Khamis, 25 Oktober 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama

Posted: 25 Oct 2012 02:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: Lalu lintas di beberapa lebuh raya dilaporkan bergerak perlahan mulai tengah hari ini apabila warga kota mula bertolak untuk pulang ke kampung sempena sambutan Aidiladha esok.

Menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia, keadaan sesak di plaza tol Jalan Duta bagi perjalanan ke utara dan Plaza Tol Sungai Besi untuk ke selatan dan trafik bergerak perlahan di plaza tol Karak menuju ke pantai Timur.

Trafik juga perlahan menuju ke selatan ekoran kemalangan di KM279.4 berhampiran Hentian Nilai tetapi tiada lorong ditutup, kata jurucakap itu.

Menurut Twitter PLUS, trafik bergerak perlahan di Jambatan Pulau Pinang, laluan berhampiran Bukit Tambun dan persimpangan Putra Mahkota ke R&R Seremban.

Orang ramai dinasihatkan mengikut jadual waktu perjalanan (TTA) yang dikeluarkan oleh PLUS bagi perjalanan sehingga Ahad, dengan kenderaan bagi destinasi lebih jauh dinasihatkan keluar lebih awal.

Bagi laluan di Tambak Johor, Linkedua dan Jambatan Pulau Pinang, kenderaan dengan nombor plat ganjil dinasihatkan memasuki lebuh raya setiap jam ganjil seperti 9 pagi, 1 tengah hari dan 7 malam manakala kenderaan plat genap dinasihatkan memulakan perjalanan pada setiap jam genap.

Pengguna juga dinasihati mematuhi panduan tersebut bagi perjalanan pulang ke ibu negara selepas sambutan itu. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/25


Penutupan waktu malam lorong kanan Jalan Cheras dilanjutkan sehingga 31 Dis

Posted: 25 Oct 2012 01:33 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penutupan waktu malam lorong kanan menghala ke Kajang dan ke Kuala Lumpur di Jalan Cheras antara Leisure Mall dan Plaza Phoenix akan dilanjut selama dua bulan sehingga 31 Dis ini.

Sebelum ini, penutupan waktu malam jalan berkenaan bermula 10 Sept hingga 31 Okt ini.

Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT) dalam kenyataan hari ini berkata lanjutan selama dua bulan itu bagi melancarkan kerja-kerja pembinaan bagi projek MRT.

Penutupan tersebut ialah dari 11 malam hingga 5.30 pagi setiap hari kecuali Ahad dan cuti umum, katanya. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/25


Tiada ulasan:

Catat Ulasan