Jumaat, 13 Mei 2011

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Anwar sanggup peralatkan Islam

Posted:

Anwar sanggup peralatkan Islam

Anwar sanggup peralatkan Islam

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 13 Mei – Dua bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan sikap bekas majikan mereka yang sudah jauh berubah sebagai bukti beliau sanggup melakukan apa sahaja termasuk memperalatkan Islam demi kuasa.

Muhamad Rahimi Osman berkata, Anwar pada hakikatnya terlalu kemaruk untuk memegang jawatan Perdana Menteri sehingga sanggup menjual agama semata-mata untuk mencapai cita-citanya itu.

"Jika dahulu Anwar mendukung perjuangan Islam, tetapi sekarang Anwar lebih rela menjual agama dan bangsa kepada DAP asalkan dapat berkuasa.

"Soal moral dan akhlak, saya berpendapat Anwar sememangnya seorang yang rosak akhlak sejak dahulu cuma pada masa itu rakyat belum tahu lagi siapa Anwar sebenarnya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa Anwar sudah jauh berubah berbanding sifatnya ketika awal perjuangan dahulu.

Seorang lagi bekas Setiausaha Sulit, Anuar Shaari pula berkata, Anwar yang dahulunya dilihat sebagai seorang pejuang Islam kini berubah menjadi seorang pemimpin berfahaman liberal dan tujuannya adalah untuk meraih sokongan.

Beliau berkata, apa yang jelas sejak berimejkan pemimpin berfahaman liberal, Anwar sanggup menggadaikan apa sahaja asalkan ia dapat menjayakan perjuangan politik peribadinya.

"Ketika perjuangan beliau bertunjangkan Islam, beliau lebih Islam daripada mana-mana umat Islam. Kini Anwar menjadi lebih liberal serta sanggup menggadaikan apa sahaja demi memenuhi sebuah cita-cita politik," ujarnya.

Presiden Gagasan Antipenyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin pula berkata, Anwar menunjukkan sikap sebenarnya sejak tiga tahun kebelakangan ini.

"Sejak timbul pelbagai isu, jelas yang Anwar telah rosak akhlaknya. Impiannya untuk menjadi seorang Perdana Menteri juga turut terjejas. Beliau berjaya memperkudakan Pas tetapi menjadi boneka DAP," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Video seks: Hishammuddin saman Anwar kerana fitnah

Posted:

Video seks: Hishammuddin saman Anwar kerana fitnah

Video seks: Hishammuddin saman Anwar kerana fitnah

KUALA LUMPUR 13 Mei - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memfailkan saman fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penayangan video yang memaparkan aksi seks pelaku mirip seorang pemimpin pembangkang.

Writ saman setebal 23 muka surat itu difailkan melalui firma guaman Tetuan Zul Rafique & Partners pada 25 Mei lalu di Mahkamah Tinggi di sini. Dokumen tersebut diperoleh oleh pihak media melalui carian fail di pejabat mahkamah.

Kes saman berkenaan akan disebut di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera pada 25 Mei ini.

Dalam pernyataan tuntutannya, Hishammuddin, 50, selaku plaintif mendakwa, pada 21 Mac lalu satu video lucah memaparkan beberapa orang yang tidak dikenali telah ditayangkan.

Keesokan harinya, selepas membuat laporan polis berkenaan video tersebut, Anwar yang dinamakan sebagai defendan telah bercakap kepada pihak akhbar di luar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Plaintif mendakwa, kata-kata semasa wawancara itu yang kemudiannya diterbitkan oleh akhbar telah memfitnah dirinya serta merendah-rendahkannya dalam kapasiti beliau sebagai menteri.

Artikel itu antara lain membawa maksud, plaintif bertanggungjawab menayangkan dan mengatur penayangan video itu di Hotel Carcosa Seri Negara serta berkomplot dengan Perdana Menteri dan pihak atasan polis berhubung penayangan itu.

Plaintif berkata, pernyataan yang dibuat oleh defendan adalah benar-benar palsu terhadap beliau dan tiada kewajaran serta berniat jahat untuk merosakkan reputasi, memalukannya sebagai ahli politik sehingga menyebabkan beliau telah diheret dalam skandal umum dan dibenci.

Sehubungan itu, plaintif memohon injunksi untuk menghalang defendan daripada terus menerbitkan kata-kata fitnah itu terhadapnya serta menuntut permohonan maaf dalam akhbar kebangsaan yang dipilih oleh beliau.

Plaintif turut menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan yang tidak dinyatakan jumlahnya serta kos.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan