Jumaat, 26 Oktober 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Lelaki maut ketika nak curi kabel elektrik

Posted: 26 Oct 2012 03:37 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang lelaki yang dipercayai mahu mencuri kabel elektrik, membawa padah apabila dia maut akibat terkena renjatan elektrik dalam kejadian di Taman Kampung Muhibbah, Bukit Jalil, pagi tadi.

Kejadian berlaku pada jam 4.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh Tara Singh berkata mangsa yang berusia 40 tahun itu turut mempunyai beberapa rekod jenayah.

Mayatnya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras.


Dalam kejadian lain, seorang pekerja binaan warga Indonesia dikhuatiri lemas akibat terjatuh ketika memancing bersama rakannya di kawasan lombong di Taman Kampung Muhibbah semalam.


Mohan Singh memberitahu Bernama ketika kejadian 5.30 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Mohd Sain, 39, dipercayai tergelincir ketika hendak membetulkan tali pancingnya.

Katanya operasi mencari dan menyelamat dijalankan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Bukit Jalil, Jabatan Pertahanan Awam Malayaia dan pihak polis. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/26


Buang bayi ke dalam tali air: Polis tahan ibu bapa gadis

Posted: 26 Oct 2012 02:39 AM PDT

KANGAR: Polis menahan ibu bapa gadis berusia 17 tahun yang dipercayai membuang bayi yang baru dilahirkannya ke dalam tali air kelmarin, bagi membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis Supt Mohd Nashir Ya berkata pasangan suami isteri berusia lingkungan 40-an itu ditahan jam 9.47 malam semalam.

Setakat ini polis telah menahan enam orang bagi membantu siasatan kes tersebut, katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Awal pagi semalam, polis menemui mayat bayi perempuan baru dilahirkan dalam sebatang tali air di Kampung Behor Rotan Pahit, Simpang Empat selepas menerima laporan pegawai perubatan Hospital Tuanku Fauziah.


Pegawai perubatan itu membuat laporan polis selepas mengesyaki pendarahan yang dialami seorang pelajar perempuan yang dirujuk ke hospital itu pada 9.20 malam Rabu, disebabkan komplikasi bersalin.


Hasil siasatan, gadis itu mengakui melahirkan bayi perempuan yang kemudian dibuang ke dalam tali air tersebut.

Susulan penemuan mayat bayi itu, polis menahan empat individu termasuk teman lelaki dan abang gadis berkenaan. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/26


Tiada ulasan:

Catat Ulasan