Jumaat, 13 Mei 2011

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


RAPID PETRONAS pikat pelabur

Posted: 13 May 2011 03:36 PM PDT

Nasional

NAJIB diiringi Rosmah bersalaman dengan pegawai dan orang ramai sebelum  berangkat ke Riyadh dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia,  di Subang, pagi semalam.

NAJIB diiringi Rosmah bersalaman dengan pegawai dan orang ramai sebelum berangkat ke Riyadh dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, di Subang, pagi semalam.

Projek RM60.6b mampu hasilkan 300,000 tong minyak mentah sehari

KUALA LUMPUR: Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan dan Petrokimia (RAPID) PETRONAS bernilai RM60.6 bilion (AS$20 bilion) di Johor Selatan dijangka dapat menarik pelaburan langsung asing ke negara ini, selain memperkukuhkan pelaburan swasta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika mengumumkan projek dan pelaburan baru PETRONAS itu di Menara Berkembar Petronas (KLCC) di sini, semalam berkata, projek yang akan beroperasi akhir 2016 itu kini pada peringkat kajian akhir keputusan pelaburan PETRONAS. Katanya, projek RAPID adalah langkah berani PETRONAS kerana ia bukannya projek permulaan (EPP) yang ditetapkan dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Projek RAPID dijangka mampu menghasilkan kapasiti pengeluaran sehingga 300,000 tong sehari penapisan minyak mentah untuk penghasilan produk petroleum seperti petrol, bahan bakar jet dan diesel bagi memenuhi keperluan pertumbuhan sektor petroleum selain untuk dieksport.

Projek itu juga membabitkan pembinaan kilang penapis minyak mentah, pemisah nafta yang akan menghasilkan kira-kira tiga juta tan etilena, propilena, C4 dan C5 olefin setahun dan sebuah kompleks polimer dan petrokimia yang boleh mengeluarkan pelbagai bahan kimia berkaitan.

Najib berkata, projek itu akan memperluaskan akses negara kepada teknologi bertaraf dunia serta memudahkan usaha meningkatkan kemampuan perindustrian negara kepada aktiviti nilai tambah tinggi.
"Tambahan pula, projek ini mewujudkan 4,000 peluang pekerjaan bagi pekerja berkemahiran tinggi dalam sektor minyak dan gas dan saya yakin projek RAPID akan menyediakan platform untuk generasi baru profesional teknikal membangunkan kemahiran dan kemampuan mereka," katanya.

Sementara itu, dalam kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri di sini, malam tadi, Najib berkata, Malaysia menyokong penuh tindakan terbaru Arab Saudi dan negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) untuk mencapai keamanan, perdamaian dan kestabilan jangka panjang di Bahrain.

Najib yang kini berada di Arab Saudi, membuat pengumuman itu selepas menghadap Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud.

"Malaysia menyokong penuh semua keputusan berdaulat yang diambil oleh Arab Saudi dan negara-negara anggota GCC untuk memelihara kestabilan serta keselamatan wilayah ini dalam tempoh yang mencabar ini.

"Malaysia bersedia menghantar pasukan pengaman ke Bahrain jika diminta berbuat demikian oleh kepemimpinan Bahrain," katanya.

Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor berlepas ke Riyadh, Arab Saudi, pagi semalam dan dijadual berangkat ke Qatar hari ini untuk memulakan lawatan rasmi dua hari ke negara Teluk itu.

Najib berkata, Malaysia menyokong proses dialog nasional yang dilancarkan Putera Mahkota, Salman Hamad Al Khalifa untuk menangani aspirasi penduduk Bahrain dan meredakan ketegangan di negara berkenaan.

"Mengambil kira hakikat ini, Malaysia mengumumkan bersedia menghantar pasukan pengaman ke Bahrain jika diminta berbuat demikian oleh kepemimpinan Bahrain," katanya.

Perdana Menteri berkata, pasukan tentera ini akan membantu misi sah tentera GCC yang melaksanakan peranan penting untuk memastikan kejayaan dialog nasional di Bahrain.

"Sekiranya dijemput, Malaysia akan menganggapnya sebagai satu penghormatan yang besar untuk menawarkan bantuan dalam usaha murni ini," katanya.
Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor berlepas ke Riyadh, Arab Saudi dari pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang, pagi semalam.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lawatan Najib ke Qatar teroka dua peluang

Posted: 13 May 2011 03:34 PM PDT

Nasional

LAWATAN rasmi pertama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Doha, Qatar selama dua hari bermula hari ini dijangka membuka lebih banyak peluang perniagaan dan perdagangan antara kedua-dua negara.

Najib dijangka tiba kira-kira jam 4 petang ini (jam 9 malam waktu Malaysia) bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Beliau akan mengadakan pertemuan khas dengan Perdana Menteri Qatar, Sheikh Hamad Jassim Jabr Al-Thani dan Emir Qatar, Sheikh Hamad Khalifa Al-Thani secara berasingan.

Paling istimewa, Najib dan isteri turut diundang menghadiri majlis makan malam bersama Perdana Menteri Qatar dan isteri di bilik khas dan peluang ini dianggap satu penghargaan tertinggi, sekali gus memberi mereka peluang berbincang lebih akrab berhubung sebarang cadangan untuk meningkatkan hubungan Malaysia-Qatar. Duta Besar Malaysia di Qatar, Ahmad Jazri Mohd Johar, berkata lawatan Perdana Menteri kali ini bagi membuka pintu meningkatkan lagi kerjasama perdagangan dan menyediakan peluang serta kemudahan supaya ahli perniagaan dari Qatar dapat berinteraksi dan menjalin hubungan dengan peniaga dan pelabur Malaysia.

Beliau berkata, nilai dagangan antara Qatar dan Malaysia tahun lalu berjumlah RM1.3 bilion dan dijangka meningkat tahun ini berikutan perkembangan ekonomi dunia yang semakin baik.

"Kita mahu mengambil peluang meningkatkan hubungan akrab sedia ada dan membawanya ke tahap lebih baik sebab banyak bidang boleh diteroka di negara ini yang pesat membangun" katanya pada sidang media di sini, semalam.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen