Sabtu, 21 Mei 2011

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Johns Hopkins kelas pertama

Posted:

Johns Hopkins kelas pertama

Johns Hopkins kelas pertama


Najib Tun Razak bersama dekan dan sebahagian daripada pensyarah serta kakitangan 'Johns Hopkins Medicine International' di Bangunan Pengajian Perubatan Anne and Mike Amstrong di Universiti Johns Hopkins, Washington, semalam. Turut hadir Mohamed Khaled Nordin, Edward D. Miller (empat dari kanan) dan Mohan Swami (lima dari kiri). - bernama


WASHINGTON 20 Mei - Pembukaan institusi pengajian dan penyelidikan perubatan Universiti Johns Hopkins di Malaysia pada September ini dijangka mendapat sambutan hebat di rantau itu, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, institut yang akan ditubuhkan di Serdang itu dijangka menarik penuntut bukan saja dari negara-negara di rantau itu, tetapi juga dari Timur Tengah dan benua kecil India.

"Saya yakin program perubatan Johns Hopkins ini akan menjadi satu tarikan luar biasa," katanya pada majlis sempena penubuhan Institut Pendidikan Perubatan Antarabangsa Johns Hopkins Dr. Mohan Swami di Universiti Johns Hopkins di Baltimore, Maryland, kira-kira satu jam perjalanan dari sini.

Turut hadir Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis, ahli perniagaan Malaysia, Tan Sri Mohan Swami dan ketua pegawai eksekutif universiti itu, Edward D. Miller.

Program perubatan Johns Hopkins itu adalah hasil kerjasama dengan Universiti Perdana yang menawarkan hospital pengajian swasta yang mempunyai kemudahan perubatan kelas pertama. Ia akan dibina di Serdang oleh kumpulan Chase Perdana yang diterajui oleh Mohan.

Najib berkata, beliau gembira kerana hospital itu akan mempunyai tenaga kerja bukan sahaja dari Baltimore, tetapi juga dari seluruh dunia.

Perdana Menteri menambah, pentadbiran beliau telah merangka pelan untuk mencari dan menggalakkan rakyat Malaysia yang bekerja di seberang laut untuk pulang berkhidmat di Malaysia, dan pada masa yang sama, meningkatkan usaha ke arah latihan kemahiran.

"Inilah sebabnya saya secara peribadi amat teruja dengan perkongsian ini," katanya.

Johns Hopkins terkenal kerana merintis pelbagai hasil bidang perubatan antaranya penggunaan sarung tangan getah untuk pembedahan.

"Ini telah memberi kesan positif kepada industri getah di Malaysia yang kini merupakan pengeluar dan pengeksport terbesar sarung tangan getah untuk perubatan," kata Najib.

Beliau berkata, penubuhan kampus itu di Malaysia akan mendorong lebih ramai graduan terbaik dari universiti-universiti di Malaysia untuk kekal di negara sendiri, kerana mereka kini berpeluang mengikuti pengajian dari sekolah perubatan terbaik di dunia dan juga menjalankan penyelidikan klinikal lanjutan tanpa perlu ke luar negara.

Mohan pula berkata, pengambilan pertama 100 penuntut adalah pada September ini dan mereka akan ditempatkan di kampus sementara berdekatan ibu pejabat Mardi sehingga kampus tetap siap pada 2013.

"Kita akan mengambil 75 penuntut dari Malaysia. Seramai 50 pemegang biasa JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) dijangka belajar di universiti kami," kata Mohan yang juga Canselor pertama Universiti HIHT di India pada 2008.

Katanya, kos keseluruhan program itu, termasuk membina hospital pengajian yang mempunyai 600 katil, adalah sekitar RM2.4 bilion.

Universiti Perdana, yang menawarkan program ijazah sarjana mulai tahun depan, akan dibina di satu kawasan seluas 52 hektar di Serdang.

Ia dibiayai sepenuhnya oleh Chase Perdana dan Turiya Berhad, sebuah syarikat tersenarai di Bursa Malaysia yang juga diterajui oleh Mohan. — BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PRU Ke-13 paling sengit dalam sejarah - TPM

Posted:

PRU Ke-13 paling sengit dalam sejarah - TPM

PRU Ke-13 paling sengit dalam sejarah - TPM


Muhyiddin Yassin disambut oleh perwakilan yang hadir pada Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Baling, Kedah, semalam.


BALING 20 Mei - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan semua pemimpin dan ahli UMNO di setiap peringkat supaya tidak mengambil mudah cabaran pada pilihan raya umum akan datang.

Ini kerana, Timbalan Presiden UMNO itu menyifatkan Pilihan Raya Umum Ke-13 yang bakal berlangsung bila-bila masa dari sekarang sebagai pilihan raya paling sengit dalam sejarah politik tanah air.

"Biar saya bagi amaran kerana pilihan raya akan datang merupakan yang paling sengit dalam sejarah politik tanah air. Pilihan raya ini bukan seperti biasa kerana meletakkan cabaran getir bagi Barisan Nasional (BN) dan parti-parti politik lain.

"Tengok saja pilihan raya kecil yang kita lalui sebanyak 16 kali. Daripada jumlah itu, separuh daripadanya saya pimpin selaku Pengarah Pilihan Raya. Memang pahit, getir dan bukan mudah," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Baling di Kompleks Rakan Muda, di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah; Ketua UMNO Bahagian Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan Ketua Wanita UMNO bahagian yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, perkembangan semasa menyaksikan rakyat kini lebih terbuka dari segi pemikiran dan mempunyai harapan serta cita-cita tinggi terhadap perjuangan parti politik terutama UMNO dan BN.

"Rakyat memang terbuka, mereka tahu apa yang berlaku di seluruh dunia. Rakyat mahu kita menjadi parti yang lebih bertanggungjawab dan berkesan. Sebab itu, mereka menuntut pelbagai perkara," katanya.

Tambah beliau, permainan politik era pasca Pilihan Raya Umum 2008 juga dikesan menyaksikan perubahan ketara dan tidak lagi disifatkan sama seperti dahulu.

"Oleh itu, kita perlu mengubah pemikiran. Memang yang kita lalui puluhan tahun lalu satu proses politik biasa. Namun, pada pilihan raya akan datang menuntut kita membuat persiapan lebih rapi serta bersedia menghadapi tentangan hebat daripada parti lawan," katanya.

Muhyiddin menegaskan, para pemimpin UMNO seharusnya menyedari perkara tersebut dan mengambil langkah serius menghadapi tentangan daripada parti lawan.

"Jangan fikir mereka menyerah dengan mudah. Di Kedah contohnya, apakah saudara-saudari fikir Pas serahkan kepada UMNO dengan senang kuasa yang ada. Takkan mereka kata ambillah Bashah, kita sudah tak mahu. Sudah tentu, mereka akan pertahan bermati-matian," katanya.

Dalam pada itu, beliau bersyukur kerana semangat ahli UMNO dilihat kembali kuat berbanding tempoh dua hingga tiga tahun lalu, malah sokongan rakyat terhadap BN juga dikesan kembali pulih.

"Meskipun sokongan lebih baik, namun ia belum cukup. Kita masih mempunyai ruang untuk perbaiki kelemahan dan merangka strategi bagi terus mengukuhkan UMNO dan BN," katanya.

Muhyiddin turut mengulangi gesaan agar semua pimpinan UMNO di peringkat bahagian, cawangan dan sayap menyelesaikan segera masalah dalaman yang wujud selepas beliau mendapati masih terdapat bahagian-bahagian UMNO dibelenggu dengan isu tersebut.

Katanya, perkara berkenaan perlu dilakukan dengan segera bagi memastikan UMNO dan BN mencapai kekuatan maksimum untuk menghadapi pilihan raya umum.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Guru 'tercicir' diminta sabar

Posted:

Guru 'tercicir' diminta sabar

Guru 'tercicir' diminta sabar

Oleh OPAT RATTANACHOT dan JAMLIAH ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my

BALING 20 Mei - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta kumpulan guru yang tidak tersenarai dalam kenaikan pangkat mengikut kaedah baru yang diumumkan baru-baru ini supaya bersabar kerana kerajaan sedang meneliti perkara itu.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran memberitahu, kerajaan sentiasa peka dengan nasib golongan guru terbabit dan percaya kajian mengenainya sedang dilakukan.

"Apa yang saya boleh katakan sekarang ialah minta mereka sabar kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah tentu mempunyai pertimbangan sendiri berhubung pengumuman kaedah kenaikan pangkat guru baru-baru ini.

"Lagi pun pelaksanaan kaedah baru itu akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012. Maknanya, sementara menunggu tempoh tersebut, mungkin ada sesuatu yang akan dilakukan.

"Saya tidak katakan perkara ini selesai, tetapi sekurang-kurangnya saya boleh katakan perkara ini akan terus dibincangkan bersama Perdana Menteri," katanya selepas merasmikan Pejabat Pelajaran Daerah Baling/Sik bernilai RM4.3 juta di Batu 42, Pulai dekat sini hari ini.

Beliau diminta mengulas keluhan beberapa pihak termasuk Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengenai nasib guru termasuk 400,000 guru sekolah biasa yang tidak mengalami kenaikan pangkat walaupun sudah berkhidmat lebih 15 tahun.

Muhyiddin berkata, beliau juga akan mengadakan perbincangan dari semasa ke semasa bersama Perdana Menteri dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk memenuhi permintaan NUTP bagi menjaga kebajikan ahli-ahli mereka.

"Bagaimanapun, ingin ditegaskan bahawa setiap pertimbangan yang dilakukan kerajaan perlu mengambil kira keupayaan ekonomi negara.

"Sekarang kita nak berjimat bagi mengurangkan defisit. Kalau buat keputusan harus kira keupayaan kerajaan untuk tampung kos tambahan kenaikan sama ada gaji atau elaun," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan