Khamis, 5 Mei 2011

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


PM ajak ahli UMNO bangkit tawan Selangor

Posted:

PM ajak ahli UMNO bangkit tawan Selangor

PM ajak ahli UMNO bangkit tawan Selangor

SHAH ALAM 5 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru seluruh ahli UMNO termasuk pemimpin veterannya agar menguatkan iltizam untuk bangkit semula memastikan Barisan Nasional (BN) berkuasa kembali di negeri ini.

Perdana Menteri menegaskan, seluruh ahli parti keramat itu perlu bersama-sama untuk membetulkan segala kelemahan dan kezaliman kerajaan negeri sekarang.

"Jangan biarkan maruah kita tercemar dan tercalar. Kita wajib kembalikan kuasa ke tangan UMNO sebagai parti keramat.

"Kita mesti susun semula barisan, kuatkan semangat dan iltizam untuk bangkit dengan penuh semangat bagi menebus kekalahan," tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Malam Pemimpin Bersama Rakyat - Rakyat Didahulukan di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini malam ini

Hadir sama Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Noh Omar dan Pengerusi Veteran UMNO Malaysia (Selangor), Datuk Abd. Samad Maharuddin.

Majlis itu dianjurkan oleh Veteran UMNO Malaysia (Selangor) dan dihadiri lebih 1,000 pemimpin dan ahli veteran UMNO Selangor.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

P. Pinang 'haramkan' Interlok

Posted:

P. Pinang 'haramkan' Interlok

P. Pinang 'haramkan' Interlok

PULAU PINANG 5 Mei - Kerajaan DAP Pulau Pinang bertindak 'mengharamkan' novel Interlok karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain daripada diletakkan di ruang buku teks di semua perpustakaan awam di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri II, P. Ramasamy (DAP-Prai) berkata, novel berkenaan sebaliknya akan ditempatkan di ruang biasa kerana kerajaan negeri tidak mengiktiraf ia sebagai buku teks.

Jelas beliau, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri yang diadakan semalam selepas mendapati buku berkenaan menghina rakyat negara ini termasuk kaum Melayu, Cina dan India.

"Kami (kerajaan DAP Pulau Pinang) bukan mengharamkan novel tersebut tetapi hanya tidak meletakkannya di ruang buku teks di Perpustakaan Awam Pulau Pinang.

"Novel ini tidak patut terus digunakan sebagai teks Komponen Sastera (Komsas) Bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu untuk murid tingkatan lima. Ia hanya akan memecahkan perpaduan rakyat," katanya menjawab soalan lisan berkaitan novel Interlok yang dibangkitkan R.S.N. Rayer (DAP-Seri Delima) pada sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.

Terdahulu, berlaku pertikaman lidah antara Rayer dengan beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) apabila beliau mendakwa novel tersebut menyebabkan berlakunya keadaan tidak harmoni dan saling hina-menghina di kalangan rakyat.

Shabudin Yahya (BN-Permatang Berangan), Datuk Arif Shah Omar Shah (BN-Seberang Jaya) dan Datuk Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua) bangun menjelaskan bahawa ia merupakan fakta sejarah dan rakyat sudah mampu membuat penilaian terbaik mengenainya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen