Jumaat, 26 Oktober 2012

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Eksklusif: Hukum pengamal ilmu hitam

Posted: 26 Oct 2012 04:45 PM PDT

Artikel Berkenaan

Putrajaya: Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) dijangka mengumumkan satu atau dua minggu lebih awal nama calon parti itu bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Kuala Lumpur: Kementerian Luar akan membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendaftarkan pengundi pos di luar negara selepas pindaan peraturan pilihan raya diwartakan dalam tempoh terdekat.

Umat Islam di seluruh negara semalam menyambut Aidiladha dalam kesederhanaan disertai penghayatan pengorbanan yang dituntut ajaran Islam.

Georgetown: Siasatan mendapati pengerusi pertubuhan amal Islam yang ditahan polis minggu lalu tidak mempunyai hubungan dengan kerabat diraja Kedah.

Kangar: Ibu bapa gadis 17 tahun yang membuang bayi yang baru dilahirkannya ke dalam sungai di Kampung Behor Rotan Pahit dekat sini, kelmarin, ditahan polis.

Kota Kinabalu: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) diminta memberi penjelasan berhubung kegagalan lampu landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) berfungsi, kelmarin.

Kuantan: Lima lelaki termasuk dua bersahabat maut dalam dua kemalangan berasingan di Kilometer 71, Jalan Lipis-Merapoh dan Kilometer 104.6 Lebuhraya Pantai Timur (LPT), pagi kelmarin dan awal pagi semalam.

Kuala Lumpur: Kira-kira 30 penduduk Taman Kosas, Ampang mengadakan bantahan terhadap pembinaan kondominium 18 tingkat yang dibina terlalu hampir dengan kawasan perkuburan Islam.

Kemuka calon dua minggu lebih awal

Posted: 26 Oct 2012 04:44 PM PDT

Putrajaya: Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) dijangka mengumumkan satu atau dua minggu lebih awal nama calon parti itu bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Setiausaha Agung BN merangkap Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata langkah itu kini sedang dikaji secara mendalam kesesuaian dan kesannya bagi mengelak timbul terlalu banyak polimik dan perbuatan sabotaj di kalangan ahli dan pemimpin parti.

Saya akui memang ada kebaikan dan keburukannya, jadi kita membuat pertimbangan sewajarnya. Kalau difikirkan kebaikannya lebih banyak untuk menamakan calon lebih awal, maka terserahlah kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) membuat keputusan muktamad, katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Korban dan Kenduri Rakyat anjuran UMNO Bahagian Putrajaya di sini, semalam.
Pada majlis itu, UMNO Bahagian Putrajaya menyembelih 44 lembu untuk diagihkan dagingnya kepada fakir miskin, warga emas, ibu tunggal dan golongan kurang berkemampuan serta penduduk di bandar raya ini.

Tengku Adnan berkata, semua parti komponen BN kini sudah menghantar nama bakal calon yang akan bertanding di Parlimen dan DUN, pada PRU-13 untuk diteliti pengurusan tertinggi parti.

Kita memang sudah menerima semua nama calon berkenaan dan hampir separuh sudah dimuktamadkan, manakala selebihnya sedang diteliti, katanya.

Sementara itu, Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya, mengingatkan semua pemimpin dan ahli UMNO dan BN jangan percaya dengan dakwaan pihak tertentu mereka kini sedang melakukan kaji selidik dan mahu mendapatkan maklum balas pengundi mengenai calon PRU-13.
Saya difahamkan ada di kalangan mereka mengaku mereka mewakili pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau wakil khas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak atau Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin atau saya sendiri atau pemimpin parti komponen lain tetapi sebenarnya itu semua tidak betul.

Kita mahu pastikan bakal calon wakil rakyat BN pada PRU-13 terdiri daripada calon pilihan rakyat bukan calon parti atau ditentukan orang tertentu, katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan