Khamis, 5 Mei 2011

Utusan Online - Mahkamah

Utusan Online - Mahkamah


Kematian Beng Hock dipolitikkan

Posted:

Kematian Beng Hock dipolitikkan

Kematian Beng Hock dipolitikkan

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 5 Mei – Tindakan mempolitikkan isu kematian Teoh Beng Hock merupakan mainan politik DAP dan penasihatnya, Lim Kit Siang bagi menutup penyelewengan pemimpin parti itu di Selangor.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir (gambar) berkata, banyak penyelewengan berlaku berhubung pemberian kontrak dan penyalahgunaan lesen kontraktor bumiputera kelas F di Selangor.

"DAP dan Kit Siang sengaja menggunakan isu kematian Beng Hock bertujuan mengapi-apikan kaum Cina supaya tidak yakin dengan agensi-agensi kerajaan khasnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM).

"Patutlah Karpal Singh dan Gobind Singh Deo awal-awal lagi tarik diri dari menyertai Suruhanjaya Siasatan Kematian Beng Hock. Inilah sandiwara DAP di Selangor yang sedikit demi sedikit terbongkar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah; Setiausaha politiknya, Beng Hock dan kontraktor, Lee Wye Wing disyaki terlibat dalam kegiatan menipu kerajaan negeri Selangor dengan menyalahgunakan lesen syarikat kontraktor bumiputera bagi mendapatkan projek serta program di bawah peruntukan wakil rakyat.

Pegawai siasatan Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan SPRM, Ahmad Shafik Abdul Rahman @ Alwee berkata, elemen kesalahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan bersubahat itu ditemui selepas beliau mengambil alih siasatan yang sebelum itu dikendalikan oleh SPRM Selangor mulai 27 Ogos 2009.

Musa berharap, dengan segala bukti yang diperolehi, SPRM akan terus menyiasat Hian Wah, Wye Wing dan Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) yang bertanggungjawab menyalahgunakan lesen syarikat kontraktor bumiputera bagi mendapatkan projek serta program di bawah peruntukan wakil rakyat.

Langkah sedemikian katanya, akan dapat meningkatkan kembali keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap SPRM.

"Rakyat Selangor juga perlu sedar bahawa DAP dan Kit Siang sengaja mempolitikkan isu kematian Beng Hock supaya SPRM tidak teruskan siasatan terhadap perasuah-perasuah ini (Hian Wah, Wye Wing dan KSSB)," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bomoh dijel rogol anak tiri

Posted:

Bomoh dijel rogol anak tiri

Bomoh dijel rogol anak tiri

IPOH 5 Mei – Seorang bomoh berusia 71 tahun tergamak merogol anak tirinya yang berusia 24 tahun dengan alasan kononnya ingin menurunkan ilmu yang diamalkan kepada gadis tersebut.

Lebih menjijikkan, perbuatan tersebut dipertontonkan kepada ibu mangsa.

Tidak tahan dengan perbuatan tersebut dan ugutan lelaki itu untuk membunuh ibunya, mangsa membuat laporan polis pada 13 Februari tahun lalu menyebabkan bapa tirinya ditahan polis.

Hari ini, warga emas itu yang bekerja sebagai penoreh getah menerima pembalasan apabila dihukum penjara 15 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas disabitkan kesalahan merogol anak tirinya itu.

Hakim Noor Hayati Mat menjatuhkan hukuman itu setelah lelaki tersebut didapati bersalah merogol mangsa pada pukul 1 pagi, 2 Februari 2010 di rumahnya di Kampung Changkat Tin, Tanjung Tualang, Batu Gajah dekat sini.

Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum enam tahun dan maksimum 20 tahun serta boleh dikenakan sebatan.

Noor Hayati memutuskan demikian setelah mendapati pembelaan tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah dan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara berkuat kuasa mulai tertuduh ditahan reman pada Februari 2010.

Tertuduh diwakili peguam bela Ranjit Singh manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhaimin Aris.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan