Sabtu, 21 Mei 2011

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


Penduduk perlu beri kerjasama

Posted:

Penduduk perlu beri kerjasama

Penduduk perlu beri kerjasama

Oleh ASLIZA MUSA
utusanperak@utusan.com.my


Penduduk Kampung DBI menyerahkan seekor ular sawa kepada anggota bomba yang didakwa ditangkap dari kawasan semak samun di kampung berkenaan yang terletak berhampiran Ipoh, kelmarin.


IPOH 20 Mei - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) meminta penduduk setinggan yang menduduki tanah rezab pihak berkuasa berkenaan di Jalan Spooner Buntong di sini supaya memberikan kerjasama bagi membolehkan masalah membabitkan kampung tersebut diselesaikan segera.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim berkata, walaupun beberapa pendekatan telah dilaksanakan pihaknya namun masih tidak berjaya ekoran tiada kerjasama daripada penduduk kampung tersebut.

Katanya, antara pendekatan yang digunakan MBI adalah menawarkan rumah unit kos rendah bernilai RM12,000 di Taman Perpaduan namun tawaran itu telah ditolak mentah-mentah oleh setinggan di situ.

"Ingin saya tegaskan tidak wujud Kampung DBI seperti didakwa penduduk. Tanah ini dikesan diduduki secara haram sejak 1970-an lagi dan pelbagai usaha telah dilakukan MBI untuk memindahkan setinggan supaya pembangunan dapat dilaksanakan," katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan sekumpulan penduduk yang membawa seekor ular yang didakwa ditangkap di kampung setinggan berkenaan ketika hendak menyerahkan memorandum bantahan kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri semalam.

Ular tersebut bagaimanapun tidak dibawa masuk sebaliknya hanya disimpan di dalam kereta berhampiran Bangunan SUK.

Roshidi berkata, bagi menyelesaikan masalah itu, MBI akan membina rumah teres kos rendah bagi tujuan disewa beli atau disewa manakala bagi setinggan yang tidak mampu akan ditempatkan di rumah pangsa MBI di sekitar Ipoh.

"Cadangan ini sudah lama ada dalam perancangan MBI namun ia tidak dapat dilaksanakan kerana tiada sambutan daripada mereka," katanya.

Dalam pada itu Roshidi menafikan dakwaan setinggan di situ mengenai semak-samun dan kebersihan yang tidak diendahkan MBI.

Katanya, kerja-kerja pembersihan tidak dapat dilakukan kerana kehadiran anggota MBI telah dihalang penduduk dengan meletakkan penghadang di jalan masuk ke kampung itu.

"Tindakan mereka mendapatkan perintah mahkamah bagi menghalang MBI daripada melakukan kerja-kerja pembersihan dan merobohkan bangunan hanya boleh dilakukan selepas memenuhi syarat-syarat tertentu.

"Namun atas rasa perikemanusiaan dan sifat prihatin, MBI akan melaksanakan kerja-kerja pembersihan serta-merta termasuk meroboh bangunan-bangunan kosong di kampung tersebut dalam masa terdekat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kerajaan negeri sedia bantu Halijah

Posted:

Kerajaan negeri sedia bantu Halijah

Kerajaan negeri sedia bantu Halijah

IPOH 20 Mei - Kerajaan negeri sedia membantu Halijah Awi, 30, yang menderita penyakit ketumbuhan misteri di seluruh badan dengan merujuk ke pakar kulit Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, pada masa ini agak sukar untuk menyatakan punca sebenar penyakit tersebut.

"Saya sendiri telah menghubungi keluarga Halijah dan meminta mereka datang ke HRPB bagi membolehkan kita mengaturkan sesi rawatan untuk mengenal pasti punca penyakit tersebut.

Kita akan bantu Halijah mengubati penyakit tersebut agar dia sembuh dan boleh menikmati kehidupan seperti orang lain," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini semalam.

Penderitaan Halijah yang menghidap penyakit ketumbuhan misteri sejak berusia lima tahun itu mendapat perhatian banyak pihak sejak kisahnya disiarkan Utusan Malaysia Ahad lalu.

Ketumbuhan misteri yang semakin merebak itu menyebabkan Halijah kini hanya mampu melihat dengan sebelah mata kerana mata kirinya membengkak.

Akibat penyakit itu, Halijah terpaksa bersekolah sehingga darjah enam kerana tidak tahan dengan ejekan teman sekolah.

Sementara itu, jurucakap HRPB ketika dihubungi memberitahu, pihaknya memerlukan butiran peribadi wanita itu seperti nombor kad pengenalan dan nama sebenar bagi mengesan rekod perubatannya di hospital tersebut.

Katanya, melalui butiran peribadi tersebut ia akan membantu mengenal pasti dan membuktikan kesahihan sama ada Halijah pernah mendapatkan rawatan di hospital itu dua tahun lalu seperti didakwa.

"Kita perlukan kerjasama Halijah bagi mengesan semula rekod kesihatannya dalam sistem pesakit di hospital ini. Rekod itu akan memudahkan kita meneruskan rawatan sewajarnya kepada Halijah," jelas beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Orkid bernilai RM4,000 dirampas

Posted:

Orkid bernilai RM4,000 dirampas

Orkid bernilai RM4,000 dirampas

PADANG BESAR 20 Mei - Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Perlis merampas pelbagai jenis pokok orkid bernilai RM4,000 yang dipercayai cuba diseludup ke negara ini melalui perkhidmatan kereta api, pagi semalam.

Ketuanya, Khairi Arif berkata, rampasan dilakukan pada pukul 9.30 pagi ketika pemeriksaan rutin pihaknya bersama-sama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) serta pihak polis di Stesen Keretapi Padang Besar, di sini.

Menurut beliau, ketika pemeriksaan dalam koc kereta api penumpang dari Bangkok, Thailand ke Butterworth, Pulau Pinang itu, pihaknya menemui dua kotak besar mengandungi 360 pasu berisi pokok orkid yang cuba dibawa masuk ke negara ini tanpa permit.

"Kesemua orkid itu dibungkus menggunakan surat khabar termasuk spesies dilindungi iaitu 'Tiger Orchid' dan pelbagai jenis orkid 'Dendrobium'.

''Bagaimanapun tiada penumpang yang mengaku membawa orkid berkenaan atau menuntutnya daripada pihak berkuasa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, rampasan dibuat di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 manakala semua orkid berkenaan akan dimusnahkan.

Sementara itu, beliau berkata, pada Isnin lalu, MAQIS turut merampas 740 kilogram mempelam susu dari negara jiran yang dibawa masuk ke negara ini tanpa permit.

Menurut beliau, hasil ujian terhadap mempelam seakan-akan mempelam Harumanis itu mendapati ia mengandungi sejenis serangga di dalam bijinya.

Khairi berkata, mempelam berkenaan dijual dengan harga RM1 sekilogram di negara jiran manakala di negara ini, RM10 bagi tiga kilogram.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan