memberi bantuan dan bimbingan kemahiran dalam sesuatu bidang. "Tingkatkan kemajuan diri sendiri serta keluarga dengan melakukan perubahan jika ingin cemerlang dalam kehidupan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Santai Belia anjuran Arif Events Management (AEM) di Kolam Pancing Arif Kampung Kuala Lanar, di sini semalam. Yang turut hadir, Pengerusi Gerakan Belia 4B Pahang, Ahmad Daniar Ismail dan pengusaha ternakan ikan air tawar AEM, Arif Zakaria. Menurut Mohd. Hafizul, daerah ini khususnya mengalami perkembangan pesat dalam sektor perniagaan dan pelancongan sekali gus menjadikannya lokasi tumpuan perniagaan baharu. "Tanah terbiar misalnya, wajar dimajukan untuk pelbagai tanaman komersial dan ternakan ikan untuk kegiatan memancing membabitkan pelawat dari luar," katanya. Beliau turut memuji komitmen pengusaha Kolam Pancing AEM, Arif Zakaria yang memberi tumpuan kepada aspek pelancongan selepas membuka kolam ikan air tawar malah menjadi penganjur pertandingan memancing di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan sehingga mendapat sambutan luar biasa. |
Norol Azali ikrar laksana tugas dengan baik Posted: 23 May 2013 12:06 PM PDT KUANTAN 23 Mei - Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas negeri, Norol Azali Sulaiman yang baharu dilantik memegang portfolio itu berikrar melaksana amanah tersebut sebaik mungkin. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guai juga bersyukur atas kepercayaan yang diberikan itu. "Saya akan ambil tanggungjawab ini sebagai peluang untuk meneruskan satu perkara baharu dalam diri saya. "Cabaran ini bagi saya amat sesuai dengan isu yang sering dibangkitkan generasi muda pada masa kini khususnya berkaitan sumber manusia," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Khas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) kali pertama di Yayasan Pahang di sini baru-baru ini. Norol Azali berkata, beliau akan merangka perancangan untuk keperluan masa hadapan sumber manusia yang diperlukan oleh negara. "Saya juga akan menjalinkan hubungan baik dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan belia di seluruh negeri bagi memudahkan saya merencanakan program untuk mereka," katanya. Menurutnya, beliau juga akan melihat semula status pencapaian kesihatan dan sumber manusia di negeri ini. Beliau berkata, pelbagai perancangan akan dilaksana bagi memastikan aspek kesihatan dan sumber manusia berada pada tahap terbaik. "Portfolio ini bagi saya cukup penting bukan sahaja untuk melahirkan sumber manusia terbaik malah dalam memastikan aspek penjagaan kesihatan sentiasa diberi keutamaan," katanya. |
Posted: 23 May 2013 12:06 PM PDT KUANTAN 23 Mei - Sebanyak 40 balai bomba bantuan akan diwujudkan di negeri ini sejurus draf mengenai pelaksanaan cabang perkhidmatan baru tersebut siap diperkemas kini dan diluluskan sepenuhnya oleh kerajaan. Pengarah Bomba dan Penyelamat negeri, Datuk Abd. Wahab Yasin berkata, pelaksanaan tersebut dijangka siap selewat-lewatnya hujung tahun ini dan memerlukan kira-kira 600 orang awam yang berminat untuk menganggotai pasukan bomba bantuan. "Kewujudan balai bomba bantuan itu dapat membantu mengatasi masalah kekurangan balai bomba di setiap daerah terutama di kawasan pedalaman dan berisiko tinggi," katanya di sini semalam. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pahang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan