Jumaat, 6 Mei 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Elak rasuah, salah guna kuasa

Posted:

Elak rasuah, salah guna kuasa

Elak rasuah, salah guna kuasa

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my


Muhyiddin Yassin melihat buku terbitan IIM selepas melancarkannya sempena Majlis Perasmian Syarahan Perdana di IIM di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan ialah Mohd. Sidek Hassan (kiri).


KUALA LUMPUR 5 Mei – Tahap kebolehpercayaan institusi kerajaan di mata rakyat dalam konteks politik hari ini amat bergantung kepada sejauh mana pemerintah dan penjawat awam berjaya mengelakkan diri daripada terjebak dengan rasuah serta salah guna kuasa.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hakikatnya di dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi adalah tindak-tanduk pemerintah dan penjawat awam tidak pernah terlepas daripada pandangan masyarakat.

"Betapa ramai pemimpin dunia yang gugur dan kerajaan yang tersungkur akibat terpalit dengan amalan rasuah dan salah guna kuasa.

"Sehubungan itu, memerangi amalan rasuah adalah jihad paling utama bagi setiap kerajaan yang berintegriti,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan syarahan perdana integriti bertajuk Agenda Integriti Nasional sempena ulang tahun ketujuh Pelan Integriti Nasional (PIN) dan Institut Integriti Malaysia (IIM), di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dan Presiden IIM, Datuk Dr. Mohd. Tap Salleh.

Timbalan Perdana Menteri dalam syarahannya turut berkata, persoalan rasuah tidak hanya berlegar di sekitar nafsu para penguasa, sebaliknya ia turut melibatkan pemberi dan penerima rasuah.

"Seperti kata bidalan 'bertepuk sebelah tangan masakan berbunyi'. Kedua-duanya sanggup melakukan rasuah kerana kuasa yang dimiliki dan kelahapan mereka untuk menerima habuan akibat penyalahgunaan kuasa,'' katanya lagi.

Beliau berkata, dari segi agama, amalan rasuah juga merupakan satu jenis perbuatan terkutuk dan amat dilarang.

"Rasulullah SAW di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh at-Tarmizi pernah bersabda yang bermaksud 'Penerima dan pemberi rasuah di dalam api neraka'.

"Jelas, pemberi dan penerima rasuah adalah pelaku jenayah yang terkutuk sama ada di sisi undang-undang negara, norma masyarakat mahu pun agama,'' katanya lagi.

Muhyiddin di dalam syarahannya turut membawa pandangan tokoh-tokoh terdahulu yang membicarakan rasuah dan kesannya sama ada pada masyarakat atau negara.

Beliau berkata, seorang sarjana Islam iaitu Ibnu Khaldun dalam karya agungnya bertajuk Muqaddimah telah mengaitkan rasuah dengan persoalan moral.

Ujarnya, menurut tokoh Islam itu, keinginan untuk mengecap kemewahan hidup berlebihan mendorong mereka yang mempunyai kuasa untuk terjebak dalam amalan rasuah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Empat maut nahas ngeri

Posted:

Empat maut nahas ngeri

Empat maut nahas ngeri

Oleh YULPISMAN ASLI
utusankelantan@utusan.com.my


ROSLIZA Che Ramli merawat anaknya, Mohd. Alif Azhan Ariff yang cedera ringan di Hospital Pasir Mas, kelmarin.


PASIR MAS 5 Mei – Satu lagi nahas ngeri berlaku yang menyaksikan empat maut dengan tiga daripadanya digilis lori dalam insiden membabitkan enam buah kenderaan dekat sini petang semalam.

Dalam kemalangan di Kilometer 11, Jalan Pasir Mas-Tanah Merah itu, dua lagi termasuk seorang kanak-kanak 12 tahun cedera.

Mangsa yang terkorban ialah Chik Shamsuddin Mat Ghapar, 16, dari Kuala Krai dan sepupunya, Muhammad Faizal Fakruddin, 16, dari Kampung Kubang Chenok; Ariff Che Mohd. Zain, 35, dari Kampung Chabang Empat Chetok serta pemandu kereta Proton Saga, Wee Thai Kit, 38, dari Chang Empat, Cherang, Kota Bharu.

Dua mangsa yang cedera ialah pemandu kereta Volvo, Hazayudi Mohd. Zainal Abidin, 36, dan anak lelaki Ariff, Mohd. Alif Azhan, 12, yang tercampak ke bahu jalan. Mereka kini dirawat di Hospital Pasir Mas.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, kejadian berlaku pada pukul 7.20 petang apabila motosikal Yamaha RXZ dinaiki Chik Shamsuddin dan Muhammad Faizal yang dalam perjalanan dari Tanah Merah ke Pasir Mas bertembung dengan motosikal Honda Wave ditunggangi Ariff bersama anaknya yang dikatakan melawan arus.

Menurutnya, akibat pertembungan itu, kesemua mereka kecuali Mohd. Alif Azhan, terjatuh di atas jalan sebelum digilis dua buah lori yang datang dari arah Tanah Merah ke Pasir Mas, tetapi kedua-dua kenderaan itu tidak berhenti di tempat kejadian.

"Tidak lama kemudian, sebuah kereta Volvo dari Tanah Merah cuba mengelak mangsa yang masih terbaring di atas jalan raya sebelum masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta Proton Saga.

"Berikutan itu, pemandu Proton Saga, penunggang dua buah motosikal dan pembonceng Yamaha RXZ mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Pemandu Volvo itu pula cedera parah di tangan," katanya kepada pemberita, di sini malam tadi.

Katanya, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Suasana pilu menyelubungi Rumah Mayat Hospital Pasir Mas malam tadi apabila ahli keluarga dan rakan taulan kesemua mangsa datang untuk menuntut jenazah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ICAPP perlu cari kaedah bantu mangsa bencana

Posted:

ICAPP perlu cari kaedah bantu mangsa bencana

ICAPP perlu cari kaedah bantu mangsa bencana

KUALA LUMPUR 5 Mei - Parti-parti politik di Asia yang menganggotai Persidangan Antarabangsa Parti-Parti Politik Asia (ICAPP) diminta mencari kaedah yang komprehensif untuk membantu membina semula kehidupan mangsa bencana alam di rantau ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini kerana ICAPP yang diwakili parti pemerintah, pembangkang dan bebas berada di kedudukan terbaik untuk saling bekerjasama dalam berhadapan dengan pelbagai masalah yang melanda Asia dan antarabangsa.

Menurut beliau, sejak dua dekad kebelakangan ini, bencana alam dilaporkan telah mengorbankan lebih 3 juta orang di seluruh dunia serta menjejaskan punca pendapatan lebih satu bilion manusia.

"Justeru itu, salah satu pengajaran penting yang boleh kita pelajari ialah tiada mana-mana negara sama ada membangun atau tidak, kaya atau miskin, yang tidak memerlukan bantuan antarabangsa apabila berhadapan dengan bencana alam.

"Gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun baru-baru ini merupakan contoh yang cukup jelas. Sebagai negara membangun dan kaya, Jepun tidak terlepas daripada memerlukan bantuan antarabangsa.

"Oleh itu, saya berharap anggota ICAPP dapat merangka kaedah yang komprehensif untuk membantu membangunkan semula kehidupan mangsa bencana alam tanpa sebarang diskriminasi,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di jamuan minum petang mengalu-alukan kehadiran delegasi ICAPP sempena mesyuarat jawatankuasa tetap dan Persidangan ICAPP Ke-15 berkenaan Bencana Alam dan Perlindungan Alam Sekitar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Ujar Muhyiddin, sejak ditubuhkan pada 2000, ICAPP yang dianggotai 263 parti politik di 53 buah negara telah menjadi satu platform yang berkesan dalam mewujudkan hubungan kerjasama antara negara-negara Asia.

"Saya dimaklumkan bahawa beberapa perjanjian penting dan resolusi telah berjaya dihasilkan dalam mesyuarat ICAPP terdahulu,'' tambahnya.

?

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan