Khamis, 5 Mei 2011

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Sungai sempit punca banjir

Posted:

Sungai sempit punca banjir

Sungai sempit punca banjir


Banjir di Jalan Kuala Lipis - Jerantut menyebabkan laluan berdekatan SMK Kerambit, Kuala Lipis dinaiki air baru-baru ini.


PIHAK berwajib diminta segera mengatasi masalah banjir kilat yang kerap berlaku di Jalan Kuala Lipis ke Jerantut berdekatan Kampung Tanjong Buluh dan Pekan Kerambit setiap kali hujan lebat.

Buktinya, pada 24 April lalu, kejadian banjir berlaku menyebabkan laluan utama terbabit berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kerambit dinaiki air sedalam tiga meter.

Ia berpunca daripada hujan lebat selama lima jam sehingga paras sungai itu melimpah memenuhi laluan berdekatan Tanjong Buluh dan hadapan SMK Kerambit menyebabkan pelajar yang tinggal di luar bandar terkandas ke sekolah.

Senario yang sama juga memberi kesan apabila kakitangan kerajaan tidak selesa pergi bekerja ke bandar Kuala Lipis dan kawasan berdekatan.

Keadaan itu berterusan sehingga ke waktu tengah hari menyebabkan kenderaan ringan terkandas dalam banjir dan melewatkan perjalanan ke destinasi masing-masing.

Banjir yang kerap berlaku sejak akhir-akhir ini turut mengundang gangguan kenderaan berulang alik melalui Jalan Kuala Lipis ke Jerantut yang juga pengangkutan darat utama memunggah pelancong ke bandar bersejarah Kuala Lipis.

Perkara itu berlaku akibat Sungai Beluan yang sempit sehingga tidak dapat menampungi aliran selain halangan sampah mengakibatkan sistem pembentungan tidak lancar.

Punca banjir kilat juga adalah disebabkan hakisan tanah akibat projek pembangunan dan mendapan tanah di dasar sungai sehingga menyebabkan air melimpah mahupun tersekat ketika hujan lebat.

Menerusi Rakan Pahang, saya berharap pihak berwajib menaik taraf projek aliran air Sungai Beluan selain membina pembetung untuk melancarkan aliran air ke Sungai Jelai berdekatan kampung kami.

IHSAN JALALUDDIN

Kampung Kerambit, Jerantut

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Segera bersih kawasan tanah runtuh

Posted:

Segera bersih kawasan tanah runtuh

Segera bersih kawasan tanah runtuh


Runtuhan tanah dari cerun bukit menutupi sebahagian jalan raya menghala Jerantut ke Kuala Lipis selepas Pekan Kerambit, Kuala Lipis.


SAYA antara pengguna jalan raya dari pekan Kerambit ke Kuala Lipis berasa bimbang apabila melalui laluan selepas persimpangan masuk ke Kampung Jeransang, Benta kerana berlaku kejadian tanah runtuh dari cerun berdekatan laluan berkenaan.

Kejadian itu berlaku di laluan tersebut sejak bulan lalu dan belum dibaik pulih yang boleh mengundang risiko keselamatan pengguna jalan raya laluan terbabit.

Kejadian itu juga menimbulkan ketidakselesaan pemandu kenderaan yang bertali arus terpaksa melalui satu lorong khususnya kepada kenderaan berat ketika berselisih.

Saya hairan kenapa pihak berwajib lewat membaiki cerun dan runtuhan tanah menutupi sebahagian laluan sedangkan kejadian itu sudah lama berlaku dan sehingga kini masih tiada tanda-tanda usaha menangani runtuhan tersebut.

Senario bertambah rumit setiap kali hujan lebat apabila jalan tersebut berlumpur dan licin serta memberi impak kepada pengguna jalan raya khususnya penunggang motosikal yang juga warga emas berulang-alik berbelanja di Pekan Kerambit.

Menerusi Rakan Pahang ini saya merayu pihak berwajib melaksanakan pembersihan kawasan cerun tersebut dengan segera supaya tidak membahayakan pengguna jalan raya.

Justeru, pihak berwajib perlu melaksanakan segera projek membaik pulih cerun, lagi pun jalan tersebut antara laluan alternatif utama kenderaan dari bandar Jerantut ke Kuala Lipis khususnya pelawat ke bandar bersejarah Kuala Lipis.

MOHD. NORAZAMAN SALLEH

Kuala Lipis

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Longkang Padang FA Jerantut tidak diselenggara

Posted:

Longkang Padang FA Jerantut tidak diselenggara

Longkang Padang FA Jerantut tidak diselenggara


Penyokong bola sepak duduk berhampiran longkang yang dipenuhi tumbuhan dan sampah di Padang FA, Jerantut, baru-baru ini. – gambar/M.Rizal Nor.


SAYA merupakan seorang penyokong bola sepak tempatan melahirkan rasa kesal ekoran masalah longkang yang tidak diselenggara dengan baik di Padang FA, Jerantut.

Masalah itu dapat dilihat apabila saya bersama rakan-rakan menyaksikan pertandingan Liga Emas Jerantut 2011 yang diadakan di padang tersebut.

Melihat kepada keadaan padang yang becak serta berlumpur, saya cuba mencari punca berlaku keadaan itu dan terkejut apabila terdapat pelbagai jenis sampah memenuhi longkang berkenaan selain pokok keladi yang hidup subur.

Sepatutnya keadaan itu tidak boleh berlaku dengan membiarkan longkang tersebut dipenuhi tumbuhan dan sampah sarap kerana ia menjejaskan aliran air dari padang apabila hujan lebat.

Saya tidak pasti sudah berapa lama masalah itu berlaku memandangkan padang tersebut kerap digunakan untuk aktiviti sukan lain.

Majlis Daerah Jerantut (MDJ) perlu peka dengan masalah itu dan melakukan kerja-kerja menyelenggara longkang tersebut kerana ia terletak di bawah tanggungjawab mereka.

Sekiranya tiada tindakan segera diambil, tidak mustahil kawasan itu akan menjadi pembiakan nyamuk aedes.

Justeru, saya berharap MDJ segera mengambil tindakan bagi mengatasi masalah itu kerana ia boleh menjejaskan tanggapan orang luar terhadap kebersihan di kawasan sekitarnya.

PENYOKONG KESAL

Jerantut

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan