Jumaat, 6 Mei 2011

Kosmo Online

Kosmo Online


Culik: Pemandu teksi mengaku tak bersalah

Posted:

Culik: Pemandu teksi mengaku tak bersalah

Culik: Pemandu teksi mengaku tak bersalah

06/05/2011 6:47pm

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu teksi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang, dekat sini, terhadap pertuduhan menculik seorang lelaki yang 10 jarinya ditemui dalam plastik di landasan Stesen Keretapi Kuang, dekat sini, bulan lalu.

M. Murugan, 27, membuat pengakuan itu terhadap pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Nurul Hafizah Kamaludin.

Mengikut pertuduhan, Murugan didakwa melarikan K. Munispara, 29, dengan niat mengurung mangsa di Jalan Besar, Batu 16, Rawang, pada jam 12 tengah malam, 24 April lalu, mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh didenda.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Ching Kian Chun mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dengan mengambil kira kesalahan itu adalah serius.

Bagaimanapun, peguam K. Theivaendran memohon jaminan dikurangkan memandangkan anak guamnya itu adalah penanggung tunggal kepada tiga anaknya yang masih kecil. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Terselamat walaupun tersepit 2 jam

Posted:

Terselamat walaupun tersepit 2 jam

Terselamat walaupun tersepit 2 jam

06/05/2011 6:19pm

REMBAU - Seorang pemandu treler terselamat walaupun tersepit selama dua jam di tempat duduk kenderaannya selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kontena di KM 234.9, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat sini, awal hari ini.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Yusof Samad berkata, 12 anggota dari balai itu mengambil masa lebih sejam bagi mengeluarkan S. Ganesan, 33.

Pemandu yang menetap di Rahang, Seremban itu cedera di badan dan kaki dan dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban untuk mendapat rawatan.

Ganesan yang sedang dalam perjalanan ke Johor Bahru membawa treler yang sarat dengan muatan tiang konkrit cerucuk bangunan itu telah melanggar belakang sebuah kontena pukul 3.40 pagi.

Akibat pelanggaran itu, treler tersebut terbabas di tepi lebuh raya lalu tiang konkrit mengelongsor ke depan dan merempuh serta menghempap kepala treler, menyebabkan mangsa terperosok dan tersepit di bawah kepala treler. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Polis temui mayat lelaki Nepal

Posted:

Polis temui mayat lelaki Nepal

Polis temui mayat lelaki Nepal

06/05/2011 6:11pm

GEORGETOWN - Polis menemui mayat lelaki dipercayai warga negara Nepal dengan kesan kecederaan di seluruh badannya di sebuah Flat Padang Tembak dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata, mayat lelaki berusia 40-an itu ditemui oleh seorang tukang sapu di flat berkenaan ketika membuka pintu tong sampah pukul 11.30 pagi tadi.

"Polis mengklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, lelaki itu dipercayai mati akibat terjatuh dan tergelincir ketika cuba menyembunyi diri apabila dikejar oleh penduduk yang melihat kegiatannya memecah masuk salah sebuah unit kediaman di kawasan itu. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan