Jumaat, 13 Mei 2011

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Pakar AS sahkan video seks tulen

Posted:

Pakar AS sahkan video seks tulen

Pakar AS sahkan video seks tulen

Oleh ASSIM HASSAN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 13 Mei - Polis mengesahkan rakaman video seks membabitkan pelaku didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tulen setelah pasukan itu mendapatkan khidmat pakar pengimejan video dari luar negara dipercayai Amerika Syarikat (AS).

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, tiada keperluan undang-undang untuk pihaknya mendedahkan pelaku di dalam video terbabit.

Beliau juga enggan mendedahkan siapa pakar luar terlibat.

"Kalau ada keperluan undang-undang kemudian hari, kita akan hebahkan. Kalau dah video itu sahih, yang lain-lain tuan puan buat andaianlah.

"Kita sudah kenal pasti orangnya dan diperkukuhkan lagi dengan laporan pakar-pakar luar cuma kita tidak mahu serta tiada keperluan untuk menghebahkan siapa (pelaku)," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Tambah Khalid, laporan pakar luar yang diterima pihaknya mengukuhkan video itu adalah tulen dan bukan merupakan teknik superimpose (pertindihan).

Beliau memberitahu, siasatan kes berkenaan kini pada peringkat akhir dan pihaknya akan berbincang dengan Peguam Negara dalam waktu terdekat.

"Kita akan membawa kertas siasatan ini kepada pihak Peguam Negara dan kita akan tengok kalau ada apa-apa arahan untuk melengkapkan semula kertas siasatan tersebut," katanya.

Ditanya tindakan terhadap individu yang memuat naik video itu di laman Youtube, Khalid mengakui mempunyai kesukaran mengenal pastinya kerana ia dilakukan di luar negara.

Namun, jelas beliau, pihaknya bersama-sama dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) sedang berusaha menjalankan siasatan.

Ditanya sama ada Anwar akan didakwa membuat laporan polis palsu sekiranya Ketua Pembangkang itu merupakan individu di dalam video seks terbabit, Khalid berkata, pihaknya akan menelitinya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Saksi tampil cerita perkara sebenar

Posted:

Saksi tampil cerita perkara sebenar

Saksi tampil cerita perkara sebenar

Oleh ZABRY MOHAMAD
zabrymohamad.madzlan@utusangroup.com.my


MOHAMED Razali Abdul Rahman ditanya oleh kalangan wartawan di pekarangan Balai Polis Jalan Patani, Pulau Pinang semalam, selepas membuat laporan mengenai anjuran majlis pertemuan paderi-paderi di sebuah hotel baru-baru ini. - utusan/ Sazali Che Din


PULAU PINANG 13 Mei - Kecewa dengan pembohongan oleh pihak terlibat mengenai penganjuran majlis pertemuan paderi-paderi di sini baru-baru ini, seorang saksi tampil menceritakan perkara sebenar yang berlaku dalam majlis berkenaan.

Mohamed Razali Abdul Rahman, 42, hari ini hadir di Balai Polis Jalan Patani membuat laporan bagi membantu polis melakukan siasatan mengenai perkara itu.

Mohamed Razali yang merupakan ahli DAP Bahagian Jelutong mengakui dia ada pada majlis kesyukuran itu yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi di sebuah hotel di Jalan Macalister di sini.

"Saya datang untuk ceritakan keadaan sebenar apa yang berlaku di sana (majlis berkenaan) sebab saya sendiri pun hadir pada majlis tersebut. Saya buat laporan ini sebab terlampau kecewa dengan laporan-laporan (dalam media) sebelum ini yang dibuat beberapa pihak yang mungkin tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.

"Jadi saya pun buat laporan dan saya serah kepada polis untuk buat siasatan lanjut tentang isu ini," katanya ketika ditemui di luar Balai Polis Jalan Patani di sini selepas membuat laporan itu.

Mohamed Razali yang ditemani isteri tiba di balai tersebut pukul 9 pagi dan keluar kira-kira tiga jam kemudian.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan butiran yang dilaporkan kepada polis kerana tidak mahu mengganggu siasatan.

Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dalam muka depan Utusan Malaysia pada Sabtu lalu menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan satu majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang turut berikrar untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.

Menurut wakil rakyat DAP itu, beliau hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi tersebut di sebuah hotel di Jalan Macalister di sini sebagai tetamu.

Majlis pertemuan paderi-paderi berkenaan dan ikrar menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan didedahkan oleh dua laman blog iaitu bigdog di http://bigdogdotcom.wordpress.com/ menerusi entri bertajuk Making Christianity the official religion? dan blog Marahku di http://marahku.blogspot.com.

Mohamed Razali menambah, sebagai orang Islam, dia wajib tampil ke depan bagi menceritakan apa yang berlaku pada majlis berkenaan.

"Sebagai orang Islam saya rasa kecewa. Saya ceritakan dalam laporan (polis) apa yang berlaku," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen