Jumaat, 6 Mei 2011

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Elak lambakan doktor kelas tiga

Posted:

Elak lambakan doktor kelas tiga

Elak lambakan doktor kelas tiga


NEGARA sentiasa memerlukan doktor berkualiti tinggi. – Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Langkah kerajaan menghentikan kursus baharu perubatan di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan mampu membendung masalah lambakan doktor yang tidak berkualiti di pasaran ketika ini.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr. David Quek Kwang Leng berkata, masalah tersebut berpunca daripada kewujudan banyak IPT yang menawarkan pelbagai kursus perubatan. Beliau berkata, pertambahan jumlah kursus perubatan itu menyebabkan pelajar bebas memilih kursus dengan kos yang rendah pula.

"Ketika ini ramai pelajar boleh mendaftar kursus perubatan dengan mudah walaupun mereka sebenarnya tidak layak. "Mereka langsung tidak memikirkan tanggungjawab yang bakal digalas apabila sudah bekerja nanti,'' katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Beliau diminta mengulas keputusan Kementerian Pengajian Tinggi membekukan kursus baharu perubatan di IPT tempatan berkuat kuasa 1 Mei lalu hingga 30 April 2016. Tindakan itu dilakukan bagi memastikan pelajar perubatan mendapatkan latihan yang berkualiti dan menjadi seorang pegawai perubatan berdaya saing.

Kwang Leng menjelaskan, semua IPT di negara ini sama ada ia milik kerajaan mahupun swasta, bertanggungjawab sepenuhnya dalam melahirkan pegawai perubatan berkualiti tinggi. "Jika pelajar terbabit tidak mampu bersedia daripada semua segi, bayangkan bagaimana mereka hendak berdepan dengan pesakit yang kritikal. "Kita perlu melatih doktor yang terbaik dengan kualiti yang terbaik," katanya. Pada masa ini nisbah jumlah pegawai perubatan kepada pesakit adalah 1:1000. Bagaimanapun kementerian percaya bahawa nisbah 1:400 dapat dicapai menjelang 2020 biarpun pembekuan tersebut dilakukan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mati selepas beri bantuan CPR

Posted:

Mati selepas beri bantuan CPR

Mati selepas beri bantuan CPR

Oleh RAIS YEOP JOHARI
rais.johari@kosmo.com.my


ISTERI Zulkifly, Norhayati Ahmad mencium jenazah suaminya buat kali terakhir sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Teluk Kemang, Port Dickson semalam.


PORT DICKSON – Niat murni seorang lelaki untuk menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak yang hampir lemas ketika mandi di pantai di sini tidak kesampaian apabila dia mati secara mengejut. Mangsa, Zulkifly Hamzah, 42, tiba-tiba pengsan semasa memberi bantuan pernafasan resutasi pulmonari-kardio (CPR) kepada kanak-kanak tersebut sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Port Dickson. Ibu mangsa, Nyapon Jantan, 63, berkata, semasa kejadian, dia bersama anaknya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu sedang duduk di gerai miliknya di tepi pantai Teluk Kemang di sini.

Ujarnya, mereka kemudian ternampak tiga kanak-kanak dari Sekolah Kebangsaan Teluk Kemang yang mandi di pantai berkenaan meminta tolong kerana dihanyut ombak. Ujarnya, beberapa pengunjung di kawasan itu telah terjun ke laut untuk menyelamatkan tiga kanak-kanak tersebut dan membawa mereka naik ke tepi pantai. "Apabila melihat ketiga-tiga kanak-kanak itu tidak sedarkan diri, Zulkifly memberi bantuan pernafasan kepada salah seorang daripada mereka. "Malangnya, sebaik sahaja kanak-kanak itu sedarkan diri, arwah pula rebah," katanya di sini semalam.

Sepupu arwah, Badiozaman Abu, 43, berkata, walaupun sedih dengan kematian mangsa, dia bangga kerana mereka berdua dapat menyelamatkan tiga kanak-kanak tersebut. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Supritendan Baljeet Singh berkata, mayat bapa kepada tiga anak itu telah dituntut oleh ahli keluarganya untuk dikebumikan semalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Najib cetus teka teki pilihan raya

Posted:

Najib cetus teka teki pilihan raya

Najib cetus teka teki pilihan raya

PETALING JAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencetuskan teka-teki bahang pilihan raya umum ke-13 dengan berkata, ia mungkin diadakan pada satu tarikh atau bulan yang mempunyai nombor kegemarannya, 11.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, kesukaannya pada nombor itu menyebabkan banyak pihak meramalkan bahawa pilihan raya umum kali ini akan diadakan pada 11 November tahun ini (11.11.11).

Beliau berkata demikian ketika menjadi jemputan khas program pagi stesen radio Hot.fm di Sri Pentas di sini semalam.

Ketika ditanya lanjut selepas program satu jam itu, Najib berkata, tarikh itu ditimbulkan oleh pihak yang suka membuat teka-teki tarikh pilihan raya 'untuk mengisi masa terluang'.

"Saya rasa elok diteruskan teka teki ini," katanya.

Bagaimanapun, Najib menekankan perlunya untuk kerajaan BN terus bekerja melaksanakan program-program transformasi bagi menyakinkan rakyat.

Mengulas lanjut sama ada kemungkinan tarikh tersebut benar, Najib berkata: "Tarikh itu ada kaitan dengan hidup saya tetapi sama ada pilihan raya itu... Wallahhualam."

Terdahulu, beliau menjelaskan buat pertama kalinya kaitan nombor 11 pada dirinya.

Najib berkata, nombor itu timbul pada beberapa peristiwa penting dalam hidupnya.

Antaranya Allahyarham ayahandanya, Tun Razak Hussein lahir pada 11 Mac 1922, ibunya, Tun Rahah Noah lahir pada 11 Jun 1933, hari lahir anak pertama beliau juga pada 11 haribulan dan UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946.

Najib menjadi Menteri Besar Pahang ke-11 (1982-1986) dan merupakan Orang Kaya Indera Shah Bandar ke-11 manakala nombor plat kereta rasmi beliau juga bernombor 11. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen