Harian Metro: Setempat |
Posted: 01 Dec 2012 02:21 PM PST KUALA KRAI: Memilukan apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang cuba menyelamatkan rakannya berusia enam tahun daripada lemas turut menerima nasib sama di Sungai Durian, berdekatan Pondok Sungai Durian, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 6 petang, Muhammad Zarrin Mohd Amin pada mula mandi bersama Muhammad Abdul Latif Alias di Sungai Durian, di sini. Bagaimanapun, tiba-tiba Abdul Latif dihanyutkan arus deras, menyebabkan Zarrin cuba menyelamatkannya.
Kejadian disaksikan adik Zarrin, Muhammad Qiamuddin, 6, lalu segera memaklumkan seorang penduduk kampung yang juga anggota bomba sebelum terjun ke sungai dan berjaya menemui mangsa beberapa minit kemudian.
Menurut Qiamuddin, ketika abang dan rakannya mandi, dia hanya duduk di tebing sungai.
"Saya beritahu kejadian itu kepada seorang pak cik (penduduk kampung yang juga anggota bomba), dan dia terjun ke sungai dan dapat cari (menemui) abang serta rakannya. Selepas itu mereka dibawa ke hospital," katanya yang sedih selepas mendapat tahu abangnya meninggal dunia.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/02 |
Ditahan selepas beberapa minit kebas tabung wang Posted: 01 Dec 2012 02:19 PM PST SERDANG: Seorang lelaki yang disyaki melarikan tabung wang derma untuk kanak-kanak spastik dari sebuah klinik di Jalan Kenari, Puchong, di sini, berjaya ditahan beberapa minit kemudian, kelmarin. Difahamkan, seorang orang awam yang menyedari lelaki terbabit mengambil tabung berkenaan sebelum melarikan diri menaiki sebuah kereta.
"Pemeriksaan polis menemui kereta dipandu suspek di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP). Kedua-dua anggota terbabit menahan suspek untuk pemeriksaan lanjut.
Menurutnya, polis juga mendapati kad pengenalan berkenaan milik seorang mangsa samun di Taman Murni, Cheras.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/02 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan