Harian Metro: Setempat |
Posted: 25 Oct 2012 03:29 PM PDT KUALA TERENGGANU: Tiga beradik layak digelar samseng kini diburu polis selepas mencederakan seorang guru akibat tidak berpuas hati mangsa menampar anak seorang daripada mereka di Masjid Kayu Ulul Albab, Seberang Jertih, Besut. Dalam kejadian pada 24 Ogos lalu, guru berusia 42 tahun itu dipukul tiga beradik terbabit dikenali sebagai Azizan Awang, 34, Afizol, 39, dan Anuar, 47, selepas berang mangsa menampar kanak-kanak berkenaan yang dikatakan membuat bising ketika di masjid.
sebelum kejadian guru itu menegur anak suspek kerana bising dalam masjid namun tidak diendahkan kanak-kanak terbabit.
"Bimbang kejadian tidak diingini, mangsa yang ketakutan menarik semula laporan itu, tetapi mengubah fikiran dan membuat semula laporan di Balai Polis Jertih, Besut pada 4 Oktober lalu.
Sementara itu, katanya, polis memburu tiga lelaki lain dipercayai terbabit beberapa kes jenayah kekerasan hingga menyebabkan kecederaan di daerah Besut sejak Julai lalu.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/26 |
‘Begitulah bila nak raya’ Posted: 25 Oct 2012 03:26 PM PDT KUALA LUMPUR: Kenaikan harga ayam kepada RM7 hingga RM7.50 sekilogram tidak membebankan kebanyakan warga kota untuk mendapatkan bekalan bahan mentah itu sempena Aidiladha yang disambut hari ini berbanding harga siling ketika Aidilfitri lalu iaitu RM6.80 sekilogram. Tinjauan Harian Metro di beberapa pasar awam sekitar ibu kota termasuk di Pasar Chow Kit mendapati rata-rata pengunjung berpuas hati dengan harga berkenaan ketika ini selain menyifatkan kenaikan itu perkara biasa menjelang musim perayaan.
Peniaga ayam segar, Mohd Nazri Mohd Yunus, 32, berkata dia bernasib baik kerana pembekalnya bukan saja tidak menaikkan harga ayam malah menurunkan sedikit harganya membolehkan dia menjualnya pada harga RM7 sekilogram.
"Tahun lalu permintaan terhadap ayam amat tinggi hingga mencecah lebih 1,000 ekor manakala ayam pencen pula mencecah 1,500 ekor. Sehingga jam 11 pagi tadi (semalam) ayam yang terjual hanya kira-kira 400 ekor saja," katanya.
Sementara itu, bagi peniaga kelapa dan santan, Azlan Shah Ismail, 26, permintaan terhadap bahan itu agak berkurangan walaupun dijual pada harga sama tanpa sebarang peningkatan iaitu RM6 sekilogram bagi santan dan kelapa sekitar RM2 hingga RM2.50 setiap biji. "Keadaan amat berbeza tahun lalu apabila 2,400 biji habis dijual sehari sebelum Aidiladha namun kali ini walaupun bekalan sebanyak 2,000 biji pun hanya separuh daripadanya yang dapat dijual," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/26 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan