Sabtu, 21 Mei 2011

Kosmo Online

Kosmo Online


Pemandu lori disyaki curi pasir ditahan

Posted:

Pemandu lori disyaki curi pasir ditahan

Pemandu lori disyaki curi pasir ditahan

21/05/2011 7:43pm

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu lori berusia 50-an yang dipercayai terlibat dalam kegiatan curi pasir di sebuah tapak pembinaan padang permainan di Jinjang Selatan di sini, ditahan dalam satu serbuan hari ini.

Sebuah jentolak turut disita, namun lima individu lain berjaya meloloskan diri dalam serbuan oleh sepasukan anggota polis dari Bukit Aman dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira 12 tengah hari.

Ketua Unit Penguatkuasaan Pejabat Tanah Wilayah Persekutuan Mohd Salleh Sadri berkata serbuan itu dilakukan berikutan aduan penduduk sekitar yang mendakwa terdapat kegiatan curi pasir di kawasan tanah rizab berkeluasan seekar itu sejak empat hari lepas.

"Sebelum ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ada melakukan pemantauan ke atas tapak padang tersebut, dan telah memberi mereka amaran, namun mereka berdegil," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata penduduk mendakwa lori itu melakukan kira-kira 50 trip dalam sehari untuk membawa pasir keluar dari kawasan tersebut.

"

Dianggarkan satu lori itu membawa pasir bernilai pasaran sehingga RM800," katanya.

Sementara itu, seorang pegawai SPRM berkata kes disiasat mengikut Seksyen 426(1)(a) Akta Hartanah Negara kerana mengeluarkan bahan batuan tanpa permit, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penunggang motosikal mahu nahas

Posted:

Penunggang motosikal mahu nahas

Penunggang motosikal mahu nahas

21/05/2011 6:41pm

KUALA LUMPUR – Seorang penunggang motosikal maut selepas bertembung dengan sebuah kereta yang memasuki laluan salah dalam kejadian langgar lari di Jalan Cheras menghala ke Bukit Jalil di sini, hari ini.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur DSP Abdullah Roning berkata, kejadian berlaku kira-kira 1.45 petang tadi apabila Yip Yoon Kong, 51, hendak keluar dari sebuah lorong sebelum bertembung dengan sebuah Proton Putra yang memasuki simpang itu.

"Akibat pertembungan itu, Yoon Kong yang beralamat di Batu 9 Cheras, maut di tempat kejadian," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas kepada Bernama di sini.

Abdullah berkata menurut saksi, pemandu kereta dengan nombor pendaftaran WGB 4438 adalah seorang lelaki tetapi dia kemudian melarikan diri.

Mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai, katanya. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Seniwati Mahyon Ismail meninggal dunia

Posted:

Seniwati Mahyon Ismail meninggal dunia

Seniwati Mahyon Ismail meninggal dunia

21/05/2011 6:26pm

KUALA LUMPUR – Dunia hiburan tanah air kehilangan seorang lagi seniwati veteran, kali ini Mahyon Ismail, yang meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri dekat sini kira-kira 1 petang tadi selepas mengalami sesak nafas.

Allahyarham berusia 69 tahun.

Mahyon, atau nama sebenarnya Mayayun Ismail, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi hospital berkenaan kira-kira pukul 11 malam.

Cucu Allahyarham, Natrah Yasmin, 27, berkata beliau tidak menyangka nenek yang dipanggil "mak" itu akan meninggal dunia berdasarkan keadaannya yang sihat dan sentiasa ceria.

"Saya dengan mak semalam sempat lagi menghabiskan masa bersama bersiar-siar di pasar raya, dan beliau masih lagi ceria," katanya ketika ditemui di kediaman Allahyarham di Gombak Setia hari ini.

Beliau berkata, bagaimanapun Allahyarham mengadu sesak nafas kira-kira 10.30 malam dan terus dibawa ke hospital.

"Semasa kami tiba, doktor mengesahkan kandungan gulanya tinggi dan terpaksa menahannya di ICU," katanya.

Natrah berkata, selepas diberi ubat keadaan neneknya pulih seketika sebelum koma, sehinggalah doktor mengesahkan Allahyarham meninggal dunia tengah hari tadi.

Allahyarham, yang merupakan balu pelakon veteran Hussein Abu Hassan, meninggalkan tiga anak serta empat cucu termasuk pelakon Faizal, penulis skrip drama iaitu Dilla dan penyanyi R&B Fairuz.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di sebelah kubur suaminya di Tanah Perkuburan Taman Ibu Kota, Setapak hari ini selepas solat Asar. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan