Sabtu, 21 Mei 2011

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Taman rekreasi di Lembah Pantai

Posted:

Taman rekreasi di Lembah Pantai

Taman rekreasi di Lembah Pantai

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusangroup.com.my


RAJA Nong Chik Raja Zainal Abidin (kiri) menunjukkan sesuatu sewaktu melawat tapak Pembangunan Taman Kejiranan dan Rekreasi Bersepadu di Pantai Dalam, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/Muhammad Amin Naharul Islam


KUALA LUMPUR 20 Mei - Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi membangunkan sebuah taman rekreasi di Lembah Pantai yang dikenali sebagai Projek Cadangan Pembangunan Taman Kejiranan dan Rekreasi Bersepadu.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, projek yang akan dibangunkan di Pantai Dalam itu melibatkan kawasan seluas 102 ekar (41.27 hektar).

Katanya, taman itu akan dibangunkan dalam tempoh lima tahun menerusi tiga fasa dan fasa pertama dijangka dimulakan kira-kira tiga bulan lagi.

"Fasa pertama projek ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM1.5 juta dan dijangka siap pada penghujung tahun nanti.

"Projek akan dibangunkan secara keseluruhannya oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat tapak projek itu Jalan Kubur, Pantai Dalam, di sini hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan DBKL, Datuk Amin Nordin Abdul Aziz.

Sementara itu, beliau berkata, projek itu merupakan salah satu yang disasarkan dalam GreaterKL-Klang Valley.

"Dengan adanya kawasan hijau ini di Lembah Pantai, ia akan memberi faedah kepada kira-kira 200 ribu penduduk di sini.

"Taman yang akan diwujudkan itu nanti akan dilengkapi pelbagai prasarana rekreasi dan riadah kepada semua golongan masyarakat dan turut mengambil kira kemudahan untuk orang kurang upaya (OKU)," jelasnya.

Tambahnya, tender untuk projek itu telah diiklankan bermula 5 Mei lalu dan tarikh tutup adalah pada 27 Mei ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sungai Langat melimpah, 50 penduduk dipindah

Posted:

Sungai Langat melimpah, 50 penduduk dipindah

Sungai Langat melimpah, 50 penduduk dipindah


SEORANG anggota JPAM membantu menolak sampan yang dinaiki pesakit ketika proses memindahkan mangsa banjir di Hulu Langat, semalam.


HULU LANGAT 20 Mei - Penduduk di Kampung Sungai Serai di sini, cemas apabila air dari Sungai Langat tiba-tiba naik dan melimpah masuk ke dalam kira-kira 100 buah rumah di kawasan itu, ekoran hujan lebat yang berterusan malam tadi.

Penduduk yang tidak menjangka kejadian banjir kilat berlaku, panik dan tidak sempat menyelamatkan harta benda daripada ditengelami air sedalam kira-kira satu meter.

Paras air Sungai Langat naik secara mendadak berikutan hujan lebat selama beberapa jam bermula kira-kira pukul 5 petang sehingga 9 malam.

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 11 malam, menghantar pasukan penyelamat ke tempat kejadian untuk membantu memindahkan penduduk ke kawasan yang selamat.

Operasi menyelamat diketuai Leftenan Muda Shahrul Kama Johari bersama 15 anggota berjaya memindahkan 50 penduduk ke dewan orang ramai di kampung berkenaan.

Beberapa buah bot dan sebuah trak digunakan untuk mengangkut mangsa terdiri daripada penduduk yang sakit, kanak-kanak dan warga emas.

Kerja-kerja memindah penduduk selesai pada pukul 4 pagi ini dan kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing setelah air surut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

UniKL layak ke pertandingan di Paris

Posted:

UniKL layak ke pertandingan di Paris

UniKL layak ke pertandingan di Paris


Idris Jusoh bergambar bersama pemenang pada majlis perasmian penutup pertandingan projek tahun akhir Made in UniKL di Kuala Lumpur, kelmarin.


KUALA LUMPUR 20 Mei - Pasukan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) adalah antara lima pasukan terbaik seluruh negara dipilih menyertai pertandingan akhir Airbus 'Fly Your Ideas' di Paris pada 22 Jun depan.

Pro Canselornya, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pasukan UniKL yang disertai oleh tiga mahasiswa dan seorang pensyarah itu akan bertanding bersama empat kumpulan lagi iaitu dari China, Sweden, India dan Chile.

"Kita bersyukur dan berasa bangga kerana UniKL merupakan institusi yang masih muda, namun mampu menjadi pesaing kepada 315 pasukan daripada 75 negara yang turut merebut peluang tersebut," katanya kepada pemberita selepas menutup pertandingan projek mahasiswa tahun akhir UniKL 2011 di sini semalam.

Pertandingan projek mahasiswa itu dimenangi oleh kumpulan UniKL cawangan IPROM yang disertai oleh mahasiswa dengan menerima hadiah wang tunai RM1,000.

Mengulas lanjut, Idris meminta seluruh rakyat Malaysia agar mendoakan kejayaan kumpulan UniKL yang diberi nama Malaysia on Mars itu kerana mereka adalah kumpulan pertama berjaya mewakili Malaysia ke peringkat akhir sejak pertandingan itu diadakan tahun lalu.

Kumpulan yang diwakili oleh Prof. Madya Ir. Abu Hanifah Abdullah, Ahmad Khairi Ahmad, 28, Airull Juhari, 25, dan Wan Nor Hami Wan Isa, 23, itu bakal merebut hadiah utama iaitu RM130,000.

Ahmad Khairi ketika ditemui berkata, pasukan mereka akan membentangkan rekaan komponen di dalam kabin dengan memilih barangan alam semula jadi iaitu daripada kekabu bagi menggantikan gentian kaca.

Kata beliau, kekabu mampu mengurangkan bunyi dan haba, lebih selamat serta lebih murah berbanding komponen yang diguna pakai kini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan