Ahad, 28 Oktober 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Aliran trafik di lebuh raya bergerak perlahan tengah hari

Posted: 28 Oct 2012 12:58 AM PDT

KUALA LUMPUR: Keadaan trafik di lebuh raya utama negara tengah hari ini dilapor bergerak perlahan, dengan kemalangan di beberapa lokasi.

Menurut laman Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), terdapat kemalangan di KM 134.4 arah selatan (Sungai Dua-Juru) dan di Km 153.8 dari Bukit Tambun menghala ke Jawi arah selatan.

Laman Twitter LLM juga melaporkan bahawa trafik bergerak perlahan dari Senawang ke Nilai dengan trafik mulai meningkat ke arah Kuala Lumpur tetapi keadaan masih terkawal.

LLM menasihatkan pengguna lebuh raya supaya memandu dengan berhati-hati ke destinasi dan tidak memperlahankan kenderaan semata-mata untuk melihat kemalangan kerana ini akan hanya menyebabkan kesesakan di lebuh raya. - BERNAMA

Amaran tsunami dikeluarkan bagi Hawaii

Posted: 28 Oct 2012 12:43 AM PDT

HONOLULU: Amaran tsunami dikeluarkan kerajaan Amerika Syarikat bagi Hawaii selepas gempa bumi bermagnitud 7.7 melanda pesisir pantai wilayah British Columbia, kanada, hari ini.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran itu, berkata ombak tsunami pertama dijangka melanda pulau berkenaan jam 10.28 malam (waktu Hawaii).

Penduduk yang tinggal di zon pantai diarahkan berpindah ke tempat tinggi sehingga selepas jam 10.30 malam. - Reuters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan