Berita Harian: Nasional |
Bencana Taufan Sandy: Pelajar berebut beli makanan Posted: 30 Oct 2012 02:12 PM PDT Kuala Lumpur: "Kami terpaksa berebut untuk membeli makanan, bateri, lampu picit dan air sebagai persediaan menghadapi Taufan Sandy. "Kami juga mengecas telefon bimbit menggunakan bateri kereta kerana bekalan elektrik dan air terputus," kata Muhammad Afiq Hassan, 21, pelajar Malaysia di New Jersey, Amerika Syarikat antara kawasan paling terjejas dan diisytiharkan darurat akibat Taufan Sandy. Untuk berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my |
10 projek EPP tingkat sektor bioteknologi Posted: 30 Oct 2012 02:07 PM PDT Putrajaya: Sebanyak 10 Projek Permulaan (EPP) khusus bagi meningkatkan sektor bioteknologi negara dikenal pasti bakal melahirkan 20 projek pencetus yang mampu meningkatkan pendapatan negara kasar RM3.6 bilion. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata semua EPP itu bertujuan meningkatkan sektor bioteknologi negara meliputi tiga bidang utama iaitu pertanian, penjagaan kesihatan dan perindustrian akan mewujudkan 13,600 peluang pekerjaan baharu berkualiti tinggi. "Sebagai contoh pelaksanaan fasa kedua NBP dari 2011 hingga 2015 yang memfokus industri menjurus kepada bidang perniagaan dan pengkomersilan dengan sasaran pelaburan sebanyak RM9 bilion sehingga menjelang 2015. "Sukacita saya maklumkan bahawa pencapaian kita setakat ini sudah mencapai sasaran terbabit dengan jumlah pelaburannya mencecah RM12.7 bilion dengan 64,753 peluang pekerjaan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pelaksanaan Bioteknologi (ICM), di sini, semalam. Pada majlis itu, Perdana Menteri turut melancarkan Program Transformasi Bioekonomi (BTP) bagi melonjakkan industri bioteknologi ke tahap lebih tinggi. Strategi BTP dilihat sebagai pemangkin meningkatkan dan juga menjadi pelengkap kepada Program Transformasi Ekonomi (ETP) dengan memberi fokus utama kepada usaha meningkatkan pelaburan swasta dan mengurangkan kebergantungan industri kepada sektor awam, pada masa depan. Beliau berkata berdasarkan maklum balas dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), insentif dalam bentuk pinjaman bagi tahap maksimum RM3 juta dengan kadar faedah lima peratus didapati tidak memberi banyak manfaat. Keputusan serta-merta "Sebagai kerajaan yang mendengar maklum balas dan suara rakyat dan industri, ICM memutuskan untuk menukar dasar ini kepada RM1 juta geran maksimum dan RM2 juta pinjaman maksimum, tertakluk kepada had maksimum RM3 juta. "Keputusan ini dibuat serta-merta dan saya berharap ini akan memberi rangsangan dan galakan yang kuat kepada industri untuk membuat permohonan supaya syarikat itu dapat dikategorikan BioNexus. Keputusan ini akan memberi impak kepada perkembangan industri bioteknologi dalam negara," katanya. Najib berkata, pembangunan bioteknologi mewujudkan industri baharu dalam negara, sebagai contoh, Gevo Inc yang akan melabur RM1.69 bilion untuk membina kilang yang menghasilkan produk terbitan biokimia, biobahan dan biobahan api. "Projek ini akan menjadikan Jerantut sebuah pusat pengeluaran kaviar sedunia, satu inisiatif yang mungkin sukar untuk kita bayangkan selama ini, namun dapat dijayakan melalui I-Caviar menerusi pelaburan bernilai RM475 juta dalam tempoh lima tahun. "Ini adalah contoh bagaimana aplikasi teknologi boleh melakukan perubahan besar kepada satu kawasan yang tidak dapat kita bangunkan. Kita dapat juga mewujudkan satu industri baharu yang bukan berasal dari negara kita," katanya. Perdana Menteri berkata mesyuarat juga memutuskan bahawa peruntukan dana untuk R&D seperti diumumkan dalam Bajet 2013, termasuk RM600 juta untuk universiti penyelidikan, boleh digunakan untuk mendaftar Hak Harta Intelektual (IP) bagi R&D yang berpotensi untuk dikomersialkan. INFO: Syarikat BioNexus SME |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan