Jumaat, 6 Mei 2011

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Rebat UUM gagal

Posted: 05 May 2011 03:42 PM PDT

MukaDepan

pix_gal0
PTG Kedah tolak rayuan universiti kurangkan cukai tanah RM1.7 juta

BALING: Selepas enam kali membuat rayuan, Kerajaan Kedah semalam tetap dengan keputusan menolak permohonan Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk menyambung semula rebat cukai tanah universiti itu dan mengarahkan mereka membayar pada kadar lama RM1.7 juta setahun.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata rayuan UUM (bawah) itu tidak dipersetujui Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri dan mereka kena menjelaskan cukai itu secepat mungkin atau boleh dikenakan penalti atau tanah kampus itu di rampas. "Rayuan buat dah, tapi PTG tak setuju jadi kena bayar secepat mungkin (RM1.7 juta) atau boleh kena penalti sehingga RM90,000 lebih atau tanah kampus boleh dirampas," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak pembinaan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah di Kuala Ketil di sini, lewat petang kelmarin.

Katanya, kadar cukai 20 sen bagi setiap kaki persegi tanah UUM jauh lebih rendah berbanding cukai yang dikenakan terhadap universiti lain, misalnya Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang yang dikenakan sebanyak RM2.50 bagi setiap kaki persegi.

"Universiti Teknologi Mara pun bayar 50 sen bagi satu kaki persegi... jadi UUM mampu bayar banyak tu dan jika mereka tak mahu bayar, kerajaan negeri akan rugi kira-kira RM1.6 juta setahun," katanya.

UUM membayar cukai tanah tapak kampus itu RM150,000 setahun sejak 1990 hingga 2008 selepas diberikan rebat oleh kerajaan negeri Barisan Nasional ketika itu dan selepas itu membuat rayuan kepada kerajaan negeri pimpinan PAS, tetapi ditolak.
Sementara itu, Naib Canselor UUM, Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak yang kesal dengan keputusan itu berkata, pihaknya terpaksa akur dengan keputusan itu kerana ia adalah kuasa kerajaan negeri untuk menentukan jumlah perlu dibayar atas tanah yang diduduki institusi itu.

"Saya kesal kerana pengorbanan UUM dalam bidang akademik yang turut membantu menaik taraf sosioekonomi Kedah demi kepentingan rakyat tidak diambil kira oleh kerajaan negeri dalam membuat keputusannya.

"Oleh itu, kami akan membayar secara ansuran bagi melangsaikan nilai cukai itu mengikut masa ditetapkan," katanya.

Katanya, dalam masa terdekat ini, UUM tidak bercadang membuat rayuan kerana sudah banyak kali rayuan dan perbincangan dikemukakan, tetapi ditolak.

"Sepatutnya jasa dan sumbangan kami diambil kira. Jika ada rebat bolehlah kita gunakan untuk tujuan lain bagi kepentingan pelajar dan negeri ini," katanya di sini, semalam.

INFO
Kronologi cukai tanah UUM

  • UUM ditubuhkan pada 16 Februari 1984.
  • Cukai tanah patut dibayar RM1.7 juta.
  • Dari 1990-2008 UUM membayar RM150,000 selepas rebat diberi kerajaan pimpinan BN.
  • 29 April 2009 UUM menghantar surat memohon semula rebat.
  • 10 Jun 2008 surat kedua dihantar.
  • 25 Julai 2010 rayuan dibuat terus kepada Menteri Besar.
  • 19 September dan 22 Disember 2010 rayuan dihantar kepada Pentadbir Tanah Kubang Pasu.
  • 20 April 2011 surat keenam dihantar kepada MB.

    Komen Anda

    Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

    Senarai komen

    arfiza

    saya rasa tidak seharusnya kerajaan negeri membebankan pihak universiti. UUM adalah satu intitusi yang bukan berasaskan keuntungan..seharusnya kerajaan negeri membantu permasalahan dalaman dan meningkat kan lagi taraf pendidikan ke peringkat antarabangsa..bukannya memberi tekanan kepada pihak universiti..adalah baik jika duit yg akan digunakan untukk membayar cukai itu disalurkan untuk kebaikan pelajar-pelajar.

    babablacksheep

    ikut mana suka hangpalah. cukai tetap cukai. toleransi kekadang diperlukan jugak. Kalu PR nak menang lagi kenalah pandai main psiko dengan depa. Hak UUM pulak boleh gak jadikan ini modal tuk bagi imej PR macam-macam. Amacam - pikiaq lah semua wei lah.

    sarung bantal

    spatutnya perkara ini bukan menjadi isu, dengan kadar yang sangat murah pihak universiti sepatutnya membayar cukai tanah tanpa sengaja mencetuskan kontroversi. Duit cukai adalah hak rakyat negeri Kedah maka rakyat berhak memperolehi faedah daripada cukai yg diperolehi dari UUM

    eunos

    Bayar je lah,cukai kan kena bayar x kira duduk dimana pun,dah mohon x dapat rebat sudah lah ini bukan isu politik, petani pun bayar cukai.

    yunos hamzah

    Tanah UUM kan luas.Mana tanah yang kosong tu boleh buat perojek pertaniaan dan ternakan.Hasil yang dijual boleh menampung sebahagiannya untuk pembayaran cukai tanah tahunan daripada tanah yang ada ditumbuhi lalang.

    ali abu talib

    Pada hemat saya, biarlah UUM bayar cukai tanah tu kerana ini adalah satu bukti yang UUM boleh menyumbang kewangan kepada pembangunan negeri Kedah itu sendiri. Keluasan tanah UUM seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya untuk menjana kewangan yang lebih baik di masa hadapan melalui projek yang boleh menjana pendapatan. UUM kira beruntung kerana kadar tanah cukai tanah hanya 20sen per kaki per segi berbanding dengan kadar di Changlun/Sintok sekarang yang telah mencecah dalam lingkungan RM30-50 kaki persegi.

    pemerhati

    kenapa isu cukai tanah pun perlu dipolitikkan? hasil kutipan cukai akan dapat dinikmati oleh rakyat kedah juga untuk melaksanakan pelan2 pembangunan kedah. 1.7 juta bukan lah nilai yang banyak utk UUM bayar.

    digger

    apa kata bharian gali dan listkan semua IPTA punya kadar cukai tanah setahun. waktu tu baru rakyat jelata bley nilai negeri mana bagi kadar cukai tinggi...waktu tu baru leh pk2 nak pangkah mana pada PRU13 nanti

    mohd noor murthadha alias

    Alhamdulillah,lepas nie jangan merungut pulak kalau kos pengajian naik mendadak....

    syims acim

    Agak dukacita sedikit apabila kerajaan negeri Kedah menjelaskan bahawa keputusan JTG yang tidak meluluskan rayuan tersebut.Untuk kebaikan modal insan dan pembangunan pendidikan,kerajaan negeri seharusnya boleh membuat pertimbangan rayuan tersebut kerana kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ada hak untuk memutuskan.Sebagai contoh,kerajaan negeri bolehlah mengenakan pembayaran sebanyak 50% dari nilai sebenar supaya berlaku perimbangan.

    Saatijh

    Apa nak susahkan universiti pulak. Senang sahaja tukar sahaja pemerintah kedah pada PRU13 nanti.

    Nafis Mohd

    Universiti lain tak bayar cukai tanah ke? UUM sahaja yang kena bayar? setahu saya UM, UKM, UIA dan selainnya kena bayar cukai tanah juga, ngapa UUM yang sebok?

    parJUSA

    apa masalahnya uum nak bayar cukai tanah tu, tu kan hasil negeri..bayar je lah...sama2 tolong menolong...cukai tetap cukai, bayar tetap bayar, negeri nak hasil jugak...

    WARGA 1MALAYSIA

    KERAJAAN BN KAN BANYAK DUIT, TAKKAN SEJUMLAH ITUPUN TAK MAMPU BAYAR. SEGAlA CUKAI RAKYAT KENA BAYAR, MAKA PULANGLAH BALIK HAK RAKYAT.

    PakChu Orang Changlun

    Pak Chu dah bosan dengan isu ini. Kalau badan kerajaan berat nak bayar cukai tanah, orang kampung macam pak chu ni kenapa boleh bayar pulak? Rasanya tak betul la orang bijak kata kerajaan negeri tak kenang jasa UUM tolong bantu majukan Kedah sebab tak bagi rebat. RM 1.7 juta tu kira bukanlah banyak kalau dibandingkan dengan keluasan tanah UUM tu.. kalu boleh belanja berjuta buat pesta besar-besar dan buat rombongan ke luar negara apalah susah-susah nak bayar cukai tanah secara ansuran pulak, hormatlah sikit kepada Kerajaan Negeri, walaupun tak sama pegangan politik sebab kerajaan negeri ni rakyat Kedah yang pilih, kena hormatlah pilihan rakyat. Bagi Pak Chu perkara ini memalukan, macam mana nak jadi universiti terkemuka di dunia kalau nak bayar cukai tanah yang tak seberapa pun memekik macam nak pecah dunia.. Pak Chu nak tanya sikit kat Profesor ni, UUM universiti no. berapa terbaik di Malaysia?

    Rakyat Malaysia

    Pada pendapat saya, sepatutnya kerajaan tempatan bertimbang rasa sebelum mengenakan cukai yg tinggi terutamanya kepada agensi pendidikan yang bertaraf tinggi serta berstatus Awam. Dah terang-terang pihak Universiti bukanlah satu agensi yg berasaskan keuntungan tetapi kebajikan rakyat dalam mendapatkan pendidikan...kenapa perlu dikenakan cukai setinggi tu....??? Langsung tidak fikir tentang kesan cukai tu kepada para pelajar....lepas ni pasti yuran akan meningkat jugak...
    adoihaii...kenapa la sampai macam ni sekali...

    lali

    bayarlah. persekutuan pun kutip berbagai cukai hasil dalam jumlah yang banyak.


  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Tiada ulasan:

    Catat Komen