Harian Metro: Mutakhir |
Wanita ditahan minta wang tebusan dari keluarga sendiri Posted: 02 Oct 2012 04:21 AM PDT SHAH ALAM: Seorang wanita yang cuba memperdaya ibunya bahawa dia diculik, dan meminta tebusan RM10,000, ditahan bersama teman lelakinya di sebuah bilik hotel di Taman Tema Genting Highlands, semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah berkata, polis menahan wanita berumur 20 tahun itu, yang bekerja sebagai jurujual sambilan dan teman lelakinya, seorang penganggur berumur 18 tahun jam 11.30 malam. Kedua-duanya ditahan reman sehingga Sabtu ini. Polis bertindak setelah menerima laporan daripada sepupu wanita itu pada jam 4.32 petang hari yang sama, yang melaporkan ibu saudaranya, iaitu ibu mangsa, mendapat panggilan daripada seorang lelaki yang mendakwa menculik anak perempuannya dan meminta wang tebusan RM10,000 yang perlu dimasukkan ke dalam akaun anak perempuannya itu.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/02 |
Kes empat pelajar bunuh pensyarah wanita dipindah ke Mahkamah Tinggi Posted: 02 Oct 2012 04:11 AM PDT PETALING JAYA: Mahkamah Majistret di sini hari ini memindahkan perbicaraan kes empat pelajar kolej swasta yang didakwa membunuh seorang pensyarah wanita dan bapanya, ke Mahkamah Tinggi. Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid membuat keputusan itu selepas mendengar hujah Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aifaa Che Abdullah. Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 20, Mohamad Sharafe Matt Noh, 19, Azizi Aizat Ibrahim, 20, dan Muhamad Safwan Muhamad, 20, didakwa membunuh Zara Eleena, 23, dan bapanya, Omar Peter Abdullah, 56, di sebuah rumah di Jalan TK 1/11, Taman Kinrara, Puchong antara jam 1.30 pagi dan jam 2.30 pagi pada 9 Mac lepas. Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/02 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan