Jumaat, 6 Mei 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Masjid bukan tempat luah kemarahan

Posted: 06 May 2011 12:04 AM PDT

SEPANG: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini berkata perbuatan menjadikan masjid sebagai tempat berhimpun untuk meluahkan rasa marah bagi tujuan politik adalah tidak wajar.

Ini kerana kata beliau, ada etika dan peraturan yang perlu dihormati dan dipatuhi ketika berada di rumah ibadat orang Islam itu.


"Apa-apa perhimpunan pun janganlah berbau politik (kerana) dalam masjid, sebab kalau menggunakan nama pelbagai tetapi atas sifat bagi tujuan berbau politik, sama jugalah kan," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan perhimpunan besar-besaran akan diadakan di Masjid Negara hari ini, yang dikatakan menjadi medan untuk rakyat meluahkan rasa marah dan tidak puas hati dalam banyak perkara.


Perhimpunan itu juga dikatakan untuk mendesak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengambil tindakan terhadap Datuk Shazryl Eskay Abdullah, yang melakukan sumpah laknat pada Jumaat lepas berhubung rakaman video seks yang pelakunya dikatakan mirip seorang pemimpin pembangkang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mahkamah ketepi sabitan pasangan eksekutif bank

Posted: 05 May 2011 11:59 PM PDT

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mengetepikan hukuman dan sabitan terhadap sepasang suami isteri eksekutif bank yang masing-masing didenda RM15,000 kerana kesalahan menggajikan warga asing tanpa permit Januari lepas.

Hakim Datuk Mohd Sofian Abdul Razak mengetepikan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baharu pada pada 21 Jan lepas kerana mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan pasangan Wan Mohd Fairuz Wan Abdul Kadir, 30, dan isteri Kasmiranil Abah, 28, mengupah warga asing itu di kediaman mereka pada 30 Sept 2009.


Beliau berkata walaupun pihak pendakwaan membuktikan bahawa pasangan itu ada menyediakan sebuah bilik kecil untuk seorang wanita warga Indonesia, yang dikenali sebagai Manisah, tidur dan menyimpan barangannya, tidak semestinya warga asing itu diambil bekerja sebagai amah oleh pasangan itu.

"Menginap di sebuah bilik bukan satu tanda diambil bekerja," katanya.


Menurut hakim, ada kemungkinan Manisah dibenarkan tinggal di rumah pasangan itu di No 7, Jalan Desa Melor, Taman Melor, Serendah, atas dasar belas kasihan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen